Isnin, 17 November 2014

UMAR AL-KHATTAB



Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorg yg berani semasa kafir & bertambah berani sesudah beriman.
"Ya Allah kuatkan Islam dgn Umar Al-Khatab atau Abu Jahal Bin Hisyam”. (HR At-Thabarani)
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara org yg paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Semasa Saidina Umar dlm perjalanan utk membunuh Rasulullah s.a.w. beliau bertembung dgn seseorg yg mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya & mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dlm keadaan marah & kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf & sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat al-Quran kpd adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yg begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa tersebut, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
“Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang & berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dgn islamnya Umar” (HR Ibnu Majah)
Setelah memeluk Islam, Rasulullah s.a.w telah mengelarnya sebagai Al-Faruq krn dpt membezakan di antara perkara yg benar & bathil.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorg hamba Majusi Parsi yg bernama Abu Lu’lu’ah atau Fairuz. Abu Lu’lu’ah menikam Saidina Umar krn menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian & dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. & makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.

Tiada ulasan: