السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 27 Muharram 1436H. C-HEART !
Rasulullah SAW bersabda :
“Ada dua jenis nikmat yang sering tidak diendahkan ramai manusia, iaitu nikmat sihat dan kelapangan waktu.” (HR: Bukhari)
“Ada dua jenis nikmat yang sering tidak diendahkan ramai manusia, iaitu nikmat sihat dan kelapangan waktu.” (HR: Bukhari)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (HR: Ibnu Majah)
Baginda Rasulullah SAW juga pernah bersabda; “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (HR: Bukhari)
'Hak' itu termasuklah menjaga tubuh badan sendiri agar sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Malangnya 'hak tubuh' itulah yang selalu kita abaikan, sama ada kita sedari atau tidak. Ingat ! Tubuh ini kita hanya pinjam sahaja… jadi sewaktu memulangkannya pastikan semuanya dalam keadaan elok !
PENCERAHAN :
Terlalu banyak hadis-hadis SAW yang menyentuh tentang peri pentingnya menjaga kesihatan. Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman).” (HR: Ibnu Majah)

Sudah tentu kerana kesihatan yang baik membolehkan kita membuat amalan, membanyakkan kebaikan dan sekali gus dapat menyumbang kepada saham akhirat. Malah dengan kesihatan yang baik, dapat kita pergunakan untuk berjihad, bekerja dengan lebih baik, menjana pendapatan yang kemudian digunakan semula untuk kebaikan. Sehingga Rasulullah SAW memohon: “Ya Allah, ‘afiatkanlah tubuh badanku dan ‘afiatkanlah pendengaranku.” (HR : Ibnu Syaibah)
Ibnu Ataillah berkata; “Menunda amalan kebaikan kerana (kononnya) mahu menanti kesempatan yang lebih baik ialah tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.” Kerana bila-bila masa sahaja nikmat kesiha tan ini boleh hilang bila-bila masa sahaja.
Ada satu kisah yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya dia menjawab; “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah SWT. Oleh itu, Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.”
Rasulullah SAW sendiri menegaskan dalam hadis, “Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.” (HR: An-Nasai)
Maksud mukmin yang kuat di sini adalah mukmin yang sihat tubuh badan, kuat ekonominya, kuat menuntut ilmu dan kuat mengamalkannya, kuat sedekahnya, kuat kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya, kuat pemahaman Kitab-Nya, kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan kuat menganalisa antara kebenaran dan kebatilan.
Bukannya kuat sembang, kuat temberang, kuat kutuk-mengutuk sesama jamaah, kuat mengadap Handphone daripada mengadap Al-Quran, kuat duduk-duduk saja di kedai mamak, kuat membodek, kuat berbaris lama nak dapat BRIM tapi tak kuat berbaris dalam saff solat dan macam-macam lagi yang ‘kuat yang tak kuat’ sebenarnya.
Dalam Islam terdapat prinsip ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’ dan prinsip ‘Menutup pintu-pintu kerosaka’. Hal ini bermakna, kita harus berusaha mengelak diri dari sebarang penyakit sebelum ia datang menghampiri. Antara kaedah penjagaan kesihatan yang diajarkan Islam ialah:
1) Jauhkan diri (lari) daripada sumber penyakit.
2) Laksanakan proses tazkiyatun nafs (penyucian jiwa).
1) Jauhkan diri (lari) daripada sumber penyakit.
2) Laksanakan proses tazkiyatun nafs (penyucian jiwa).
KESIMPULAN :
Dengan memperbanyakkan ibadat, solat, zikir dan mengingati Allah dalam apa-apa jua keadaan, kesemua ini ada kena-mengena dengan kesihatan rohani dan jasmani manusia. Wallahu a’lam - C-heart e-two nick mart ! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan