السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 25 Muharram 1436H. MUSIM HUJAN !
Minggu ini adalah minggu akhir persekolahan. Bila sesi persekolahan hujung tahun telah selesai maka akan diikuti satu tempoh percutian yang agak panjang, iaitu lebih kurang selama enam minggu. Biasanya pula hujung-hujung tahun ini adalah musim hujan dan ‘sejuk’ terutamanya pada waktu malam sepanjang bulan. Maka pada saat inilah ramai orang mengadakan majlis kenduri kahwin. Kenapa pada masa ini? Tanyalah pengantin…
PENCERAHAN :
Sebuah perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan cukup untuk ditandai dengan satu pernikahan yang sah. Cuma pada adatnya, masyarakat Melayu kita terutamanya dimulai dengan merisik, menghantar ‘tanda’, meminang dan barulah akad nikah dengan mahar @ maskahwin yang dipersetujui bersama, wang hantaran, ‘dulang-dulang’ iringan serba berdiri, serba duduk, majlis walimatul urus dan akhirnya barulah malam… “Halallah aku dan dia”

Yang menjadi halangan besar pada bakal-bakal pengantin lelaki sekarang ini, selama ini ialah ‘Wang Hantaran’ yang adakalanya nilainya dapat membeli sebuah Perodua Axia cash ! Sedangkan itu sekadar pemberian hadiah (bukan pembelian) kepada keluarga pengantin perempuan yang bersetuju menyerahkan ‘tanggungjawab’ menjaga anak perempuan mereka itu kepada pengantin lelaki. Sepatutnya bersyukur… terlepas satu ‘amanah’ bukannya macam-macam ‘karenah’ menyusahkan bakal pengantin lelaki yang akan menggantikannya !
Yang lebih wajib ialah pemberian mahar atau maskahwin dari si suami kepada isterinya. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima seorang lelaki lain untuk berkongsi hidup dengannya. (bukan kerana sudi menjadi ‘abdi’ padanya) Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Firman Allah SWT :
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (QS. An-Nisa’ : 4)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” (HR : Bukhari)
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” (HR : Bukhari)
Menurut Imam Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam Mazhab Imam Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan sebab persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
Masalahnya hari ini rasanya bukanlah disebabkan mahar. Hanya beberapa ratus sahaja…tetapi adalah mahalnya wang belanja hantaran iaitu antara RM 8,000 - RM 15,000. Seiring dengan kenaikan Tol dan harga minyak Petrol. Itu belum lagi bakal bapa mertua kenakan cukai GST tambahan 6% lagi… Nasihat Ust. Kay kepada bakal pengantin, bincang-bincanglah kedua-duanya, mungkin boleh ‘faraid’kan bebannya untuk dikongsi bersama. Bukankah namanya pun perkongsian hidup. Susah senang, tunai dan hutang, ditanggung bersama. Setelah dibahagi dua, seorang RM 4, 000 - RM 5,000 ok lah sikit ! Kahwin juga…
KESIMPULAN :
Mahar atau Mas Kahwin apatah lagi Wang Hantaran bukanlah harga bagi seorang wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh seorang suami. Jadi, berpada-padalah, jangan sampai nak ambil untung pula, sebab ianya bukan satu ‘urusniaga’ tapi ‘urusanagama’. Wallahu a’lam - Jangan pula terlalu murah sampai melelongnya pula; “Lelong-lelong siapa nak anak dara ku… nikah satu dapat satu lagi percuma! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan