السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 21 Muharram 1436H. LU SAPA MAA…??
Adakalanya bila kita ajak seseorang kepada kebaikan dengan perbincangan, nasihat dan teguran berbentuk agama, mereka akan persoalkan siapa kamu?, lulusan Agama ke?, pernah sekolah Agama atau Arab ke? Kalau tak ada, tak payah sibuk-sibuk cakap pasal Agama, mengalahkan ustaz dan ulama! Jangan nak mengajar orang dan sebagainya…
PENCERAHAN :
Malam tadi sewaktu Ust. Kay berkuliyyah di Surau Al-Kauthar, Taman Sedeli Andallas, Klang, Ust. Kay teringat kata-kata Kiyai Almarhum Haji Zainuddin M.Z Al-Lubis : “Kalaupun yang keluar dari dubur lebah itu memang madu, diambil dikacau dan diminum baik untuk kesihatan. Tetapi walaupun yang keluar dari dubur seorang Kiyai itu memang tahi, jangan diambil dimakan nanti demam !”
Malam tadi sewaktu Ust. Kay berkuliyyah di Surau Al-Kauthar, Taman Sedeli Andallas, Klang, Ust. Kay teringat kata-kata Kiyai Almarhum Haji Zainuddin M.Z Al-Lubis : “Kalaupun yang keluar dari dubur lebah itu memang madu, diambil dikacau dan diminum baik untuk kesihatan. Tetapi walaupun yang keluar dari dubur seorang Kiyai itu memang tahi, jangan diambil dimakan nanti demam !”
Adakalanya orang hanya mendengar perkataan dari orang atau individu dari kumpulannya sahaja. Mereka ini lebih banyak taqlid membuta tuli kepada pemimpin, guru dan ulama mereka sahaja. Apa yang berbeza dengan kotak pemikiran yang diajar oleh kelompok ikutan mereka itu ditolak mentah-mentah, sekalipun ia adalah suatu kebenaran yang nyata. Ini banyak berlaku sekarang ini… memilih-milih Tok Guru !
Biasa kita dengar orang memetik kata-kata Saidina Ali r.a yang bermaksud; “Lihat apa yang dikata dan jangan lihat siapa yang berkata. Namun kata-kata Saidina Ali r.a. yang lebih tepat ialah berbunyi:
لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال
“Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.” (Al-‘Ajluni al-Jarrahi al-Dimasqy, Ismail bin Muhammad. 1351H/1931. Kasyfu al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amma Isytahara min al-Ahadits ‘ala al-Sinah al-Naas. Jil.2, hlm. 363. Kaherah: Al-Maktabah al-Quds)
Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Maidah: 8)
Menegakkan keadilan di sini termasuklah mengatakan sesuatu kebenaran sebagai kebenaran dan sanggup menerimanya sekalipun ia dari musuh atau orang yang dibenci. Begitu juga dalam menyatakan sesuatu kebatilan sebagai kebatilan dan menolaknya, sekalipun ia dari sahabat atau orang yang dicintai. Kena pegang kata-kata ; “Aku bukannya sentiasa betul dan dia bukan selalunya salah…”
Di sana terdapat suatu kisah yang masyhur dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari bahawa sahabat Nabi, Abu Hurairah r.a. telah diajarkan oleh syaitan untuk membaca ayat Kursi sebelum tidur supaya mendapat penjagaan dari Allah sehingga ke pagi hari. Setelah beliau menyampaikan hal tersebut kepada Nabi, baginda SAW bersabda; “Dia jujur mengkhabarkan kebenaran kepadamu, padahal dia (syaitan itu) adalah pendusta.”
Rasulullah SAW yang merupakan insan yang ‘Kamil’ (bukan Ust. Kay), contoh terbaik umat manusia sendiri boleh menerima kebenaran dari sejahat-jahat makhluk iaitu syaitan, mengapa pula ada kalangan masyarakat kita yang bukan pun sesempurna Nabi SAW terlalu mudah menolak kebenaran dari saudara seagama hanya kerana tidak sealiran warna bendera, sebulu, sejamaah atau kerana bukan berlatar belakangkan pengajian agama, ustaz atau ulama’.
Ingatlah Saidina Ali bin Abi Talib r.a. juga pernah berkata :
لا تعرف الحق بالرجال بل اعرف الحق تعرف أهله
“Janganlah mengenal kebenaran itu berdasarkan individu-individu tertentu, tetapi kenalilah kebenaran itu, (nescaya) engkau akan mengenal pemiliknya.”
Seorang lagi sahabat Nabi bernama Ibn Mas’ud r.a. ada berkata:
من جاءك بالحق فاقبل منه، وإن كان بعيداً بغيضاً، ومن جاءك بالباطل فاردّد عليه، وإن كان حبيباً قريباً
“Barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. Dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebatilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat.”
Walau bagaimanapun, frasa ayat ‘Lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata’ kena letak ikut SITUASI yang betul. Bukan juga pada semua tempat dan pada semua orang. Boleh, asalkan apa yang dikatakannya itu satu kebenaran, kearah kebaikan dan bukan kemungkaran. Tak kan kita nak ikut saja kata-kata semua orang tanpa lihat dulu siapa dan kelayakannya untuk berkata hal yang diperkatakannya itu.
Contoh, penjual ubat di tepi jalan, di media massa sekalipun atau para penceramah yang membawa sesuatu produk makanan kesihatan dan ubat-ubatan. Mendengar mereka ‘menjual minyak’ tu persis atau mengalahkan seorang doktor perubatan. Habis segala penyakit kronik boleh sembuh… Maka akan tutuplah segala klinik dan hospital-hospital kalau kita mendengar ‘celoteh’ mereka semua penyakit sudah boleh disembuhkan hanya dengan memakan produk yang mereka jual itu. Tanpa diagnosis dan perskripsi dari doktor pakar.
KESIMPULAN :
Ust. Kay sewaktu ditemuramah oleh Majalah-i untuk ruangan IKON ISLAM untuk terbitan edisi Oktober lalu menegaskan : “Menegur orang yang bersalah itu betul, tetapi sentiasa mencari-cari kesalahan orang itu tak betul. Bercakap benar itu betul, tetapi merasakan diri sendiri sentiasa benar itu tak betul.” Wallahu a’lam - Yang sedihnya, kata-kata itu tidak ditulis, sebab? Siapalah Ust. Kay ni kan, yang kata-katanya perlu didengar… Berbanding Tuan Hakim Mahkamah Rayuan ‘Yang Arif lagi Bijaksana’. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)
Ust. Kay sewaktu ditemuramah oleh Majalah-i untuk ruangan IKON ISLAM untuk terbitan edisi Oktober lalu menegaskan : “Menegur orang yang bersalah itu betul, tetapi sentiasa mencari-cari kesalahan orang itu tak betul. Bercakap benar itu betul, tetapi merasakan diri sendiri sentiasa benar itu tak betul.” Wallahu a’lam - Yang sedihnya, kata-kata itu tidak ditulis, sebab? Siapalah Ust. Kay ni kan, yang kata-katanya perlu didengar… Berbanding Tuan Hakim Mahkamah Rayuan ‘Yang Arif lagi Bijaksana’. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan