Isnin, 10 November 2014

MAAFKANLAH…

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. . Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadan aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri!
— MAAFKANLAH…

Tiada ulasan: