Kagum al-faqirah dengan orang-orang ‘besar’ tetapi ada pendirian jelas dalam soal integriti, soal etika dalam bekerja, dalam urusan akademik.
Berapa ramai yang menduduki kerusi profesional dalam bidang mereka? Berapa ramai pula yang menyandang gelar kemuliaan dalam bidang akademik? Tetapi bila sampai soal integriti dan etika, mereka seolah-olah tidak pernah mendengar dan belajar tentang dua hal tersebut.
Orang-orang yang dikagumi ini, apabila bercanggah soal integriti dan etika dengan tuntutan kerja dan akademik, baik sahabat baiknya mahupun orang paling tinggi dalam institusi – yang tidak betul tetap dikata tidak betul.
“Kalau hendak dibuat dengan cara mengadakan yang tiada, dengan cara menipu, bukan etika akademik, malah bukan cara Islam!”
Nah, begitu didikan mereka kepada orang-orang ‘kecil’ dalam institusi ini.
Lalu bagaimana mungkin tidak dicemburui kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang ini? Mereka bukan sahaja diberi kelapangan memperoleh ilmu, memperoleh kedudukan, malah ketika diuji dengan pendirian, mereka tetap berpegang. Mereka tidak pernah lupa pada hakikat bahawa daripada Allah-lah semua ini datang dan menegakkan yang hak itulah tanda kesyukuran!
Integriti dan etika bukan prinsip baru, malah sudah lama lahir melalui wahyu kenabian. Alangkah menghairankan sekiranya seseorang yang faqih dalam bidang kerja dan ilmunya, kurang prihatin pada dua soal yang disebutkan.
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Amal tanpa adab menghapus kesemuanya.
Selamat beramal!
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan