السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 9 Muharram 1436H. DENGAN PENA…
Melalui pena @ tulisan-tulisan di media massa, seorang dai’e, ulama, kiyai atau umat Islam pada umumnya dapat melaksanakan Dakwah Bil Kitabah (DBK). Mereka atau kita pun dapat melaksanakan peranan sebagai jurnalis Muslim, sebagai muaddib (pendidik), musaddid (penyampai informasi tentang ajaran Islam), mujaddid (pembaharu pemahaman tentang Islam), muwahid (penyatu ikatan ukhuwah Islamiyah), dan mujahid (pejuang, pembela, dan penegak agama dan umat Islam).
PENCERAHAN :
Kelebihan DBK dibandingkan format dakwah bentuk lain adalah sifat objeknya yang jelas dan cakupannya yang luas. Manhaj DBK dapat diterima oleh ratusan, ribuan, ratusan ribu, bahkan jutaan orang pembaca dalam waktu yang sama atau hampir sama.
Kelebihan DBK dibandingkan format dakwah bentuk lain adalah sifat objeknya yang jelas dan cakupannya yang luas. Manhaj DBK dapat diterima oleh ratusan, ribuan, ratusan ribu, bahkan jutaan orang pembaca dalam waktu yang sama atau hampir sama.
DBK sebenarnya merupakan senjata kita dalam melawan serbuan pemikiran (Al-Ghazwul Fikr) pihak-pihak yang hendak merosak akidah, pemikiran, dan akhlak Islami umat Islam melalui media cetak. Media cetak memang alat efektif untuk membentuk pandangan umum (public opinion), bahkan mempengaruhi orang secara kuat dan dominan.
“Tulisan adalah kebunnya para ulama,” Kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Melalui pena para alim ulama inilah mereka dapat mengabadi dan menyebarluaskan pandangan-pandangan keislamannya. DBK yang telah dilakukan oleh para ulama salaf atau cendekiawan Muslim terdahulu, telah melahirkan sejumlah ‘Kitab Kuning’ (Kitab Turath). Mungkin, jika tidak dituangkan dalam tulisan, pendapat para ulama dan mujtahid ini pasti sukar dipelajari dan diketahui sehingga kini.
Asbab DBK menjadikan seorang Imam Al-Ghazali dapat mewariskan ilmunya melalui Ihya Ulumuddin, Minhajul Abidin dan sebagainya. Hasan Al-Banna, Abul A’la Al-Maududi, dan Dr. Yusuf Al-Qardhawi menggelorakan semangat pembaharuan dan kebangkitan Islam melalui artikel dan buku-buku mereka. Islah Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh melalui penerbitkan majalah Al-’Urwatul Wuthqa di Perancis. Melalui tulisan-tulisannya di majalah tersebut, mereka mencanangkan dakwah Islam di tengah-tengah peradaban dunia Barat.
Pembukuan Al-Quran itu sendiri yang kini kita kenal dengan mushaf adalah media massa dalam format buku yang terisi dengan wahyu dari firman-firman Allah SWT. Demikian pula, hadis-hadis baginda Rasulullah SAW seperti Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah media tulisan yang menjadi panduan kepada umat Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Revolusi Indonesia didahului pemikiran-pemikiran revolusioner tulisan Bung Karno, Bung Hatta, M. Natsir, Syahrir, dan sebagainya. Kebangkitan dunia Islam, gerakan reformasi dan modernisasi dalam dunia Islam, terutama bersumber pada hujung pena atau tulisan Ibnu Taimiyah, Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Syeikh Rasyid Redha, Amir Syakib Arsalan, Abdurrahman Al-Kawakiby dan lain-lain lagi.
Ustaz Zahiruddin Zabidi, Editor Kanan Karangkraf pernah menulis; “Sebagai seorang pendakwah sewajarnya mereka menjadikan penulisan sebagai sebahagian daripada kerjaya dakwah mereka. Bayangkan seorang pendakwah yang dikurniakan Allah lidah yang fasih dalam menyampaikan dakwah, dalam masa yang sama beliau juga Allah kurniakan kerajinan dan ketekunan dalam menulis, kebaikan dakwah itu berkali ganda berbanding mereka hanya mahir dalam satu bidang sahaja.”
[TEMUI USTAZ KAY PADA HARI INI, 2/11/2014 (AHAD) DI JUALAN GUDANG KARANGKRAF DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM ANTARA JAM 10.00 - 11.00 PAGI, INSYAALLAH… SEMPENA PELANCARAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY’S (CCUK) DAN DAPATKAN DISKAUN YANG HEBAT DI SANA !]
PENCERAHAN :
Tulisan adalah medium dakwah yang tidak kurang vitalnya dari para pendakwah yang bergerak setiap masa ke segala pelosok dunia, membuka hati manusia dari genggaman dan belenggu fahaman dan aliran di luar Islam. Wallahu a’lam - Sedang menulislah ni…Selamat berpuasa Tasyu’a dan Asyura! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)
Tulisan adalah medium dakwah yang tidak kurang vitalnya dari para pendakwah yang bergerak setiap masa ke segala pelosok dunia, membuka hati manusia dari genggaman dan belenggu fahaman dan aliran di luar Islam. Wallahu a’lam - Sedang menulislah ni…Selamat berpuasa Tasyu’a dan Asyura! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan