السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 3 Muharram 1436H. BAIK & MEMBAIK !
Jika ditanya pada semua ibu bapa, pastinya mereka mengharap dan menginginkan mempunyai anak yang soleh atau solehah. Tetapi setakat itu sajalah, untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Tiada hajat untuk melihat rakan-rakan anak mereka juga soleh dan solehah seperti anak mereka.
Tidakkah kita bimbang jika anak-anak kita yang berkawan dengan kawan-kawan yang toleh, (tidak soleh) akhirnya anak kita yang tidak mampu mempengaruhi teman di sekitarnya untuk jadi soleh sepertinya akan diubah oleh teman di sekelilingnya.
PENCERAHAN :
Oleh itu, kita mahu anak-anak kita bukan sekadar soleh tetapi dalam masa yang sama mereka juga adalah musleh. Soleh membawa maksud baik dan musleh membawa maksud orang yang mampu membaiki. Asal dari perkataan ‘Islah’. Seperti dalam kata-kata hikmah :

اصلح نفسك و ادعوا غيرك
"Ubahlah diri kamu dan ajaklah (dakwah) orang lain" (Mustafa Masyur)
Mengubah diri menjadi soleh dan menjadi musleh (mengajak manusia ke jalan Allah) adalah dua perkara yang sepatutnya tidak dipisahkan dalam kehidupan insan yang benar-benar ingin mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Namun proses didikan yang kita lalui hari ini kebanyakannya sekadar untuk menjadikan kita atau generasi akan datang sebagai orang yang soleh sahaja.
Namun proses didikan yang kita lalui hari ini kebanyakannya sekadar untuk menjadikan kita atau generasi akan datang sebagai orang yang soleh sahaja.
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan kearah yang lebih baik. Inilah yang dinamakan sahsiah Islamiyah. Peribadi yang disukai dan dikasihi Allah SWT.
Dr. Yusuf AI Qardhawi menjelaskan ada beberapa faktor untuk membentuk anak yang soleh dan musleh, antaranya ialah :
1) Kita harus memiliki satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan Rijal (Pahlawan Islam) dan seterusnya mencapai kejayaan.

2) Sumber yang jelas iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.” Sahabat-sahabat bertanya; “Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?”. Rasulullah menerangkan; “Membaca Al Quran dan mengingati maut.” (HR : Al-Baihaqi)
3) Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.
4) Lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”
5) Mempunyai pendidik yang berkualiti murabbi ummah, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin mulia, Nabi Muhammad SAW. Mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang meluas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain.
6) Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqah, daurah, usrah, muqaiyam (Kem-kem seperti Kem CARI) dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan musleh.
Untuk tujuan ini, Ust. Kay ada menganjurkan Kem Cinta Allah, Rasul & Ibubapa (CARI) PADA : 5 - 7/12/2014. HARI : Jumaat - Ahad. TEMPAT : Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang Jeram, Selangor. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mencapai objektif tersebut. Seperti Solat Sunat Dhuha di tepi pantai, Tazkirah spontan, Masak bersama-sama di dalam hutan, Munajat Alam, Tautan Kasih Sentuhan Sayang bersama ibu bapa dan banyak lagi yang best-best dan pastinya bermanfaat untuk anak-anak kita. Percayalah, anak anda akan terisi cuti dengan bervisi.
YURAN : Hanya RM 220.00 sahaja (grouping sekurang-kurangnya 3 org. RM 200.00 setiap seorg) CARA PENYERTAAN : PM nama penuh anak, jantina dan umur menggunakan SMS, WhatsApp atau Telegram ke nombor Ust. Kay 0192319872. Terhad kepada 80 orang peserta sahaja. First come first serve !
KESIMPULAN :
Jangan hanya sibuk memperbaiki diri sahaja kerana salah satu tanggungjawab yang besar juga adalah memperbaiki persekitarannya. Wallahu a’lam - Supaya kejadian seperti “I Want Touch A Dog” dapat di tukar kepada “I Want Touch A Duck” sekurang-kurangnya… Ukay’s (Kenali Ust. Kay dalam Majalah-i, terbitan Karangkraf edisi Oktober 2014)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan