Khamis, 6 November 2014

AMALAN IBUBAPA KETIKA ANAK-ANAK MENGHADAPI SPM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 10 Muharram 1436H. AMALAN IBUBAPA KETIKA ANAK-ANAK MENGHADAPI SPM
Sebenarnya, ibu bapa juga turut berdebar-debar dan resah gelisah apabila anak mereka menduduki peperiksaan awam yang penting seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini. Oleh itu, ada beberapa perkara yang ibu bpa boleh bantu ketika anak-anak mereka duduk di dewan peperiksaan.
PENCERAHAN :
Ibu atau bapa di rumah atau di tempat kerja di tempat yang sesuai boleh lakukan amalan ini:-
1. Ambil wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadatain - 3x
4. Membaca Surah Al- Fatihah - 1x
5. Membaca Surah Al- Ikhlas, Surah Al-Ala’ dan Surah An-Nas (3 Qul) - 1x
6. Baca Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah - 100x
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Ada juga petua orang tua-tua (namanya pun pe’tua’ asal dari perkataan Arab “Fatwa”) Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :
1. Baca Surah Al-Fatihah - 7x
2. Selawat kepaa junjungan besar Nabi Muhammad SAW - 7x
3. Mengucapkan Yasbih (Subhanallah) - 44x
4. Mengucapkan Tahmid (Alhamdulillah) - 44x
5. Mengucapkan Takbir (Allahhu Akbar) - 44x
6. Berzikir “Ya Hayyu Ya Qayyum” - 21x
7. Bacakan doa ini :
"Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Aamiin Ya Rabbal Alamin…”
Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah.
Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya Allah, akan dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan. (atau sekurang-kurangnya dapat menghilangkan dahaganya…)
Buatlah apa sahaja untuk membantu anak-anak kita yang sedang bergelut menghadapi perjuangan penting dalam alam persekolahan mereka. Asalkan ia tidak dicampur dengan amalan khurafat, tahyul dan syirik. Seeloknya, amalkan apa yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis serta amalan orang yang soleh seperti lakukan Solat Hajat tiap-tiap malam dan berpuasa Sunat Isnin dan Khamis sepanjang peperiksaan anak-anak kita itu.
Jangan percaya, sekadar usaha menanam pensil bersama uri anak-anak kita sewaktu anak kita lahir dahulu akan menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Kalaulah begitu mudah untuk menjadikan anak kita berjaya, tanpa usaha yang gigih dari anak-anak kita sendiri dan ketentuan dari Allah, sudah lama Ust. Kay tanam komputer, laptop, i-Pad dan sebagainya untuk menjadikan anak Ust. Kay mahit IT !
KESIMPULAN :
Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. Aamiin Ya Rabbal Alamin… Wallahu a’lam - Jangan sampai beri anak minum air rendaman mentol untuk terangkan hati anak sudah…! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)

Tiada ulasan: