Selasa, 4 November 2014

1 MUHARRAM 1436 HIJRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 1 Muharram 1436H. 1 MUHARRAM 1436 HIJRAH
1 = Allah Yang Satu, Dialah faktor penyatu, segala persatuan dan kesatuan harus menyatu pada yang Satu. Ayuh sempena tahun baharu hijrah ini kita kembali bersatu.
PENCERAHAN :
M = Manusia khalifah di muka bumi
U = Untuknya dikurnia akal dan rohani
H = Hidayah dari kitab suci
A = Akal mengawal nafsu haiwani
R = Rohani menyuci memuliakan diri
R = Rahmat Allah pada insani
A = Atasi segala kejahatan nafsi
M = Mari amalkan nilai-nilai murni
1 = Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah. Perkara pertama yang dicabut daripada hamba ialah malu (Ibnu Majah). Amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah di Yaumil Makhsyar nanti ialah solat. Umat Islam yang pertama sekali akan dibangkitkan ialah umat Nabi Muhammad SAW dan yang pertama akan dimasukan ke dalam syurga.
4 = Berkata setengah Hukama ;
1) Malu bagi lelaki itu baik, tetapi malu bagi wanita itu terlebih baik.
2) Adil kepada setiap orang itu baik, tetapi adil pada pemimpin itu terlebih baik.
3) Taubat orang tua itu baik, tetapi taubat orang muda itu terlebih baik.
4) Pemurah bagi orang kaya itu baik, tetapi pemurah bagi orang miskin itu terlebih baik.
3 = Berpesan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ; “Seseorang mukmin itu tidak dapat lari dari tiga perkara ini.”
1) Perintah Allah dijalani.
2) Larangan Allah dijauhi.
3) Kepada Allah sentiasa meredhai.
6 = Berkata Saidina Ali r.a ; “Barang siapa yang menghimpun 6 perkara dia telah menuntut syurga dan telah lari dari neraka.”
1) Kenal Allah dan taat kepada-Nya.
2) Kenal syaitan dan mengingkarinya.
3) Kenal akhirat dan menuntutnya.
4) Kenal dunia dan meninggalkannya.
5) Kenal kebenaran dan mengikutinya.
6) Kenal kebatilan dan menjauhinya.
H = Hidupkan
I = Islam (dalam diri)
J = Jasmani
R = Rohani
A = Akan
H = Harmoni
KESIMPULAN :
K = Kita hidup carilah bekalan.
A = Agar nanti tiada penyesalan.
M = Mari sama-sama kita amalkan.
I = Islam sebagai cara kehidupan.
L = Lancar di akhirat menjawab soalan.
Wallahu a’lam - Azam baharu, nak tunaikan azam baharu tahun lalu ! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek al-Jawi)

Tiada ulasan: