السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 12 Muharram 1436H. BAIKNYA ALLAH…
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِيمَا يَرْوِى عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ: إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً.
"Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Rasulullah SAW mengikut apa yang di riwayat daripada Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah telah menulis segala perkara kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang bercita-cita (berazam) untuk melakukan kebaikan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia bercita-cita dan melakukan perkara kebaikan tersebut, Allah Azza wa Jalla akan menulis di sisinya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan berganda-ganda lagi. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan keburukan sedangkan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan kejahatan serta melakukan perkara kejahatan tersebut, Allah akan menulis di sisinya satu keburukan sahaja.” (HR: Bukhari dan Muslim)
PENCERAHANNYA :
Jika mengikut nas daripada hadis di atas, catatan kebaikan dan keburukan terbahagi kepada empat, iaitu:
Jika mengikut nas daripada hadis di atas, catatan kebaikan dan keburukan terbahagi kepada empat, iaitu:
1) Amalan kebaikan.
1. Pahala amalan ini akan digandakan daripada 10 hingga 700 kali ganda dan berganda-ganda lagi. Gandaan pahala amalan kebaikan adalah lazim untuk apa-apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, mengikut dalil firman Allah Ta’ala: “Dan barangsiapa yang membuat satu kebaikan, dia akan mendapat 10 kali ganda (balasan pahalanya)…” (QS. Al-An’am: 160)

2. Daripada Sahl bin Mu’az daripada ayahnya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya solat, puasa dan zikir digandakan sehingga 700 kali ganda melebihi nafkahkan pada jalan Allah.” (HR: Abu Dawud)
Sesungguhnya gandaan kebaikan akan bertambah sehingga sepuluh kali ganda dan lebih, disebabkan kebaikan Islam dan kesempurnaan sifat ikhlas seseorang itu, serta dia melebihkan amalan itu dalam hidupnya dan berhajat kepada pahala daripada Allah. Contoh, mewakaf sebahagian rezeki yang Allah beri untuk fisabilillah iaitu ke Pondok Balai Ilmu Ust. Kay. Kerana kami masih memerlukan sumbangan dana kewangan untuk tujuan menurap jalan masuk ke pondok pengajian Al-Quran tersebut. Banyaknya pahala… Allah akan buka ‘jalan’ baginya ke Syurga, Subhanallah !
AKAUN I-TAWFIR BANK RAKYAT : 220851161506
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870
2) Amalan keburukan.
1. Amalan ini akan ditulis sebagai keburukan seumpamanya (mengikut kadar keburukan itu sendiri) dan ianya tidak akan digandakan, sebagaimana firman Allah Ta’ala: “… Dan barangsiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak akan dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” (QS. Al-An’am: 160)

“Allah akan menulis baginya satu kejahatan…” Bermaksud bahawa dosa kejahatan tidak akan digandakan kecuali jika dilakukan di Tanah Haram dan di Bulan Ramadhan. Sebagaimana pahala, dosa juga akan digandakan jika dilakukan di tempat dan bulan tersebut. Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah menyatakan lebih rela melakukan 70 dosa di luar Tanah Haram daripada melakukannya di tempat tersebut.
3) Bercita-cita untuk membuat kebaikan.
1. Allah akan menulis baginya satu kebaikan yang sempurna walaupun dia tidak mengamalkannya sebagaimana di dalam hadith yang bermaksud: “Apabila seorang hamba-Ku berkata-kata untuk berbuat kebaikan, maka aku akan menulis baginya satu kebaikan.” (HR: Muslim)

Maksud ‘berkata-kata’ ialah: Berkata-kata di dalam hati, iaitu bercita-cita/terdetik di dalam hati. ‘Bercita-cita’ pula membawa maksud: Azam yang kuat dan disertai dengan semangat yang bersungguh-sungguh untuk beramal, bukan semata-mata lintasan yang terlintas di dalam hati.
4) Bercita-cita untuk membuat kejahatan tetapi tidak melakukannya.
1. Dalam hadith Ibnu ‘Abbas: “Sesungguhnya ia akan ditulis satu kebaikan yang sempurna.” Dan di dalam hadith Abu Hurairah: “Sesungguhnya ia meninggalkannya (perkara keburukan tersebut) kerana mengharapkan ganjaran pahala daripada-Ku.” Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang bercita-cita untuk membuat maksiat, lalu dia meninggalkannya kerana Allah Ta’ala, tidak ragu lagi bahawa dia akan dituliskan satu kebaikan yang sempurna, kerana meninggalkan maksiat dengan tujuan mencari keredhaan Allah adalah suatu amalan yang soleh.

2. Kata Syeikh al-Fudhayl bin ‘Iyadh: Orang berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, dan beramal kepada mereka adalah syirik.
KESIMPULAN :
Suami, berniat melakukan kebaikan iaitu hendak berkahwin lagi satu. Walaupun hanya niat tapi tak buat, tetap dapat pahala insya Allah !Isteri, berniat hendak melakukan kejahatan iaitu membomohkan suaminya… simpan jelah niat tu, nanti yang ‘bengong’ suami anda juga ! Masyaallah… Wallahu a’lam - Niat azam keluar 40 hari. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan