السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 13 Muharram 1436H. BULI, BULI & BULI
Islam tidak menganjurkan penindasan, penderaan, penyeksaan ataupun pemBULIan. Ini adalah kerana Islam bererti sejahtera dan selamat. Salah satu sifat orang Islam ialah dia tidak memberi masalah kepada saudara seagamanya yang lain.
PENCERAHAN :
Orang yang beriman harus sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan ia merupakan kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Hadis Rasulullah SAW tentang persaudaraan:
“Allah membantu hamba-Nya selama mana dia membantu saudaranya” (HR: Muslim)
“Allah membantu hamba-Nya selama mana dia membantu saudaranya” (HR: Muslim)
Bukan membantu dalam keadaan dipaksa untuk membasuh baju, ‘iron’kan pakaian, ambilkan minuman, serahkan bekalan makanan dan sebagainya sebagaimana berlaku gejala BULI ini di sekolah-sekolah khususnya di sekolah berasrama.
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (HR: Bukhari dan Muslim)
Dalam satu hadis Qudsi, daripada Abu Dzar Al-Ghifari r.a, daripada Nabi SAW bersabda, bahawa Allah ST berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, maka Aku mengharamkannya di kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-menzalimi”.
Prof Madya Dr Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris menyatakan bahawa, dari perspektif psikologi tingkah laku, memeras ugut rakan, adalah antara contoh BULI yang berlaku di kalangan kanak-kanak atau remaja.
Keadaan itu berkemungkinan berlaku khasnya jika di rumah kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan mereka terpaksa berkelakuan baik serta memendam apa yang terbuku di dada kerana takut pada keadaan. Sebaliknya bila di sekolah mereka mungkin akan melepaskan geram tersebut dengan ‘mengganas’ dan mencari mangsa yang lemah untuk melepaskan dendam mereka.
Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia yang juga bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris pula pernah menjalankan kajian berkaitan dengan buli.
Iaitu pemBULI memBULI orang lain sekadar untuk “berseronok”. Kajian Dr. Noran juga mendapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang bermasalah. Berpunca dari kurang rasa CINTA !
Sekiranya ada di antara anak-anak kita yang dikhuatiri terlibat dengan permasalahan ini, Ust. Kay ada menganjurkan Kem Cinta Allah, Rasul & Ibubapa (CARI) PADA : 5 - 7/12/2014. HARI : Jumaat - Ahad. TEMPAT : Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang Jeram, Selangor. SASARAN : Anak-anak berusia 7 - 17 tahun. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya : Adab dan akhlak bersosial, Solat Sunat Dhuha di tepi pantai, Tazkirah spontan, Masak bersama-sama di dalam hutan, Munajat Alam, Tautan Kasih Sentuhan Sayang bersama ibu bapa dan banyak lagi yang best-best dan pastinya bermanfaat untuk anak-anak kita.
YURAN : Hanya RM 220.00 sahaja (grouping sekurang-kurangnya 3 org. RM 200.00 setiap seorg) CARA PENYERTAAN : PM nama penuh anak, jantina dan umur menggunakan SMS, WhatsApp atau Telegram ke nombor Ust. Kay 0192319872. Terhad kepada 80 orang peserta sahaja. First come first serve !
Kebanyakan kes-kes pembulian yang berlaku di sekolah tidak pernah mengenal sama ada pelajar-pelajar tersebut membuat kesilapan atau disyaki membuat kesalahan itu berada dalam keadaan benar ataupun tidak. Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada pelajar junior dengan melakukan pukulan, sepakan, tamparan, terajang, ‘smack down’ dan sebagainya.
Di samping itu, kata-kata lumrah yang sering digunakan semasa memukul pelajar adalah; “Aku ni kira baiklah belasah kau sikit-sikit je, dulu aku kena belasah lagi teruk”. Lafaz-lafaz inilah yang sering diluahkan oleh pemBULI. Apakah maksudnya ? Faham-faham sendiri sudah…
Secara relatifnya, perlakuan BULI ini berlaku dimana-mana sahaja dan hampir pada semua golongan sebenarnya. Bukan sahaja berlaku di sekolah asrama dan pada golongan pelajar sekolah sahaja. Contohnya :
1. Anak-anak sentiasa terdedah dengan rancangan kartun yang menunjukkan pihak yang kuat selalu memBULI pihak yang lemah.
2. Suami yang sering mendera dan menyeksa isterinya sama ada secara zahir atau batinnya.
3. Si ayah atau juga si ibu yang jenis ‘hobinya’ merotan tanpa sebab yang syari’e.
4. Pengguna jalanraya yang tiba-tiba menjadi ‘monster’ bila mula sahaja pegang stering kereta atau handle motorsikal.
5. Para peniaga yang sering menaikkan harga barang dengan memindahkan kesan kenaikan harga minyak untuk ditanggung oleh pengguna semata-mata.
6. Parti politik yang berkuasa membuli semahu-mahunya parti politik yang belum berkuasa selama 57 tahun dalam setiap pilihanraya dengan segala tipudaya yang mampu mereka lakukan.
7. Pemimpin yang menghulur bantuan pada satu masa tetapi menekan rakyat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin mencengkam pada sepanjang masa.
8. Kuasa-kuasa besar dunia yang seringkali memBULI negara-negara kecil, khususnya negara-negara Islam.

KESIMPULANNYA :
Jangan kita lupa, kita sering menjadi mangsa BULI syaitan dengan selalu dikehendaki mengikut telunjuknya dan kerapkali juga diBULI dengan jin bila tak pasal-pasal takut padanya. Sampai nak pergi tandas dalam rumah pun minta berteman. Wallahu a’lam - Masa kecik-kecik suka main GULI. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan