Selasa, 18 November 2014

ISTIDRAJ



Apabila mendengar perkataan azab, kita selalu membayangkan sesuatu yg menyeksakan, suatu benda yg malang, atau suatu kesusahan yg dialami oleh individu atau kumpulan manusia.
Sebenarnya, azab bukan sahaja sesuatu yg berbentuk seksaan atau kesusahan. Azab juga boleh jadi dlm bentuk yg indah, dlm bentuk kesenangan.
Bagaimana yg dikatakan azab boleh jadi dlm bentuk kesenangan?
Apabila Allah sentiasa memudahkan urusan hidup kita, rezeki kita sentiasa dimurahkanNya & diberikan kejayaan kpd kita sedangkan kita lalai daripada mengingatiNya, sedangkan kita sering berMAKSIAT kepadaNya.
Apa pula yg dikatakan maksiat?
Jika kita beranggapan bahawa maksiat hanyalah bererti zina semata-mata, ternyata anggapan kita sudah tersilap. Maksiat dari segi bahasa bererti sesuatu yg berlawanan dgn maksud ‘taat’ atau dlm ertikata lain, derhaka. Manakala dari segi istilah, maksiat itu adalah melanggar sesuatu arahan & melakukan sesuatu yang dilarang. Ini bererti, meninggalkan solat & lain-lain perintah Allah juga dikatakan maksiat kepada Allah.
Berbalik kepada soal azab Allah, apabila kita sering meninggalkan solat 5 waktu dgn sengaja atau melengahkan waktu solat atau melanggar arahan Allah yg lain (bermaksiat kepada Allah), tetapi Allah masih mengurniakan kesenangan kepada kita, itulah sepatutnya azab yg paling kita geruni. Itulah yang dikatakan sebagai ISTIDRAJ. Allah memberi kita rezeki sedangkan kita lalai daripada mengingatinya. Dengan rezeki & kesenangan yg diberikanNya itu , Allah sebenarnya sedang menjarakkan diri kita daripadaNya. Padahal kita menganggap bahawa Allah sayangkan kita walaupun kita sering melupakannya. Itulah yg paling ditakuti kerana azab ini terjadi tanpa kita sedari kerana terleka dibuai dengan kesenangan.
Na’udzubillah.
Semoga kita sentiasa istiqomah dlm melakukan ketaatan kepada Allah & semoga Allah menjauhkan kita & keluarga kita dari tergolong dlm golongan yg diistidraj oleh Allah.
Semoga bermanfaat.
Wallahhu’alam

Tiada ulasan: