السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 26 Muharram 1436H. DARAH OH DARAH!
Kepala oh kepala
Kenapa engkau pening?
Macam mana aku tak pening
Darah Tinggi toing-toing 2X
Kenapa engkau pening?
Macam mana aku tak pening
Darah Tinggi toing-toing 2X
Darah oh darah
Kenapa engkau tinggi?
Macam mana aku tak tinggi
Makan tak jaga rapi 2X
Kenapa engkau tinggi?
Macam mana aku tak tinggi
Makan tak jaga rapi 2X
Dari semalam Ust. Kay rasa sangat pening kepala, belakang tengkuk rasa besar ‘punok’ lembu, bahu rasa lenguh… tangan kanan rasa lemah sekali dan kebas-kebas. Ligat di fikiran Ust. Kay membayangkan ini mungkin Cuit-cuit Ust. Kay yang terakhir, isteri Ust. Kay akan menjadi janda dan anak-anak akan menjadi yatim. Apakah?
PENCERAHAN :
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Ust. Kay sudah menuju ke Klinik Dr. Rosli, yang terletak di Sungai Buloh, Sasaran Jeram, Kuala Selangor untuk memastikan apa yang sudah terjadi kepada Ust. Kay. Masihkah ada harapan? Bila nama Ust. Kay dipanggil untuk masuk ke bilik doktor, rasa seperti dipanggil oleh Malaikat Maut… peluh memercik membasahi dahi. Setelah doktor memeriksa tekanan darah, lantas merenung tajam kepada Ust. Kay, dan berkata ; Welcome to the club ! Kelab Pesakit Darah Tinggi !”

Selain makan ubat hospital, rasanya boleh saja cuba kaedah perubatan alternatif. Bahan-bahan untuk rawatan pun senang nak cari. Kelapa muda contohnya memang antara kesukaan Ust. Kay. Kalau kena makan atau minum 10 biji sekalipun tidak menjadi hal !
Kata orang tua-tua, cara menyediakan penawar penyakit darah tinggi, kencing manis dan berkaitan jantung melalui kaedah perubatan tradisional ini adalah seperti berikut :
Bahan-bahan yang digunakan ;
Sebiji kelapa yang sangat muda (masih berhingus )
7 biji halba (untuk sekali rawatan )
3 batang serai (untuk sekali rawatan
Kaedah Rawatan ;
3 batang serai diketuk atau dititik dan dimasukkan kedalam kelapa muda tadi.
7 biji halba dimasukkan juga ke dalam kelapa.
Kelapa kemudian dipanaskan di atas api sehingga airnya menjadi suam.!! Ambil isi kelapa dengan serai tadi dan airnya diminum.
Ulang sebanyak 7 kali (selang dua hari sekali rawatan, wallahu a’lam!)

Ingatlah sabda Nabi SAW :
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (HR : Muslim)
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (HR : Muslim)
Kata doktor, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti Hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya. (Ceh ! macam doktor pulak…)
Kata doktor lagi, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Tepatlah, di dalam Islam sendiri kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan. Firman Allah SWT :
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (QS Al-A’raf: 31)
Rawatan penyakit darah tinggi boleh juga diikhtiarkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim. Ayat-ayat berikut boleh diamalkan disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Qasas tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah dinasihatkan agar pesakit yang ingin berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini tidak berhenti terus mengambil ubat-ubat yang telah diberi oleh pihak hospital. Kerana terapi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Selain keyakinan 100% kepada syifa’ dan rahmat yang ada padanya. Sebagaimana firman Allah SWT :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (QS Al-Isra’ : 82)
KESIMPULAN :
Insya Alah, Allah sentiasa melihat dan menilai akan usaha dan kegigihan hamba-hamba-Nya dalam usaha untuk sembuh dari sebarang penyakit. Bukan sekadar berdoa sahaja ! Wallahu a’lam - Hikmahnya, dapatlah MC dua hari… Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan