Selasa, 4 November 2014

SIAPA DERHAKA ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 4 Muharram 1436H. SIAPA DERHAKA ?
Sebagai ibu bapa, yakinkah kita bahawa anak kita mampu untuk memandikan jenazah kita dengan penuh kasih sayang? Yakinkah kita bahawa anak kita nanti mampu menyembahyangkan janazah kita bila kita meninggal dunia nanti? Apatah lagi menjadi imam bagi anak lelaki kesayangan kita itu? Atau sekurang-kurangnya mengirimkan bacaan Al-Quran dan mendoakan kita berterusan bila kita telah tiada nanti? Kalau mereka tidak mampu, salah siapa?
PENCERAHAN :
Sebaliknya ibu bapa masakini seakan-akan menjadi hamba kepada anak-anak mereka. Ibu bapa menjadi takut akan ancaman-ancaman anak mereka. Anak-anak tidak boleh ditegur. Bila ditegur, mulalah dia meradang dan memberontak. Hendak lari dari rumahlah, ugut bunuh dirilah, lakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mendapat perhatian dan untuk memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja. Masyaallah…
Sebab itulah, Ust. Kay ada menganjurkan Kem Cinta Allah, Rasul & Ibubapa (CARI) PADA : 5 - 7/12/2014. HARI : Jumaat - Ahad. TEMPAT : Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang Jeram, Selangor. SASARAN : Anak-anak berusia 7 - 17 tahun. Pelbagai KEMAHIRAN yang menjurus untuk menjadikan anak-anak kita terkehadapan seperti 1. Kemahiran Solat Jenazah (mandi jenazah biasanya ada jemaah yang laksanakannya) 2. Kemahiran menjadi imam dan makmum 3. Kemahiran melipat baju 4. Kemahiran masak masakan asas dan sebagainya…
YURAN : Hanya RM 220.00 sahaja (grouping sekurang-kurangnya 3 org. RM 200.00 setiap seorg) CARA PENYERTAAN : PM nama penuh anak, umur dan nombor HP ibu bapa/penjaga menggunakan SMS, WhatsApp atau Telegram ke nombor Ust. Kay 0192319872. Terhad kepada 80 orang peserta sahaja.
Biasanya kita dengar anak derhaka… Tapi kita jarang di dedahkan dengan ibu bapa yang juga boleh menjadi ibu bapa yang derhaka. Bukan derhaka kepada anak-anak pada ertikata yang sebenarnya, tetapi derhaka kepada Allah SWT. Berpunca kerana tidak menjalankan amanah sebagai ibu bapa dengan sebaiknya. Jangan ingat ‘status quo’ sebagai ibu bapa akan terus mulia dan sentiasa benar…
Antara tanggungjawab dan hak-hak yang wajib ditunaikan kepada anak-anak kita ialah :
1. Hak Fizikal Anak. Makan-minum, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna. Begitu juga pada aspek kesihatan mereka.
2. Hak Intelektual Anak. Memberikan mereka kemahiran ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk kejayaan dan perkembangan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.
3. Hak Emosi Anak. Mengucup anak-anak dengan penuh kasih sayang, bermain dan bergurau, memberi hadiah dan kata-kata pujian sebagai penghargaan kepada mereka, mendahulukan anak perempuan berbanding anak lelaki dan sebagainya…
4. Hak Rohani Anak. Pendidikan Tauhid @ Akidah, Ibadah @ Syariah dan Akhlak @ Tasawuf, penyuburan cinta kepada Rasullulah SAW, kemahiran ilmu al-Quran dan hadis-hadis
Ibu bapa juga boleh ditakrifkan sebagai ibu bapa yang derhaka, apabila :
1) Pilih kasih antara anak-anak yg lain. Membezakan kasih sayang kepada anak-anak sama ada dari segi aspek fizikal, kecerdikan akal dan sebagainya.
2) Tidak jodohkan anak perempuannya, bila sampai umur anak perempuan untuk berkahwin. Maka wajib ibu bapa carikan jodoh yang baik untuk anak gadisnya.
3) Tidak melaksanakan hak-hak anak seperti di atas.
4) Tidak memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya.
5) Tidak mengkhatankan anak perempuan agar dapat mengekang serba sedikit nafsu anak perempuan mereka.
6) Tidak patuhi janji kepada anak-anak. Mengajar anak-anak untuk berbohong dan bersifat munafik.
7) Tidak memberikan nafkah yang secukupnya kepada anak-anak.
8) Tidak mengajar hukum-hakam, halal-haram akan sesuatu perkara kepada anak-anak.

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak juga mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Saidina Umar juga meletakkan kederhakaan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
KESIMPULAN :
Kadangkala kederhakaan seseorang anak itu adalah berpunca dari kederhakaan ibu bapanya sendiri. Nauzubillah… Wallahu a’lam - Anak-anak tidak akan menjadi ‘Qurratu A’yun’ jika ibu bapanya ‘Mangkuk Ayun’ ! Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek) Maaf lambat sangat…kesian yang setia menunggu !

Tiada ulasan: