السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 24 Muharram 1436H. MENGANTUK GILER !
Kerana mengantuk inilah Ust. Kay pernah beberapa kali eksiden di jalanraya, tersesat atau terlajak ketika hendak pergi ke tempat ceramah dan demi Allah, entah beberapa kali handphone Ust. Kay ini jatuh berderai ketika hendak menyiapkan CCUK terlepas dari tangan kerana rasa mengantuk yang bersangatan. (takde yang nak sponsor… huhuhu) Sebab itu seringkali juga ‘typo’ pada CCUK yang dipost.
PENCERAHAN :
Rasa kantuk adalah tanda yang diberikan oleh tubuh untuk beristirehat, yang biasanya datang di malam hari atau saat merasa lelah selepas ‘rewang’ contohnya. (sekarang ini pun…Ust. Kay menaiop dalam kedaan mengabtuk ni..) Namun, dalam keadaan tertentu kita mungkin merasa mengantuk dan lelah hampir sepanjang hari atau setiap waktu…

Kata doktor, antara puncanya ialah :
1) Banyak makan di waktu malam. Contohnya, macam mana Ust. Kay tak banyak makan, setiap kali lepas ceramah atau forum di masjid-masjid atau surau, pihak penganjur selalunya menyediakan hidangan yang istimewa untuk penceramah undangan mereka. Udang, sotong, ikan siakap masak 13 rasa, kambing masak kari, kambing golek, kambing terbaring… ‘kambing stim’ dan macam-macam lagi !

2) Kurang istirehat, biasanya para penceramah (penceramah bebas @ bebas berceramah terutamanya) jadual aktiviti ceramah mereka kadang-kala sehingga 4 - 5 kali sehari. Kuliah, Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Kuliah Maghrid dan selepas itu Forum Perdana pula… Begitu juga mereka yang bekerja lebih 12 jam sehari dan ditambah pula dengan ‘overtime’ yang ‘giler-giler’ semata-mata untuk mendapatkan duit lebih…
Rasa mengantuk ini bukan sekadar boleh menjejaskan kualiti pekerjaan kita, gangguan kepada mereka yang sedang belajar tetapivyang lebih rugi lagi boleh menjejaskan kualiti ibadat kita. Nabi SAW bersabda :
Dari Anas r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ; “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (bacakan)” (HR : Al-Bukhari)
Namun ada juga kelebihannya rasa mengantuk ini jika ia datang ketika nyawa seseorang dalam keadan terancam? Sebahagian orang akan berfikir mungkin mustahil untuk berasa mengantuk dalam dalam keadaan genting tersebut. Bagi Allah, tentu tidak ada yang mustahil. Bahkan, rasa mengantuk yang datang ketika saat genting itu merupakan anugerah atau nikmat bagi hamba-Nya yang sedang berjihad fi sabilillah. Allah berfirman :
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah." (QS. Ali Imran :154)
Al -Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut yakni orang-orang yang penuh keimanan, keyakinan, keteguhan dan tawakkal yang sungguh-sungguh. Dan mereka benar-benar yakin bahawa Allah akan menolong Rasul-Nya dan mengabulkan permohonannya. Dalam hadis ada dikisahkan :
Kami mendapati rasa sangat mengantuk pada waktu kami dalam barisan perang Badar, lalu Abu Talhah berkata; “Sehingga pedangku terjatuh dari tanganku, lalu aku mengambilnya, lalu jatuh kembali dan kembali aku mengambilnya.” (HR : Bukhari No.4196)
Sufyan Ats Tsauri berkata dari Asim dari Abu Razin, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa ia berkata; “Rasa mengantuk dalam peperangan adalah rasa aman yang datangnya dari Allah Ta’ala, sedangkan rasa mengantuk dalam solat datangnya dari syaitan.” Qatadah berkata; “Mengantuk itu ada di kepala, sedangkan tidur ada di hati.”
KESIMPULAN :
Kesimpulannya…. aaaa… aaaa ah mengantuklah, nak tidur dulu. Wallahu a’lam - Zzzzzzzzzzz… Ukay’s (UST. HJ KAMIL SIDEK 0192319872)
Kesimpulannya…. aaaa… aaaa ah mengantuklah, nak tidur dulu. Wallahu a’lam - Zzzzzzzzzzz… Ukay’s (UST. HJ KAMIL SIDEK 0192319872)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan