السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 5 Muharram 1436H. KESAL MENYESAL, SESAL TERSESAL
Ungkapan penyesalan ada diabadikan dalam Al-Quranul Karim dengan ungkapan “Ya Laitani”. Penyesalan yang biasanya hanya terucap dibibir, terpendam di dalam hati namun tidak mampu tertampung dengan tindakan. Kerana apa? Kerana biasanya sudah terlambat.

PENCERAHAN :
Jangan sampai penyesalan itu dialaminya di akhirat kelak. Masih lebih baik, jika penyesalan itu terjadi di dunia. Kerana di dunia, masih ada kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik. Sebaliknya, penyesalan di akhirat tiadalah ertinya, kecuali Neraka Jahanam sahaja…

Apakah yang manusia akan kesalkan?
1) Penyesalan saat Sakaratul Maut. Nabi SAW berpesan, “Perbanyaklah ingat kepada yang memutuskan kelazatan dunia, yakni kematian”. Sakaratul maut pasti benar adanya, ia akan menghampiri setiap manusia.

Saat sakaratul maut tiba, ter’review’lah seluruh perbuatan manusia, iaitu perbuatan baik dan buruknya. Bila yang muncul DVD kebaikan, pelaku tidak akan merasakan takut, bahkan menyambut bahagia, kerana akan mendapatkan pahala. Namun sebaliknya, bila yang muncul DVD keburukan, baginya dihadapkan dengan kesengsaraan yang mengerikan. Ia pun akan menyesal dan berkata “Kembalikanlah aku, supaya aku boleh beramal soleh dan bersedekah”. Namun sayang, “Sayang semuanya…sudah terlambat, tak guna dikesalkan lagi…” Kata Shidee !
2) Penyesalan saat bersama teman diseksa di dalam neraka. Berhati-hatilah ketika mencari teman. Agama seseorang akan mengikuti agama teman dekatnya. Baik buruknya persahabatannya di dunia akan terakam jelas di akhirat kelak. Persahabatan yang didasari ketaatan dan ketaqwaan, akan memberikan bantuan / pertolongan satu sama lain.
Namun sebaliknya, jika dijalin atas dasar kemaksiatan, akan menjadikannya permusuhan antara satu sama lain. Akan saling tuding-menuding sebagai penyebab masuknya mereka ke neraka. Sebagaimana firman Allah SWT :
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa." (QS. Az-Zukhruf : 67)
3) Penyesalan saat diperlihatkan Buku Catatan Amal. Setiap anak Adam pasti didampingi dua malaikat yang bertugas mencatat seluruh amalan kita, bila dan dimana sahaja kita berada. Catatan ini akan ditunjukkan semula di akhirat kelak beserta keterangan bergambar siap audio dan videonya sekali. Mereka yang menerima catatan dengan rakaman amalan yang buruk, akan merasa terkejut beruk, terbelalak dan menyesal. Mereka akan berkata, Apahal ini? Kenapa semua tercatat? Saya pernah melakukan semua dosa-dosa ini ke?
Sufyan bin ‘Uyainah menyatakan golongan yang akan menyesal di akhirat ada tiga, iaitu :
1. Orang yang memiliki budak (hamba sahaya) ketika di dunia, ternyata pada hari kiamat budak tersebut memiliki prestasi amal yang lebih baik darinya.
2. Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mahu bersedekah dengannya sampai ia meninggal dunia, kemudian harta tersebut diwarisi oleh orang yang memanfaatkan harta tersebut untuk bersedekah di jalan Allah.
3. Orang yang mempunyai ilmu tetapi ia tidak mahu mengambil manfaat dari ilmunya, lalu ilmu tersebut diketahui oleh orang lain yang mampu mengambil manfaat darinya.

Alhamdulillah… ramai yang telah mewakafkan sebahagian hartanya untuk pemasangan lantai Pondok Balai Ilmu, Pusat Pengajian Celik Al-Quran Ustaz Kay. Ukuran lantai pondok pengajian tersebut ialah 24 X 36 kaki = 864 kaki persegi. 597 kaki persegi telah ada pewakifnya. Kini berbaki 267 kaki persegi sahaja yang tinggal !
Kos sekaki persegi lebih kurang RM 15.00 sahaja. Jadi Ust. Kay hanya perlukan RM 4,005.00 lagi untuk memenuhi keseluruhan ruang pengajian tersebut. Bayangkan lantai itulah yang akan digunakan untuk orang yang akan mengaji selama mana ianya boleh diduduki. Ayuh ! Sebelum menyesal…
AKAUN I-TAWFIR BANK RAKYAT : 220851161506
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870
AKAUN MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
CIMB ISLAMIC : 7603323870
KESIMPULAN :
Pada dasarnya semua manusia kelak akan menyesal juga. Jika dia orang yang soleh, akan menyesalnya kerana tidak beribadah lebih banyak dan lebih bagus dari yang sekarang. Sementara orang yang fasik dan kafir akan menyesal kerana telah berbuat dosa yang banyak dan sempat berhenti sebelum maut menjelang. Wallahu a’lam - Biasanya pengantin baru akan menyesal; “Menyesal aku tidak kahwin dari dulu lagi….” Ukay’s (Ust. Hj. Kamil Sidek)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan