السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 2 Muharram 1436H. ANAK ORANG @ ANAK LEMBU?
Zaman sekarang ni memang rasa janggal bila disebut pasal ibu atau anak susuan. Ybhg. Ustaz Dato’ Hassan Din al-Hafiz, menyarankan supaya dihidupkan kembali konsep ibu susuan kerana adalah tidak layak seorang bayi yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian diberikan susu binatang. Lebih baik jadi anak susuan orang daripada menjadi anak susuan lembu (minum susu formula @ lembu)
PENCERAHAN :
Dari segi hukum syarak, seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus. Ini kerana dalam sesetengah keadaan ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi tersebut meninggal dunia ataupun ibu tersebut menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anaknya. Firman Allah SWT :
وإن تعا سرتم فسترضع له أجري (6)

"Dan sebaliknya jika kamu (daripada kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."
Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW juga mempunyai ibu susuan yang bernama Thuwaibah. Beliau adalah ibu susuan pertama Rasulullah SAW. Ketika itu Thuwaibah masih juga sedang menyusukan anaknya sendiri, Masruh. Thuwaibah ini pula adalah ibu kepada Ummu Aiman, iaitu pengasuh Rasulullah SAW. Kemudiannya baginda disusukan pula oleh Halimah binti Abi-Dhua’ib yang lebih kita kenali sebagai Halimah As-Saadiah.
Terdapat syarat-syarat tertentu yang membolehkan anak yang disusui ini menjadi anak susuan (menjadi mahram), iaitu :
1) Susu adalah daripada orang perempuan. Gadis, isteri orang mahupun janda tidak jadi persoalan.
2) Susu yang diminum sampai ke usus tidak kiralah caranya melalui buah dada mahupun botol susu. Ini bagi menepati konsep susuan itu menumbuhkan daging dan tulang anak itu.
3) Penyusuan berlaku melalui mulut ataupun hidung. Maka tidak termasuk dalam kategori ini jika diberikan melalui salur IV atau dicurahkan terus ke halkum dengan lain-lain cara dan lain-lain rongga seperti telinga, mata dan lain-lain.
4) Susu tidak bercampur dengan bahan lain (air, susu tepung dan sebagainya) pada kadar lebih banyak dari susu tersebut.
5) Penyusuan adalah semasa kecil dan anak itu umurnya kurang dari 2 tahun ketika disusui. Tidak menjadi saudara susuan sekiranya yang menyusu itu lebih daripada umur 2 tahun walaupun lebih 1 hari apatahlagi 20 tahun !. (sebab itu sekiranya hendak ambil anak angkat jangan yang sudah lebih usia tersebut, bila besar nanti tetap kena jaga batas aurat dengannya)
6) Penyusuan adalah lima kali atau lebih dan setiap satunya membawa kepada kenyang /puasnya bayi itu. Jika terhenti atas sebab bertukar botol, atau menangis, atau pada kadar masa yang secara adatnya (mengikut umur dan kebiasaan) bayi itu belum menunjukkan dia puas, maka ia masih termasuk dalam kiraan satu kali susuan sahaja. Menurut Imam Malik, penyusuan ini mestilah berterusan selama 2 tahun, namun pendapat ini tidak dikongsi oleh Imam-imam yang lain. (Ringkasan : Al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh)

Menurut ulama’ Syafie, tanggungjawab menguruskan penyusuan dan menyusukan anak adalah tanggungjawab bapa atau suami. Ia, merupakan salah satu daripada nafkah yang wajib terhadap dirinya untuk anaknya. Namun seorang bapa tidak mempunyai hak untuk memaksa isteri menyusukan anak sekiranya isterinya tidak mahu. Bahkan perlu bagi si suami mencarikan ibu susuan sekiranya keadaan isteri tersebut tidak mengizinkan.
Memilih ibu susuan adalah sebahagian daripada juzu’ muamalah dalam Islam. Tiada peraturan khusus, namun memandangkan ia akan menjadi darah daging anak itu, maka beberapa perkara perlu dipastikan:
1. Keredhaan suami kepada bakal ibu susuan. (jika telah berkahwin)
2. Keturunan dan latar belakang ibu susuan.
3. Kemampuan dan kesihatan bakal ibu susuan
4. Dapat memastikan talian kekeluargaan yang bakal terjalin dapat dipelihara dan direkodkan.

Ini kerana anak susuan akan menjadi mahram seperti mahram nasab, iaitu :
a. Ibu susuan
b. Ibu saudara susuan
c. Saudara perempuan susuan (adik beradik sesusuan).
d. Anak perempuan susuan.
e. Emak saudara susuan sebelah ibu.
f. Anak perempuan daripada saudara lelaki (anak saudara susuan kepada adik beradik lelaki).
g. Anak perempuan daripada saudara perempuan (anak saudara susuan kepada adik beradik perempuan.)

Ada kajian yang mendapati anak yang disusukan (sama ada oleh ibu kandung atau ibu susuan) akan lebih cerdas, pintar dan soleh berbanding yang ‘menyusu’ dengan lembu. Hari ini ramai yang tidak mahu menyusukan walaupun anak sendiri sehinggakan anak menjadi degil seperti perangai ‘ibu susuannya’ iaitu mengikut formula lembu juga.
Untuk anak kandung, anak susuan mahupun anak susuan susu ‘formula’ yang berumur 7 - 17 tahun, Ust. Kay ada menganjurkan Kem Cinta Allah, Rasul & Ibubapa (CARI) PADA : 5 - 7/12/2014. HARI : Jumaat - Ahad. TEMPAT : Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang Jeram, Selangor.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN :
Seperti Ice Breaking, Beach Trekking, Explorace, Karaoke Cinta Hakiki, CARI Masterchef, Cuit-cuit bersama Ustaz Kay (Kuliyah CCUK), Busana Muslim Show, Tahsin Wuduk, Solat & Tahsin Al-Quran, DHUHA Time, Munajat Alam, Tautan Kasih Sentuhan Sayang bersama ibu bapa dan banyak lagi yang best-best dan bermanfaat untuk anak-anak kita. Percayalah, anak anda akan terisi cuti dengan bervisi.

YURAN : Hanya RM 220.00 sahaja (grouping sekurang-kurangnya 3 org. RM 200.00 setiap seorg) CARA PENYERTAAN : PM nama penuh anak, jantina dan umur menggunakan SMS, WhatsApp atau Telegram ke nombor Ust. Kay 0192319872. Terhad kepada 80 orang peserta sahaja. First come first serve !
KESIMPULAN :
Ada orang kata, susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza bergantung kepada apa yang dimakannya. Andai si ibu menyusukan anaknya selepas menikmati kelazatan durian, maka si anak dapatlah merasa susu perisa durian. Hal ini tidak akan dapat dinikmati oleh anak-anak yang minum susu tepung kerana rasa sama sahaja, rasa lembu ! Wallahu a’lam - Dah lupa rasa susu ibu… rasa susu lain pula ! Ukay’s (Kenali Ust. Kay dalam Majalah-i, terbitan Karangkraf edisi Oktober 2014 ini)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan