Selasa, 4 November 2014

HANYA DI RADIO…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 8 Muharram 1436H. HANYA DI RADIO…
Media elektronik merupakan alternatif untuk manhaj dan uslub dakwah yang sangat berkesan pada hari ini. Ia merupakan media massa komunikasi yang berinovasi sama ada dalam bentuk peti televisyen, filem skala besar, internet ataupun radio.
PENCERAHAN :
Radio merupakan salah satu di antara alat komunikasi massa tersebut. Seperti media massa lain, radio pun mempunyai fungsi sebagai alat pemberi informasi. Pemilihan media radio didasarkan kemampuan media ini dapat menjangkau populasi pendengar yang lebih ramai dengan jarak jauh dan waktu yang lebih cepat, serta kos yang relatif lebih murah dibandingkan dengan media yang lain.
Melalui radio juga, seseorang dapat mengetahui dan memahami sesuatu dengan lebih praktikal. Sama ada dalam bentuk penerangan seperti tazkirah-tazkirah, bicara addin ataupun secara interaktif seperti soal jawab agama dengan ustaz jemputan dan bacaan Al-Quran interaktif dengan pendengarnya.
Antara pemain industri penyiaran radio yang menyumbang kepada dakwah kepada khalayak pendengar ialah Radio Ikim.fm kendalian Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Radio Salam.fm kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Insya Allah pada hari ini 31/10/2014 pada jam 3.30 petang ini, Ustaz Kay akan bersiaran di Radio Salam.fm pada frekuensi (FM 91.1 Lembah Klang) untuk membedah buku CUIT-CUIT USTAZ KAY’S (CCUK) yang akan berada di pasaran pada minggu hadapan. Pada hari Ahad 2/11/2014 pula iaitu dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi, Ust. Kay akan berada di Ibupejabat Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam bagi mempromosikan buku CCUK sempena Julan Gudang Buku-buku Terbitan Karangkraf dari 31/10 hingga 2/11/2014 ini.
Radio memiliki karakteristik yang tersendiri. Karakteristik radio memberikan manfaat yang unik, baik ditinjau dari sisi kelebihan mahupun kekurangannya. Penyiar dapat merencanakan konsep implementasi medium dakwah kepada sasarannya. Antara karakteristik radio untuk kebaikan dakwah ialah :
1. Dapat memperdengarkan secara live suara ulama’-ulama’ kontemporari.
2. Radio adalah mass media yang paling banyak digunakan oleh ramai orang.
3. Radio adalah alat yang hangat dalam memancing emosi pendengar. Orang boleh ketawa dan menangis dengan mendengar radio.
4. Radio adalah alat yang cukup ringkas, murah dan mudah.
5. Radio dapat membidik sasaran mad’u dakwah yang tepat bagi pendengar tertentu dengan mengadakan program khususnya. Dari si kecil sehinggalah ke sasaran kilauan ‘kubur’ (warga emas)
Seperti media yang lainnya juga radio juga memiliki sisi negatifnya sekiranya dikendalikan oleh orang yang negatif juga. Selain hanya memperdengarkan lagu-lagu hiburan yang mengkhayalkan, para pendengar radio juga akan mudah terpengaruh dengan fitnah yang lebih mudah tersebar, budaya hedonisme dan sebagainya.
Alat ini memiliki potensi kedua-duanya. Berpengaruh dalam memberikan hiburan dan dakwah. Bergantung kepada bagaimana dan apa falsafah yang dianut oleh penyampai, penerbit dan ‘taukey’ radio tadi.
KESIMPULAN :
Radio mampu memberi pengaruh terhadap pembentukan peribadi seseorang, menimbulkan sosial adjustment dan ini penting bagi pembentukan seorang individu dan masyarakat yang lebih baik, selain memberikan hiburan alternatif Islami kepada penggemar media massa ini. Wallahu a’lam - Terpulang kepada para pendengar, ‘tepuk’ telinga tanya iman ! Ukay’s ( Ust. Hj. Kamil Sidek 0192319872)

Tiada ulasan: