Jumaat, 21 November 2014

Khamis, 20 November 2014

FORGIVENESS

Kalau sikap meminta maaf terlebih dahulu walaupun dirinya tidak bersalah itu lambang sifat yang mulia, maka ia telah pun meniru perbuatan dan kemuliaan Sayyidina Rasulullah ﷺ . Sifat yang mulia, ditiru daripada insan yang mulia, tidakkah itu satu kemuliaan yang berganda-ganda?
اللَّهمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّم

INTEGRITI DAN ETIKA

Kagum al-faqirah dengan orang-orang ‘besar’ tetapi ada pendirian jelas dalam soal integriti, soal etika dalam bekerja, dalam urusan akademik.
Berapa ramai yang menduduki kerusi profesional dalam bidang mereka? Berapa ramai pula yang menyandang gelar kemuliaan dalam bidang akademik? Tetapi bila sampai soal integriti dan etika, mereka seolah-olah tidak pernah mendengar dan belajar tentang dua hal tersebut.
Orang-orang yang dikagumi ini, apabila bercanggah soal integriti dan etika dengan tuntutan kerja dan akademik, baik sahabat baiknya mahupun orang paling tinggi dalam institusi – yang tidak betul tetap dikata tidak betul.
“Kalau hendak dibuat dengan cara mengadakan yang tiada, dengan cara menipu, bukan etika akademik, malah bukan cara Islam!”
Nah, begitu didikan mereka kepada orang-orang ‘kecil’ dalam institusi ini.
Lalu bagaimana mungkin tidak dicemburui kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang ini? Mereka bukan sahaja diberi kelapangan memperoleh ilmu, memperoleh kedudukan, malah ketika diuji dengan pendirian, mereka tetap berpegang. Mereka tidak pernah lupa pada hakikat bahawa daripada Allah-lah semua ini datang dan menegakkan yang hak itulah tanda kesyukuran!
Integriti dan etika bukan prinsip baru, malah sudah lama lahir melalui wahyu kenabian. Alangkah menghairankan sekiranya seseorang yang faqih dalam bidang kerja dan ilmunya, kurang prihatin pada dua soal yang disebutkan.
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Amal tanpa adab menghapus kesemuanya.
Selamat beramal!
:)

Apa tanda akhlak yang mulia?

ALAM

C-HEART !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 27 Muharram 1436H. C-HEART !
Rasulullah SAW bersabda :
“Ada dua jenis nikmat yang sering tidak diendahkan ramai manusia, iaitu nikmat sihat dan kelapangan waktu.” (HR: Bukhari)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (HR: Ibnu Majah)
Baginda Rasulullah SAW juga pernah bersabda; “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (HR: Bukhari)
'Hak' itu termasuklah menjaga tubuh badan sendiri agar sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Malangnya 'hak tubuh' itulah yang selalu kita abaikan, sama ada kita sedari atau tidak. Ingat ! Tubuh ini kita hanya pinjam sahaja… jadi sewaktu memulangkannya pastikan semuanya dalam keadaan elok !
PENCERAHAN :
Terlalu banyak hadis-hadis SAW yang menyentuh tentang peri pentingnya menjaga kesihatan. Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman).” (HR: Ibnu Majah)
Sudah tentu kerana kesihatan yang baik membolehkan kita membuat amalan, membanyakkan kebaikan dan sekali gus dapat menyumbang kepada saham akhirat. Malah dengan kesihatan yang baik, dapat kita pergunakan untuk berjihad, bekerja dengan lebih baik, menjana pendapatan yang kemudian digunakan semula untuk kebaikan. Sehingga Rasulullah SAW memohon: “Ya Allah, ‘afiatkanlah tubuh badanku dan ‘afiatkanlah pendengaranku.” (HR : Ibnu Syaibah)
Ibnu Ataillah berkata; “Menunda amalan kebaikan kerana (kononnya) mahu menanti kesempatan yang lebih baik ialah tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.” Kerana bila-bila masa sahaja nikmat kesiha tan ini boleh hilang bila-bila masa sahaja.
Ada satu kisah yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya dia menjawab; “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah SWT. Oleh itu, Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.”
Rasulullah SAW sendiri menegaskan dalam hadis, “Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.” (HR: An-Nasai)
Maksud mukmin yang kuat di sini adalah mukmin yang sihat tubuh badan, kuat ekonominya, kuat menuntut ilmu dan kuat mengamalkannya, kuat sedekahnya, kuat kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya, kuat pemahaman Kitab-Nya, kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan kuat menganalisa antara kebenaran dan kebatilan.
Bukannya kuat sembang, kuat temberang, kuat kutuk-mengutuk sesama jamaah, kuat mengadap Handphone daripada mengadap Al-Quran, kuat duduk-duduk saja di kedai mamak, kuat membodek, kuat berbaris lama nak dapat BRIM tapi tak kuat berbaris dalam saff solat dan macam-macam lagi yang ‘kuat yang tak kuat’ sebenarnya.
Dalam Islam terdapat prinsip ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’ dan prinsip ‘Menutup pintu-pintu kerosaka’. Hal ini bermakna, kita harus berusaha mengelak diri dari sebarang penyakit sebelum ia datang menghampiri. Antara kaedah penjagaan kesihatan yang diajarkan Islam ialah:
1) Jauhkan diri (lari) daripada sumber penyakit.
2) Laksanakan proses tazkiyatun nafs (penyucian jiwa).
KESIMPULAN :
Dengan memperbanyakkan ibadat, solat, zikir dan mengingati Allah dalam apa-apa jua keadaan, kesemua ini ada kena-mengena dengan kesihatan rohani dan jasmani manusia. Wallahu a’lam - C-heart e-two nick mart ! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

DARAH OH DARAH!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 26 Muharram 1436H. DARAH OH DARAH!
Kepala oh kepala
Kenapa engkau pening?
Macam mana aku tak pening
Darah Tinggi toing-toing 2X
Darah oh darah
Kenapa engkau tinggi?
Macam mana aku tak tinggi
Makan tak jaga rapi 2X
Dari semalam Ust. Kay rasa sangat pening kepala, belakang tengkuk rasa besar ‘punok’ lembu, bahu rasa lenguh… tangan kanan rasa lemah sekali dan kebas-kebas. Ligat di fikiran Ust. Kay membayangkan ini mungkin Cuit-cuit Ust. Kay yang terakhir, isteri Ust. Kay akan menjadi janda dan anak-anak akan menjadi yatim. Apakah?
PENCERAHAN :
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Ust. Kay sudah menuju ke Klinik Dr. Rosli, yang terletak di Sungai Buloh, Sasaran Jeram, Kuala Selangor untuk memastikan apa yang sudah terjadi kepada Ust. Kay. Masihkah ada harapan? Bila nama Ust. Kay dipanggil untuk masuk ke bilik doktor, rasa seperti dipanggil oleh Malaikat Maut… peluh memercik membasahi dahi. Setelah doktor memeriksa tekanan darah, lantas merenung tajam kepada Ust. Kay, dan berkata ; Welcome to the club ! Kelab Pesakit Darah Tinggi !”
Selain makan ubat hospital, rasanya boleh saja cuba kaedah perubatan alternatif. Bahan-bahan untuk rawatan pun senang nak cari. Kelapa muda contohnya memang antara kesukaan Ust. Kay. Kalau kena makan atau minum 10 biji sekalipun tidak menjadi hal !
Kata orang tua-tua, cara menyediakan penawar penyakit darah tinggi, kencing manis dan berkaitan jantung melalui kaedah perubatan tradisional ini adalah seperti berikut :
Bahan-bahan yang digunakan ;
Sebiji kelapa yang sangat muda (masih berhingus )
7 biji halba (untuk sekali rawatan )
3 batang serai (untuk sekali rawatan
Kaedah Rawatan ;
3 batang serai diketuk atau dititik dan dimasukkan kedalam kelapa muda tadi.
7 biji halba dimasukkan juga ke dalam kelapa.
Kelapa kemudian dipanaskan di atas api sehingga airnya menjadi suam.!! Ambil isi kelapa dengan serai tadi dan airnya diminum.
Ulang sebanyak 7 kali (selang dua hari sekali rawatan, wallahu a’lam!)
Ingatlah sabda Nabi SAW :
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (HR : Muslim)
Kata doktor, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti Hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya. (Ceh ! macam doktor pulak…)
Kata doktor lagi, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Tepatlah, di dalam Islam sendiri kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan. Firman Allah SWT :
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (QS Al-A’raf: 31)

Rawatan penyakit darah tinggi boleh juga diikhtiarkan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim. Ayat-ayat berikut boleh diamalkan disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Qasas tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah dinasihatkan agar pesakit yang ingin berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini tidak berhenti terus mengambil ubat-ubat yang telah diberi oleh pihak hospital. Kerana terapi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Selain keyakinan 100% kepada syifa’ dan rahmat yang ada padanya. Sebagaimana firman Allah SWT :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (QS Al-Isra’ : 82)
KESIMPULAN :
Insya Alah, Allah sentiasa melihat dan menilai akan usaha dan kegigihan hamba-hamba-Nya dalam usaha untuk sembuh dari sebarang penyakit. Bukan sekadar berdoa sahaja ! Wallahu a’lam - Hikmahnya, dapatlah MC dua hari… Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)

MUSIM HUJAN !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 25 Muharram 1436H. MUSIM HUJAN !
Minggu ini adalah minggu akhir persekolahan. Bila sesi persekolahan hujung tahun telah selesai maka akan diikuti satu tempoh percutian yang agak panjang, iaitu lebih kurang selama enam minggu. Biasanya pula hujung-hujung tahun ini adalah musim hujan dan ‘sejuk’ terutamanya pada waktu malam sepanjang bulan. Maka pada saat inilah ramai orang mengadakan majlis kenduri kahwin. Kenapa pada masa ini? Tanyalah pengantin…
PENCERAHAN :
Sebuah perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan cukup untuk ditandai dengan satu pernikahan yang sah. Cuma pada adatnya, masyarakat Melayu kita terutamanya dimulai dengan merisik, menghantar ‘tanda’, meminang dan barulah akad nikah dengan mahar @ maskahwin yang dipersetujui bersama, wang hantaran, ‘dulang-dulang’ iringan serba berdiri, serba duduk, majlis walimatul urus dan akhirnya barulah malam… “Halallah aku dan dia”
Yang menjadi halangan besar pada bakal-bakal pengantin lelaki sekarang ini, selama ini ialah ‘Wang Hantaran’ yang adakalanya nilainya dapat membeli sebuah Perodua Axia cash ! Sedangkan itu sekadar pemberian hadiah (bukan pembelian) kepada keluarga pengantin perempuan yang bersetuju menyerahkan ‘tanggungjawab’ menjaga anak perempuan mereka itu kepada pengantin lelaki. Sepatutnya bersyukur… terlepas satu ‘amanah’ bukannya macam-macam ‘karenah’ menyusahkan bakal pengantin lelaki yang akan menggantikannya !
Yang lebih wajib ialah pemberian mahar atau maskahwin dari si suami kepada isterinya. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima seorang lelaki lain untuk berkongsi hidup dengannya. (bukan kerana sudi menjadi ‘abdi’ padanya) Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Firman Allah SWT :
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (QS. An-Nisa’ : 4)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” (HR : Bukhari)
Menurut Imam Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam Mazhab Imam Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan sebab persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
Masalahnya hari ini rasanya bukanlah disebabkan mahar. Hanya beberapa ratus sahaja…tetapi adalah mahalnya wang belanja hantaran iaitu antara RM 8,000 - RM 15,000. Seiring dengan kenaikan Tol dan harga minyak Petrol. Itu belum lagi bakal bapa mertua kenakan cukai GST tambahan 6% lagi… Nasihat Ust. Kay kepada bakal pengantin, bincang-bincanglah kedua-duanya, mungkin boleh ‘faraid’kan bebannya untuk dikongsi bersama. Bukankah namanya pun perkongsian hidup. Susah senang, tunai dan hutang, ditanggung bersama. Setelah dibahagi dua, seorang RM 4, 000 - RM 5,000 ok lah sikit ! Kahwin juga…
KESIMPULAN :
Mahar atau Mas Kahwin apatah lagi Wang Hantaran bukanlah harga bagi seorang wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh seorang suami. Jadi, berpada-padalah, jangan sampai nak ambil untung pula, sebab ianya bukan satu ‘urusniaga’ tapi ‘urusanagama’. Wallahu a’lam - Jangan pula terlalu murah sampai melelongnya pula; “Lelong-lelong siapa nak anak dara ku… nikah satu dapat satu lagi percuma! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Selasa, 18 November 2014

MENGANTUK GILER!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 24 Muharram 1436H. MENGANTUK GILER !
Kerana mengantuk inilah Ust. Kay pernah beberapa kali eksiden di jalanraya, tersesat atau terlajak ketika hendak pergi ke tempat ceramah dan demi Allah, entah beberapa kali handphone Ust. Kay ini jatuh berderai ketika hendak menyiapkan CCUK terlepas dari tangan kerana rasa mengantuk yang bersangatan. (takde yang nak sponsor… huhuhu) Sebab itu seringkali juga ‘typo’ pada CCUK yang dipost.
PENCERAHAN :
Rasa kantuk adalah tanda yang diberikan oleh tubuh untuk beristirehat, yang biasanya datang di malam hari atau saat merasa lelah selepas ‘rewang’ contohnya. (sekarang ini pun…Ust. Kay menaiop dalam kedaan mengabtuk ni..) Namun, dalam keadaan tertentu kita mungkin merasa mengantuk dan lelah hampir sepanjang hari atau setiap waktu…
Kata doktor, antara puncanya ialah :
1) Banyak makan di waktu malam. Contohnya, macam mana Ust. Kay tak banyak makan, setiap kali lepas ceramah atau forum di masjid-masjid atau surau, pihak penganjur selalunya menyediakan hidangan yang istimewa untuk penceramah undangan mereka. Udang, sotong, ikan siakap masak 13 rasa, kambing masak kari, kambing golek, kambing terbaring… ‘kambing stim’ dan macam-macam lagi !
2) Kurang istirehat, biasanya para penceramah (penceramah bebas @ bebas berceramah terutamanya) jadual aktiviti ceramah mereka kadang-kala sehingga 4 - 5 kali sehari. Kuliah, Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Kuliah Maghrid dan selepas itu Forum Perdana pula… Begitu juga mereka yang bekerja lebih 12 jam sehari dan ditambah pula dengan ‘overtime’ yang ‘giler-giler’ semata-mata untuk mendapatkan duit lebih…
Rasa mengantuk ini bukan sekadar boleh menjejaskan kualiti pekerjaan kita, gangguan kepada mereka yang sedang belajar tetapivyang lebih rugi lagi boleh menjejaskan kualiti ibadat kita. Nabi SAW bersabda :
Dari Anas r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ; “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (bacakan)” (HR : Al-Bukhari)
Namun ada juga kelebihannya rasa mengantuk ini jika ia datang ketika nyawa seseorang dalam keadan terancam? Sebahagian orang akan berfikir mungkin mustahil untuk berasa mengantuk dalam dalam keadaan genting tersebut. Bagi Allah, tentu tidak ada yang mustahil. Bahkan, rasa mengantuk yang datang ketika saat genting itu merupakan anugerah atau nikmat bagi hamba-Nya yang sedang berjihad fi sabilillah. Allah berfirman :
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah." (QS. Ali Imran :154)
Al -Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut yakni orang-orang yang penuh keimanan, keyakinan, keteguhan dan tawakkal yang sungguh-sungguh. Dan mereka benar-benar yakin bahawa Allah akan menolong Rasul-Nya dan mengabulkan permohonannya. Dalam hadis ada dikisahkan :
Kami mendapati rasa sangat mengantuk pada waktu kami dalam barisan perang Badar, lalu Abu Talhah berkata; “Sehingga pedangku terjatuh dari tanganku, lalu aku mengambilnya, lalu jatuh kembali dan kembali aku mengambilnya.” (HR : Bukhari No.4196)
Sufyan Ats Tsauri berkata dari Asim dari Abu Razin, dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa ia berkata; “Rasa mengantuk dalam peperangan adalah rasa aman yang datangnya dari Allah Ta’ala, sedangkan rasa mengantuk dalam solat datangnya dari syaitan.” Qatadah berkata; “Mengantuk itu ada di kepala, sedangkan tidur ada di hati.”
KESIMPULAN :
Kesimpulannya…. aaaa… aaaa ah mengantuklah, nak tidur dulu. Wallahu a’lam - Zzzzzzzzzzz… Ukay’s (UST. HJ KAMIL SIDEK 0192319872)

REWANG @ MEREWANG ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 23 Muharram 1436H. REWANG @ MEREWANG ?
Zaman-berzaman bangsa kita menjalankan sistem kerja bergotong-royong atau dikenali juga sebagai ‘rewang’. Cuma apabila ditambah dengan imbuhan ‘me’ jadi ‘merewang’ sudah lain pula maksudnya.
PENCERAHAN :
Acara rewang biasanya terdapat dalam majlis kenduri-kendara sama ada kerja kahwin atau kenduri akikah sempena kelahiran bayi atau pun kenduri tahlil bila berlaku sesuatu kematian.
Penduduk desa khususnya, masih sangat kental dengan rasa kekeluargaan dan rasa persaudaraan. Mereka ‘guyub’, masih dan terus melaksanakan dan menjalankan budaya dan cara kerja yang sudah sekian ratus tahun terbukti mampu meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup mereka. Mereka bahu - membahu saling membantu antara sesama warga.
Selaras sekali kerja rewang ini, dengan apa yang dicontohkan dalam kitab suci Al-Quran terdapat sebuah surah yang bermaksud semut:
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman a.s mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkan lah daku - dengan limpah rahmat-Mu - dalam kumpulan hamba-hamba Mu yang soleh”. (QS. An-Naml : 19)
Allah SWT menyebut binatang Semut ini agar manusia mengambil pelajaran dan hikmah dari kehidupan semut itu. Semut adalah binatang yang hidup berkelompok di dalam tanah, membuat liang dan ruang bertingkat - tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan. Kerapian dan kedisiplinan yang terdapat dalam Kerajaan Semut ini. Secara tidak langsung Allah mengingatkan agar manusia berusaha mencukupkan keperluan sehari - hari, mementingkan kemaslahatan bersama, tidak sombong, mampu berorganisasi dan bekerjasama dengan baik dan tindakan terpuji yang lain.
Kerja secara rewang ini adalah sebuah sistem kerja semut yang patut untuk kita pertahankan dan kita teruskan pada era cabaran dari khidmat katering sekarang ini. Tidak hanya tertakluk bagi warga desa saja yang boleh melakukannya, warga kotapun tentunya tidak mahu ketinggalan.
Antara hikmah kerja secara rewang ini ialah :
1. Pekerjaan selesai dengan cepat tanpa harus mengeluarkan belanja yang besar, kerana biaya untuk tenaga kerja berkurang dengan adanya semangat rewang sama-sama.
2. Tanpa terasa persaudaraan dan kebersamaan sesama warga semakin erat, yang kerja pejabat kenal dengan kenalan yang bekerja buruh, yang kerja sendiri kenal dengan yang bekerja bergaji / jadi kuli, yang kaya kenal dengan yang miskin, begitu juga sebaliknya.
3. Keamanan semakin terjamin, dengan rasa persaudaraan dan kebersamaan serta saling kenal diantara warga tentunya jika ada pendatang baru ataupun ada tamu asing yang mencurigakan tentu warga akan cepat mengetahuinya.
4. Ketenteraman dan kedamaian, akan diperoleh jika antara sesama warga saling peduli dan saling membantu dengan sesama warga lainya.
5. Duduk-duduk rewang sahaja walaupun tidak berbuat apa-apa pun dapat mengeratkan silaturrahim antara warga yang hadir. Kadang lebih ramai yang rewang dari kerja yang perlu dilakukan. Saja je suka-suka…
KESIMPULAN :
Rewang jangan merewang. Kenduri jangan ‘dikendurikan’… Wallahu a’lam - Penat rewang di Pondok Balai Ilmu di kampung tadi. Tapi rewang yang jenis duduk-duduk je… Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

AJAR vs DIDIK

ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 22 Muharram 1436H. AJAR vs DIDIK
Sekejap Kementerian Pendidikan, sekejap Kementerian Pendidikan. Minister Of Education atau Minister Of Lesson? Kemuadian tukar Menteri tukar balik, kemudian tukar balik, kemudian tukar balik… Bila Menteri pening, guru-guru pening, murid-murid pening, rakyat pun pening… Semua pening !
Setiap ibu bapa tahu AJAR anak-anak mereka, tetapi bukan setiap ibu bapa mampu DIDIK anak-anak mereka. Ramai ibu bapa hari ini cuma mengajar anak, tetapi amat kurang yang mendidik anak.
PENCERAHAN :
Mengajar ialah menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada. Contoh, mengajar anak memilih pakaian yang sesuai mengikut jantina, lelaki pilih bahagian pakaian lelaki dan begitulah sebaliknya. Didik pula ialah pelihara, jaga (dengan hati-hati), ajar. Contoh, mendidik anak akan najis anjing.
Ust. Kay teringat sewaktu mengajar Kelas Peralihan (pelajar keturunan India) dalam matapelajaran PJK di SMK Jeram. Ust. Kay telah disapa oleh salah seorang daripada mereka apabila kerap kali Ust. Kay tidak dapat masuk ke kelas untuk mengajar mereka kerana selalu terlibat kursus dan mesyuarat peringkat negeri dan kebangsaan :
Pelajar India : Cikgu sekarang sudah banyak sibuk ya…
Ust. Kay : Yalah Cikgu kena kursus juga…
Pelajar India : Jadi Cikgu sekarang sudah ‘kurang ajar’
Ust. Kay : Aiyooo apsal awak cakap itu macam.. tara baik laa…
Pelajar India : Maaf Cikgu… maksud saya, sekarang Cikgu sudah kurang mengajar kami di kelas…
Ust. Kay : Oooo… itu macam ka… takpa nanti Cikgu kasi awak, cukup ajar !!
Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), yang mendidik anaknya, 40 tahun sebelum anaknya lahir? Seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya? Jawab bapa Imam Abu Hanifah, “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.”
Bagi kita, kalau didengar pernyataan ini tentu pelik tetapi ia tidaklah mustahil. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik? Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Apa yang dilihat, apa yang disentuh, apa yang kita tutur serta amalan kita sering diperhatikan oleh anak-anak. Jangan risau jika anak-anak kita tidak mengikut apa yang kita cakap. Tapi kita perlu lebih risau jika anak kita mengikut apa yang kita buat. (khususnya yang tak baik) Mereka melihat perlakuan dan mendengar pertuturan kita dan semua ini menjadi bahan-bahan belajarnya. Secara langsung atau tidak langsung.
Pada hari ini pelbagai jenis media, sama ada media sosial atau media elektronik seperti televisyen, radio, komputer dan sebagainya menjadi sumber anak belajar secara tersendiri. Oleh itu kita wajar sentiasa bersama anak-anak supaya apabila ada perkara negatif yang ditayangkan di televisyen atau dilihat di internet, ia dapat disaring dan tidak menjadi bahan untuk anak kita belajar. Maksudnya, dikhuatiri anak kita akan belajar dari luar bukan dari dalam, iaitu dari ibu bapanya sendiri.
Berbeza dengan mendidik yang mempunyai pengertian yang lebih mendalam, memberitahu, membimbing, mengasuh dan menunjukkan cara yang betul dan mana yang tidak betul. Ini bermakna, proses didik memerlukan seorang penunjuk ajar, yang juga digelar sebagai pendidik. Sama-sama menonton televisyen, melayari internet, wajibkan anak-anak ‘add’ dalam group WhatsApp, Telegram, Twitter, Facebook anak-anak, supaya kita dapat memantau, menegur, menasihat sekaligus mendidik anak-anak kita.
KESIMPULAN :
Belajar supaya pandai, terdidik supaya tidak memandai-mandai. Mengajar apa yang betul, mendidik untuk sentiasa betul. Wallahi a’lam - Belajar mendidik ! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

SAPA NAMA???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 21 Muharram 1436H. LU SAPA MAA…??
Adakalanya bila kita ajak seseorang kepada kebaikan dengan perbincangan, nasihat dan teguran berbentuk agama, mereka akan persoalkan siapa kamu?, lulusan Agama ke?, pernah sekolah Agama atau Arab ke? Kalau tak ada, tak payah sibuk-sibuk cakap pasal Agama, mengalahkan ustaz dan ulama! Jangan nak mengajar orang dan sebagainya…
PENCERAHAN :
Malam tadi sewaktu Ust. Kay berkuliyyah di Surau Al-Kauthar, Taman Sedeli Andallas, Klang, Ust. Kay teringat kata-kata Kiyai Almarhum Haji Zainuddin M.Z Al-Lubis : “Kalaupun yang keluar dari dubur lebah itu memang madu, diambil dikacau dan diminum baik untuk kesihatan. Tetapi walaupun yang keluar dari dubur seorang Kiyai itu memang tahi, jangan diambil dimakan nanti demam !”
Adakalanya orang hanya mendengar perkataan dari orang atau individu dari kumpulannya sahaja. Mereka ini lebih banyak taqlid membuta tuli kepada pemimpin, guru dan ulama mereka sahaja. Apa yang berbeza dengan kotak pemikiran yang diajar oleh kelompok ikutan mereka itu ditolak mentah-mentah, sekalipun ia adalah suatu kebenaran yang nyata. Ini banyak berlaku sekarang ini… memilih-milih Tok Guru !
Biasa kita dengar orang memetik kata-kata Saidina Ali r.a yang bermaksud; “Lihat apa yang dikata dan jangan lihat siapa yang berkata. Namun kata-kata Saidina Ali r.a. yang lebih tepat ialah berbunyi:
لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال
“Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.” (Al-‘Ajluni al-Jarrahi al-Dimasqy, Ismail bin Muhammad. 1351H/1931. Kasyfu al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amma Isytahara min al-Ahadits ‘ala al-Sinah al-Naas. Jil.2, hlm. 363. Kaherah: Al-Maktabah al-Quds)
Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Maidah: 8)
Menegakkan keadilan di sini termasuklah mengatakan sesuatu kebenaran sebagai kebenaran dan sanggup menerimanya sekalipun ia dari musuh atau orang yang dibenci. Begitu juga dalam menyatakan sesuatu kebatilan sebagai kebatilan dan menolaknya, sekalipun ia dari sahabat atau orang yang dicintai. Kena pegang kata-kata ; “Aku bukannya sentiasa betul dan dia bukan selalunya salah…”
Di sana terdapat suatu kisah yang masyhur dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari bahawa sahabat Nabi, Abu Hurairah r.a. telah diajarkan oleh syaitan untuk membaca ayat Kursi sebelum tidur supaya mendapat penjagaan dari Allah sehingga ke pagi hari. Setelah beliau menyampaikan hal tersebut kepada Nabi, baginda SAW bersabda; “Dia jujur mengkhabarkan kebenaran kepadamu, padahal dia (syaitan itu) adalah pendusta.”
Rasulullah SAW yang merupakan insan yang ‘Kamil’ (bukan Ust. Kay), contoh terbaik umat manusia sendiri boleh menerima kebenaran dari sejahat-jahat makhluk iaitu syaitan, mengapa pula ada kalangan masyarakat kita yang bukan pun sesempurna Nabi SAW terlalu mudah menolak kebenaran dari saudara seagama hanya kerana tidak sealiran warna bendera, sebulu, sejamaah atau kerana bukan berlatar belakangkan pengajian agama, ustaz atau ulama’.
Ingatlah Saidina Ali bin Abi Talib r.a. juga pernah berkata :
لا تعرف الحق بالرجال بل اعرف الحق تعرف أهله
“Janganlah mengenal kebenaran itu berdasarkan individu-individu tertentu, tetapi kenalilah kebenaran itu, (nescaya) engkau akan mengenal pemiliknya.”
Seorang lagi sahabat Nabi bernama Ibn Mas’ud r.a. ada berkata:
من جاءك بالحق فاقبل منه، وإن كان بعيداً بغيضاً، ومن جاءك بالباطل فاردّد عليه، وإن كان حبيباً قريباً
“Barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. Dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebatilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat.”
Walau bagaimanapun, frasa ayat ‘Lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata’ kena letak ikut SITUASI yang betul. Bukan juga pada semua tempat dan pada semua orang. Boleh, asalkan apa yang dikatakannya itu satu kebenaran, kearah kebaikan dan bukan kemungkaran. Tak kan kita nak ikut saja kata-kata semua orang tanpa lihat dulu siapa dan kelayakannya untuk berkata hal yang diperkatakannya itu.
Contoh, penjual ubat di tepi jalan, di media massa sekalipun atau para penceramah yang membawa sesuatu produk makanan kesihatan dan ubat-ubatan. Mendengar mereka ‘menjual minyak’ tu persis atau mengalahkan seorang doktor perubatan. Habis segala penyakit kronik boleh sembuh… Maka akan tutuplah segala klinik dan hospital-hospital kalau kita mendengar ‘celoteh’ mereka semua penyakit sudah boleh disembuhkan hanya dengan memakan produk yang mereka jual itu. Tanpa diagnosis dan perskripsi dari doktor pakar.
KESIMPULAN :
Ust. Kay sewaktu ditemuramah oleh Majalah-i untuk ruangan IKON ISLAM untuk terbitan edisi Oktober lalu menegaskan : “Menegur orang yang bersalah itu betul, tetapi sentiasa mencari-cari kesalahan orang itu tak betul. Bercakap benar itu betul, tetapi merasakan diri sendiri sentiasa benar itu tak betul.” Wallahu a’lam - Yang sedihnya, kata-kata itu tidak ditulis, sebab? Siapalah Ust. Kay ni kan, yang kata-katanya perlu didengar… Berbanding Tuan Hakim Mahkamah Rayuan ‘Yang Arif lagi Bijaksana’. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)

ANDAIKU TAHU AJALKU…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 20 Muharram 1436H. ANDAIKU TAHU AJALKU…
Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,
Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku,
Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.
Andai ku tahu,
Malaikat-Mu kan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada-Mu.
Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.
Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertaubat pada-Mu.
Aku manusia,
Yang takut Neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di Syurga…..
PENCERAHAN :
Walau bukan nasyid lagu berlirik, tetapi, menghayatinya hatiku terusik. Bila ajal datang menjemput, pasti kita akan menggigil takut. Sama ada ketika kita di darat, udara atau mahupun di laut, pasti akan berhadapan dengan Malaikat Maut. Akan dimasukkan ke dalam kubur, akan ditanya persoalan yang siap teratur. Berdepan dengan Malaikat Munkar dan Nakir, ketika itu baru terfikir… hidup cara agama yang selama ini kita pinggir. Yakinkah kita menjawab akan persoalan yang akan ditanya. Jika gagal, kita akan dipukul sehingga terbenam 70 hasta.
Andai hari ini adalah hari terakhirku…
Buat sekujur jasadku yang bakal kaku,
Tatkala usia bernoktah di penghujung waktu,
Pabila tiba saat tepat seperti yang ditakdir-Mu,
Kematian adalah sesuatu yang pasti padaku.
Andai hari ini adalah hari terakhirku…
Tentu siangnya aku sibuk berfikir,
Tentu malamnya aku sibuk berzikir,
Biarpun anak tekakku kering kehausan air,
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair,
Hanya pada-Mu aku ingin hampir.
Andai hari ini adalah hari terakhirku…
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu,
Solat yang dilaku,
Sungguh khusyuk khudu’ pada-Mu,
Tubuh, minda, dan qalbu…bersatu.
Andai hari ini adalah hari terakhirku…
Setiap saat tidak akan aku persiakan,
Di setiap ruang dan kesempatan,
Hanya ku isi dengan memperbanyak amalan,
Duduk bertafakkur di atas hamparan,
Besar dan Agungnya kuasa-Mu Tuhan,
Usia dan umur yang telah Engkau berikan,
Begitu banyak dosa yang telah ku lakukan,
Begitu besar kesalahan dan kesilapan,
Begitu aku mengharapkan keampunan…
Ibnu Umar r.a berkata ; Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Ansar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya ; “Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?” Rasulullah menjawab, “Yang paling baik akhlaknya”. Kemudian ia bertanya lagi, “Siapakah orang mukmin yang paling bijaksana?”. Baginda menjawab, “Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling bijaksana.” (HR : Ibnu Majah, Thabrani, dan Al-Haitsami)
KESIMPULAN :
Maka marilah kita semua bersedia untuk suatu yang pasti tiba. Ingat-mengingat akan masanya. Terima kasih kepada JPJ kerana mengingatkan kita… hanya melihat pada size plat motor atau kereta, lori dan bas begitu juga. Lihat plat ingat kematian… Hebat JPJ tahu ajal masa hadapan, berapa yang mati berapa yang bukan. Tukar bentuk plat akan kena saman, tukar bentuk manusia telahpun diluluskan. Wallahu a’lam - Ini semua kerja nak lawan Tuhan… Elok-elok lelaki apsal suka jadi pondan! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)


WennS Chan さんの Art ボードのピン

ISTIDRAJ



Apabila mendengar perkataan azab, kita selalu membayangkan sesuatu yg menyeksakan, suatu benda yg malang, atau suatu kesusahan yg dialami oleh individu atau kumpulan manusia.
Sebenarnya, azab bukan sahaja sesuatu yg berbentuk seksaan atau kesusahan. Azab juga boleh jadi dlm bentuk yg indah, dlm bentuk kesenangan.
Bagaimana yg dikatakan azab boleh jadi dlm bentuk kesenangan?
Apabila Allah sentiasa memudahkan urusan hidup kita, rezeki kita sentiasa dimurahkanNya & diberikan kejayaan kpd kita sedangkan kita lalai daripada mengingatiNya, sedangkan kita sering berMAKSIAT kepadaNya.
Apa pula yg dikatakan maksiat?
Jika kita beranggapan bahawa maksiat hanyalah bererti zina semata-mata, ternyata anggapan kita sudah tersilap. Maksiat dari segi bahasa bererti sesuatu yg berlawanan dgn maksud ‘taat’ atau dlm ertikata lain, derhaka. Manakala dari segi istilah, maksiat itu adalah melanggar sesuatu arahan & melakukan sesuatu yang dilarang. Ini bererti, meninggalkan solat & lain-lain perintah Allah juga dikatakan maksiat kepada Allah.
Berbalik kepada soal azab Allah, apabila kita sering meninggalkan solat 5 waktu dgn sengaja atau melengahkan waktu solat atau melanggar arahan Allah yg lain (bermaksiat kepada Allah), tetapi Allah masih mengurniakan kesenangan kepada kita, itulah sepatutnya azab yg paling kita geruni. Itulah yang dikatakan sebagai ISTIDRAJ. Allah memberi kita rezeki sedangkan kita lalai daripada mengingatinya. Dengan rezeki & kesenangan yg diberikanNya itu , Allah sebenarnya sedang menjarakkan diri kita daripadaNya. Padahal kita menganggap bahawa Allah sayangkan kita walaupun kita sering melupakannya. Itulah yg paling ditakuti kerana azab ini terjadi tanpa kita sedari kerana terleka dibuai dengan kesenangan.
Na’udzubillah.
Semoga kita sentiasa istiqomah dlm melakukan ketaatan kepada Allah & semoga Allah menjauhkan kita & keluarga kita dari tergolong dlm golongan yg diistidraj oleh Allah.
Semoga bermanfaat.
Wallahhu’alam

NATURE

Isnin, 17 November 2014

10 PEKARA

Sebelum Imam Shafie wafat , beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya . berikut adalah kandungan wasiat tersebut :

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara :

1 . Hak kpd diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada- pada dgn rezeki yd ada .

2 . Hak kpd malaikat maut :mengqada akan kewajipan2 yg
tertinggal ,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3 . Hak kpd kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah , tabiat kencing merata - rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi .

4 . Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar , meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 . Hak kpd mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir , mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6 . Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat ):
membuang tabiat suka mengumpat , warak , suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7 . Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s . w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang- terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak .

8 . Hak kpd Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9 . Hak kpd Nabi MUhammad SAW: berselawat ke atasnya , berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah ( hadith ) , menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10 . Hak kpd ALLAH s . w . t: mengajak manusia ke arah kebaikan , mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .

TAZKIYAH DIRI

Tazkiyah diri : 
Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusfur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan ‘musuh’ tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ. Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
— 
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.”
(HR Bukhari & Muslim)
SEMOGA DIBERKATI

Night prayer

PENYAKIT AKHIR ZAMAN

Penyakit Akhir Zaman..
Dosa diakhir zaman tidak lagi banyak terletak pada lisan ataupun DOSA MULUT…
Bahkan jari-jari ini juga turut tak terlepas dari berbuat dosa..
Apa yang kita tulis boleh jadi asbab tuk kita masuk Syurga…
Dan boleh jadi apa yang kita tulis akan menjadi asbab musyabab tuk kita diheret ke Neraka wa’nauzubillah minzalik..
Ayuh kita renungkan wahai sahabat ukhuwahku..
Risau tak update Status…. 
Tapi tak pernah rasa risau pun… 
Adakah IMAN makin UPGRADE ataupun Tak !!!….. 
Risau bila tak Chat di fb….
Tapi tak pernah rasa risau pun… 
Bila tak Chat (SOLAT) dengan ALLAH !!!…… 
Risau tak buka fb… 
Tapi tak pernah rasa risau pun… 
Bila tak buka AL-QURAN !!!…. 
Risau takde orang Like…
Tapi tak pernah rasa risau pun… 
ALLAH Like ke atau tak !!!… 
Risau bila takde orang komen… 
Tapi tak pernah rasa risau pun…. 
Apa komen ALLAH !!!…. 
Risau bila kena block…. 
Tapi tak pernah rasa risau pun…. 
Bila ALLAH Murka !!!….

MENGHAFAL AL-QURAN...

Tips menghafal Al-Quran :
1. Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.
Kemudian :
5. Ulang keempat-empat ayat ini sebanyak 20 kali.
Begitulah bagi ayat Al-Quran yang selanjutnya.
Yang penting istiqamah, perlahan-lahan. 
InsyaAllah.
Engineer boleh hafaz Quran.
Doktor boleh hafaz Quran.
Guru boleh hafaz Quran.
Cleaner pun boleh hafaz Quran.
Semua orang boleh hafaz jika usaha sungguh-sungguh.
Ada seorang akhi ni pesan,
kalau kita main game berterusan,
kita boleh jadi pakar game.
Begitu juga hafaz Quran,
kalau berterusan,
kita boleh hafaz Quran dengan lancar.
Mana pilihanmu?

INSHA ALLAH....

Bila kita berhijrah ke arah sesuatu kebaikan..
Perubahan pada kekuatan IBADAH kita..
Perubahan pada PEMAKAIAN kita..
Perubahan pada AKHLAK kita..
Makin lama makin menjadi seorang ISLAM yang benar-benar ISLAMNYA..
Itu bukanlah tanda kita dapat HIDAYAH..
BAHKAN ALLAH TELAH PILIH KITA UNTUK BERDIRI DI ATAS HIDAYAHNYA..
Dan di antara semua…
ALLAH telah pilih kalian..
Siapakah kalian itu ???..
Insya Allah mereka adalah Anda…Awak..Kita…dan..Semua
Derapkanlah langkah kaki mu wahai sahabat Ukhuwah Fillahku menurut HIDAYAH yang ALLAH berikan..
Boleh jadi ALLAH hanya beri kita kali ini sahaja..
ALLAH sedang membimbingmu dengan Hidayah..
Maka jangan biarkan ALLAH membiarkanmu tanpa HIDAYAH..

Wamakaru wamakarullah wallahu khairin makirin

Perancangan manusia itu “USAHA”…
Perancangan ALLAH itu “TAKDIR”…
“Wamakaru wamakarullah wallahu khairin makirin”
Sungguh hidup kita di atur…
Bukan kita yang mengatur..
Turutlah apa yang ALLAH syariatkan…
Yakinlah..
Kamu jaga hak ALLAH…
ALLAH akan jaga hak kamu sesama manusia..

i don’t need super heroes, my wife is more than enough :)





i don’t need super heroes, my wife is more than enough :)

KEREDHAAN IBU DAN AYAH



Sahabat, ada satu perkara yg mungkin sering terlupakan dlm kehidupan kita, iaitu keberkatan, kejayaan & kebahagiaan itu dtg dari redha Ayah & Ibu kita.
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu.” (HR Tirmizi)
Marilah kita sama sama berfikir sejenak utk mengenang jasa kedua ibu & ayah kita sejak kita masih dlm kandungan hingga ke hari ini,
Dimana ayah ibu kita saat ini?
Apakah yg sedang mereka lakukan?
Apa yg mereka sedang fikirkan sekarang?
Bilakah kali terakhir kita mendoakan mereka dgn keikhlasan & ketulusan hati terdalam?
Dan masih bnyk lagi pertanyaan lain yg penting utk kita jawab dlm hati kita, agar kebaikan & cinta mereka selalu hidup dlm jiwa kita.
Ayah & Ibu kita adalah orang-org yg mulia, bahkan Allah s.w.t letakkan mereka pada urutan keutamaan yg tinggi setelah penghambaan kepadaNya.
Maka, kenangan apa yg hadir dlm ingatan kita sekarang? Dlm banyak-banyak kebaikan mereka, mana yg paling kuat dlm ingatan kita? Atau mungkin kekurangan mereka yg sering kita ingat, cara mendidik mereka yg sering kita kritik, dgn mengatakan bahawa cara mereka kuno, kolot atau sebagainya? Atau mungkin ada dendam kemarahan yg belum selesai dgn Ayah Ibu kita?
Apapun itu semua emosi negatif yg masih kita bawa, sesungguhnya tidak akan memberi keberkatan dari Allah utk kehidupan kita. Jgnlah berdendam & membiarkan emosi negatif yg merosakkan hubungan kekeluargaan. Segerakan memohon ampun maaf & selesaikan segala persengketaan yg terjadi.
Jika hari ini kita merasa hidup kita bermanfaat, kita boleh tersenyum & tertawa maka sesungguhnya semua ini tidak mungkin tanpa peranan dari ibu & ayah kita.
Semoga dgn niat berbakti kpd ibu & ayah kita, Allah akan lapangkan semua urusan kita, Allah terangi hari-hari kita dgn cahayaNya. Dan kejayaan penuh keberkatan semakin mudah utk diperolehi dengan doa tulus ikhlas dari ibu & ayah kita.
InsyaAllah.
Semoga bermanfaat,
Wallahhu’alam.