السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 4 Zulkaedah 1435H. TIADA ESOK BAGI MU…
Negara kita hanya satu di dunia ini, iaitu Malaysia. Tiada dua dan yang ketiganya. Sekiranya dijaga dengan sempurna, dapatlah kita wariskan kepada generasi akan datang. Tetapi jika sebaliknya, rosak dengan pelbagai kerosakan maka musnahlah masa hadapan generasi akan datang. Orang Indon, Nepal, Bangla, Myanmar, Kemboja, Pakistan, Afrika (sekadar menyebut beberapa negara, sebenarnya banyak lagi…) jika mereka melakukan kerosakan di negara ini, bila sudah rosak mereka boleh balik ke negara masing-masing. Kita ? Hendak balik mana ?
PENCERAHAN :
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah menganugerahkan kepada kita nikmat kali ke 57 tahun kemerdekaan negara ini. Harus diingat, sebelum tahun 1511 yang lalu (sebelum dijajah kali pertama oleh Portugis, hari ini ramai meminati pasukan bola sepak dan Liga Portugal) negara ini adalah sebuah negara yang merdeka. Merdeka untuk melaksanakan Undang-undang Kanun Syariah dalam Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika itu.

Kini negara kita Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Namun disebalik 57 tahun mengecapi dan menikmati nikmat kemerdekaan ini, masih ada masyarakat di negara ini terutama generasi muda (tidak semua ya…) yang masih belum memahami dan memenuhi erti kemerdekaan sebenar menurut Islam.
Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah ;
1) MERDEKA daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran.
2) MERDEKA daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan hati.
3) MERDEKA daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan benar
4) MERDEKA daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada keadilan dan kesalehan.
5) MERDEKA daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.

PASTIKAN TIDAK TERLEPAS UNTUK MEMILIKI CCUK EDISI BUKU DAN SECARA RAKAMAN DVD TIDAK LAMA LAGI… BELI YANG ORI BARU DIBERKATI !
Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.
Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rome yang bernama Rustum ;
"Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah SAW berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna, kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada bebas bersuara, berfikir, pemilikan, bertindak, bermuamalah, bebas memilih Menteri Besar baru dan seumpamanya.

KESIMPULAN :
Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Contoh, keADILan hanya pada mereka yang turut katanya dan ‘isteri’nya sahaja, jika engkar dilabel pengkhianat. Wallahu a’lam - MB, Masyarakat Bengang ! Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan