السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 5 Zulkaedah 1435H. MERDEKA… MERDEKA… MERDEKA MERDEKAKAH KITA?
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdekakah kita?
Merdeka !
Merdeka !
Merdekakah kita?
PENCERAHAN :
Hendak naik kapal terbang… (memanglah ajal maut itu ketentuan Allah) tetapi teringat pula pada MH17 dan MH370. Cadang hendak pergi Sabah bulan September ini… tetapi ada pula perintah berkurung di kawasan tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu (macam pengertian sesuatu ibadat pula) Bukankah Sabah sebahagian dari Malaysia dan merdeka melalui Malaysia yang merdeka ini….
Hendak naik kapal terbang… (memanglah ajal maut itu ketentuan Allah) tetapi teringat pula pada MH17 dan MH370. Cadang hendak pergi Sabah bulan September ini… tetapi ada pula perintah berkurung di kawasan tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu (macam pengertian sesuatu ibadat pula) Bukankah Sabah sebahagian dari Malaysia dan merdeka melalui Malaysia yang merdeka ini….
Setiap kali membaca akhbar arus perdana, pada muka hadapan sehingga muka surat hampir separuh, berita jenayah sudah menjadi kebiasaan. Bunuh, bakar, buli, ‘stering lock’, culik, cilok, rompak, rogol, ragut, ugut, ‘print screen’, dan banyak lagi kejadian-kejadian menyesakkan dada dan menyemakkan fikiran berlaku setiap hari. Malah, seandainya pada satu hari tiba2 semua akhbar arus perdana tidak melaporkan sebarang kejadian jenayah, tamparlah pipi anda tiga kali… pasti anda dalam mimpi ! “Umpama mimpi dalam mimpi…” Lirik lagu penyanyi Bagio satu ketika dahulu.
PASTIKAN TIDAK TERLEPAS UNTUK MEMILIKI ‘CCUK’ EDISI BUKU TERBITAN KARANGKRAF DAN SECARA RAKAMAN DVD KELUARAN FATEHTEAM STUDIO TIDAK LAMA LAGI.. INSYA ALLAH, BELI YANG ORI BARU DIBERKATI !
Bila duduk kedai kopi atau duduk sekejap di serambi masjid, topik utama MB Selangor. Walaupun yang bercakap itu lahir dan membesar di Pulau Pinang. MB yang ‘hendak’ turun takhta MB anak jati Selangor, yang ‘gaduh’ dan yang bertegang leher orang luar. Orang Selangor tidak merdeka hendak pilih MB sendiri… sehingga Sultannya pun dinafikan hak untuk merdeka membuat pilihan Tuanku sendiri…dipaksakan hanya MB, ‘Mahu Bini’ orang itu. Teringat pula hadis baginda Rasulullah SAW;
“Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan” (HR : al-Bukhari)
Pemberitahuan Rasul SAW yang menafikan keberuntungan bagi orang yang menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang wanita merupakan larangan menyerahkan urusan tersebut kepada wanita, kerana itu termasuk lafaz ‘Talab’ (tuntutan).
Hadis riwayat Bukhari ini menunjukkan bahawa Islam melarang dengan tegas perempuan menjadi penguasa negara. Sekalipun hadis itu datang dalam bentuk khabar (berita), namun kerana ia disertai dengan celaan “tidak beruntung” maka ini merupakan bentuk larangan. Adapun penggunaan lafaz “lan” yang menunjukkan pengertian selamanya (li al-ta’bid) ini benar-benar telah menafikan keberuntungan dari mereka yang menjadikan perempuan sebagai penguasa negara.
Ini menjadi qarinah (indikasi) yang menunjukkan tuntutan meninggalkan secara jazm (tegas) yang membawa maksud haram. Khususnya, untuk mengangkat wanita menjadi wali al-amri (pengurus urusan pemerintahan). Kalau YB biasa atau Exco sekalipun takpe…
Pergi ke pasar atau pasaraya di bandar-bandar besar pula, anda akan merasa sekejap seperti di Bangladesh, sekejap seperti melancong ke Indonesia, sekejap seperti di bumi Afrika. Balik rumah mertua Ust Kay di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras seperti pergi ke perkampungan Kampuchea atau Kemboja pula. Sampai kadang-kadang Ust Kay was-was, isteri orang Malaysia atau orang Kemboja ? Cuma bila isteri ‘bersurahkan’ Banjar… baru Ust Kay yakin…masih berada di Malaysia !
KESIMPULAN :
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdekakah kita?
Wallahu a’lam - Mudah-mudahan masih boleh merdeka pada tahun hadapan kerana isteri Ust Kay tidak dicalonkan untuk menjadi MB Selangor, alhamdulillah…! Ukay’s
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Merdekakah kita?
Wallahu a’lam - Mudah-mudahan masih boleh merdeka pada tahun hadapan kerana isteri Ust Kay tidak dicalonkan untuk menjadi MB Selangor, alhamdulillah…! Ukay’s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan