ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 6 Zulkaedah 1435H. JOM ‘DUDUK’ DI BULAN ZULKAEDAH…
Sebenarnya Ust. Kay bercadang menyentuh tajuk ini sebelum 1 Zulkaedah yang lalu. Cuma apabila ketika itu masih dalam mood ‘Hari Raya’, hampir-hampir ‘Pilihan Raya’ (negeri) dan ditambah dengan ‘Merdeka Raya’, maka baru hari ini ada kesempatan menulisnya. Kena tulis juga kerana dibimbangi ramai orang akan bertukar menjadi ‘Hantu Raya’ ! Bukan tahu duduk bincang, tapi asyik berperang…
PENCERAHAN :
Zulkaedah (ذو القعدة) merupakan bulan ke-11. Diambil daripada kata ‘Qa‘ada’ atau ‘al-qa’du’ yang bermaksud duduk. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap duduk di rumah dan tidak melakukan peperangan kerana bulan ini merupakan rangkaian bulan-bulan haram. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam apatah lagi, hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh damaikanlah, yang berdendam berlapanglah dan yang renggang rapatkanlah.
Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulama’ mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah baginda di bulan Zulkaedah ini.
Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR : Muslim)

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Menurut Imam al-Razi rmh : Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (Al-Razi, jil.16,ms. 53)

PASTIKAN TIDAK TERLEPAS UNTUK MEMILIKI ‘CCUK’ EDISI BUKU TERBITAN KARANGKRAF DAN SECARA RAKAMAN DVD KELUARAN FATEHTEAM STUDIO TIDAK LAMA LAGI.. INSYA ALLAH, BELI YANG ORI BARU DIBERKATI !
Antara peristiwa yang berkaitan ‘Tuntutan Meninggalkan Sengketa’ dalam bulan ini ialah;
1. Perjanjian Hudaibiyah.
Peristiwa ini terjadi pada penghujung tahun ke 6 Hijrah. Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dari memasuki Makkah untuk umrah. Melalui perjanjian itu, Rasulullah SAW akhirnya dibenarkan memasuki Makkah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

2. Bai’at Bai’atur Ridwan.
Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman r.a ke Makkah tetapi telah ditahan oleh orang Quraisy dan dikhabarkan telah dibunuh oleh mereka. Rasulullah SAW mengajak para sahabat berbai’at di Bai’atur Ridhwan untuk bersatu padu menentang mereka. Setelah pembai’atan tersebut barulah datang berita bahawa khabar terbunuhnya Saidina Uthman r.a itu tidak benar.

KESIMPULAN :
Ayuh kita duduk bersama, lupakan segala sengketa sempena bulan Zulkaedah yang mulia. Jangan keras kepala dan pentingkan kelompok dan diri sendiri sahaja. Geng Songkok Tinggi dan Geng Kopiah Putih duduk setara, Geng Lebam Mata dan Geng Malaysian Malaysia duduk bersama. Ini Malaysia Kita bersama, di sini lahirnya sebuah cinta…

Wallahu a’lam - Israel pun boleh terima gencatan sejata. Inikan pula kita… Bukan bermakna Unity Government, Konsensus Nasional atau apa sahaja, cuma kita hanya ada negara ini sahaja. Tunjukkanlah rasa cinta, kedamaian dan keindahan Islam sebenar pada mereka. Islam untuk semua ! Ukay’s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan