Jumaat, 19 September 2014

KEMUNGKARAN DALAM MASYARAKAT.

هُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Jumaat 19 September 2014).
8 PUNCA UTAMA KEMUNGKARAN DALAM MASYARAKAT.
Amar makruf nahi mungkar merupakan kewajiban setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan bersama dengan masyarakat di sekeliling. Hal ini bertujuan untuk membentuk masyarakat yang aman damai, sejahtera, bahagia, selamat dari murka Allah di dunia dan akhirat.
Amar makruf nahi mungkar merupakan perintah Allah yang disebutkan dalam al-Qur’an Surah Ali Imran, ayat 104:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Pada hakikatnya kehidupan masyarakat Islam di akhir zaman seperti sekarang ini banyak melakukan kemungkaran sama ada disedari atau tidak, Langsung ataupun tidak, ianya berpunca daripada beberapa faktor utama yang menyebabkan banyaknya kemungkaran yang si lakukan umat Islam dalam kehidupan, di antara punca utama nya adalah:
1. Lemahnya Iman Masyarakat.
Iman yang lemah merupakan penyebab utama timbulnya kemungkaran dalam masyarakat. Akhirnya umat Islam tidak lagi dapat mentaati perintah Allah dan tidak ada rasa malu dan bersalah dalam melakukan dosa kemungkaran kepada Allah.
2. Kurangnya Didikan Agama Dalam Keluarga Islam.
Hal ini berpunca daripada kejahilan kedua orang tua dalam menerapkan ajaran Islam dalam keluarga. Di samping kurangnya tanggungjawab kedua orang tua kerana kesibukan kerja dan mencari harta untuk menanamkan aspek keislaman dalam keluarga.
3. Kurangnya perhatian umat Islam terhadap ajaran Islam.
Hal ini terbukti dari kurangnya minat umat dalam melaksanakan nilai ajaran Islam dan aspek ibadah sholat berjemaah di masjid dan surau, ataupun minat umat Islam dalam mendalami ilmu agama, berupa ceramah, seminar, forum, bengkel, dan lain sebagainya.
4. Terpengaruh Dengan Budaya Barat.
Umat Islam akhir zaman banyak yang hilang identiti dan jati diri sebagai seorang muslim dan budaya ketimuran. ini berpunca daripada anggapan bahawa budaya barat dapat membawa kemajuan dalam kehidupan meskipun ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
5. Banyaknya Pusat Hiburan.
Hal ini dapat kita lihat dengan banyaknya pusat karaoke, snooker, video game, yang kadang-kadang menghidangkan perkara yang mungkar yang dapat merosakkan akidah dan keperibadian umat Islam.
6. Pengaruh Media Massa Yang Berunsur Negatif.
Media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk keperibadian dan pemikiran umat Islam. Munculnya media cetak dan elektronik yang berunsur negatif seperti buku, majalah ataupun akhbar, rancangan TV, video, filem, Internet yang memaparkan unsur-unsur yang negatif.
7. Memperturutkan Hawa Nafsu.
Kerana lemahnya iman umat Islam dalam mengawal hawa nafsu yang ada pada pribadi muslim seperti sekarang ini, maka muncullah banyak kejahatan dan kemungkaran seperti penzinaan, judi, rasuah dan lain sebagainya, yang berpunca dari hawa nafsu manusia.
8. Tidak Ingat Mati Dan Tak Ingat Akhirat.
Kemajuan manusia di akhir zaman seperti sekarang ini menyebabkan mereka terlupa bahawa kehidupan di dunia hanya sementara waktu sahaja. Dan kehidupan manusia di dunia akan di pertanggung jawabkan nanti di akhirat. Akhirnya mereka lupa akan kematian dan lupa ada akhirat selepas dunia ini.
Ya Allah kuatkan iman kami dan jauhkan kami dari godaan dunia yang dapat memesongkan akidah dalam hidup kami. Jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang dapat mentaati segala perintah-Mu. Aamiiin !!!!!!
Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU
ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.
Salam Jumaat dari Bumi Aceh. Doakan kami semua selamat kembali ke Malaysia pada petang ini. Insya-Allah.

Tiada ulasan: