Rabu, 10 September 2014

KHUNSA, PONDAN, MAKNYAH DAN …

ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu,15 Zulkaedah 1435H. KHUNSA, PONDAN, MAKNYAH DAN …
Akhir zaman ini memang sukar untuk mendapatkan orang lelaki yang berkualiti. Bersyukurlah mereka yang telah dipertemukan dengan suami yang baik atau mereka yang telah mendapat anak menantu lelaki yang sejati. Selain terlibat dengan aktiviti seperti rempit, penagihan dadah dan homoseksual, jumlah mereka yang sedia sedikit pula terjebak dengan transeksual atau konflik identiti yang parah. Waktu siang berpakaian casual seperti seorang lelaki, pada sebelah malam transform kepada ‘kupu-kupu’ malam…. nauzubillah !
JANGAN TERLEPAS ! DAPATKAN BUKU CCUK TERBITAN KARANGKRAF BILA TELAH BERADA DI PASARAN NANTI… INSYA ALLAH!
PENCERAHAN :
1) Khunsa. Golongan yang diiktiraf kewujudannya dalam Islam. Dari segi istilah, khunsa ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan wanita. Mungkin juga mereka yang memang dilahirkan tanpa alat kelamin. Kejadiannya adalah semulajadi, ini berbeza dengan pondan atau mukhannath. Takrif Khunsa ialah:
مَنْ لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
"Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil".
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan Ghairi Musykil (tidak musykil). Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan. Jika tidak kencing langsung bawa ke hospital !
Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti. Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
2) Pondan (mukhannath) juga dikenali sebagai Maknyah, Bapok, Sotong atau Jantan Auww…! Golongan yang tidak diktiraf (haram) ini adalah merujuk kepada orang lelaki berperwatakan lembut yang menyerupai wanita dari segi bentuk tubuh, pergerakan, percakapan dan lain-lain.
Nabi SAW memerintahkan golongan mukhannath ini dikeluarkan daripada rumah.
Al-Bukhari menyebut dalam bab “ikhraj al-mutashabbihin bi al-nisa’ min al-buyut” (bab mengeluarkan orang-orang lelaki yang menyerupai wanita daripada rumah) satu hadith riwayat Ibn Abbas bahawa beliau berkata : “Nabi SAW melaknat al-mukhannathin (yang menyerupai wanita) dari kalangan lelaki dan melaknat al-mutarajjilat (mereka yang menyerupai lelaki) dari kalangan wanita. Nabi SAW bersabda : “Keluarkan mereka dari rumah-rumahmu”. Kata Ibn Abbas :
لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
“Nabi SAW telah mengeluarkan seorang lelaki dan Umar pernah mengeluarkan seorang wanita”. (HR: al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab 62 dalam Fath al-Bari 10/333)
Kebiasaan golongan ini memang dari kecil dah lembut dan suka berkawan dengan orang perempuan sahaja. Naluri mereka lebih ke arah perempuan. Bermain anak patung, masak-masak dan bersolek menjadi perkara biasa. Kadangkala berpunca dari kesilapan ibu bapa mereka juga yang terlalu mengharapkan mendapat anak perempuan sehingga memakaikan pakaian anak perempuan pada anak lelakinya dengan harapan ‘next’ anak dapat anak perempuan.
Golongan nyah ini pula, suka bergaul hanya di kalangan mereka sahaja. Semakinlah menjadi ke’nyah’an mereka itu. Semakin ternyahlah sifat dan fizikal lelaki dalam diri mereka. Ambil hormon untuk menonjolkan ciri-ciri kewanitaan yang mereka idamkan. Malah kadangkala lebih ayu dari wanita yang sebenar. Ust Kay pernah rasa cuak untuk bersalaman dengan sahabat lama yang telah ‘transform’ kepada rekabentuk yang berbeza daripada kewujudannya dahulu.
Masyarakat pula seolah-olah menerima kewujudan mereka dengan memberi galakan dalam pekerjaan yang seperti khusus untuk mereka seperti menjadi Pak Andam, Pereka Fesyen, DJ Pondan (watak Mak Jemah, Abang Jam, Fifi dan seumpamanya. Pondan yang dibuat-buat lagi terkutuk) Ini semua semakin menggalakkan lagi kewujudan spesis seperti ini, dengan alasan lebih baik daripada mereka terlibat dengan perbuatan terkutuk dengan jantan-jantan biseksual di luar sana.
Permasalahannya ialah bukan pada pekerjaan mereka sahaja tetapi ialah persoalan ‘basic’ iaitu kewujudan mereka. Islam tidak mengiktiraf malah melaknat keadaan mereka itu. Memang benar, naluri kewanitaan mereka sangat besar dan kuat, tapi kena lawan dengan iman yang kuat juga. Soal dah memang lembut atau ‘sotong’ itu memang ketentuan Allah, contoh sejak lahir memang tidak boleh ubah, tetapi mereka tetap tidak boleh mengubah fitrah asal kejadiaan mereka. Kena terampil sebagai makhluk manusia lelaki. Lawan naluri kewanitaan itu…Lawan tetap lawan ! Dah elok-elok ‘Lelaki’ jangan tukar ‘Wanita’ pula… Bukan setakat Sultan tak suka, Allah pun murka !
KESIMPULAN :
Masyakat kena bantu mereka, bukan mengejek sebab nanti mereka akan mengasingkan diri dan bersama kelompok mereka sahaja. Dalam kes nak berubah ini, susah memang susah. Tapi kalau ada sokongan padu keluarga, kawan, dan seluruh lapisan masyarakat, tiada yang mustahil. Orang yang bermasalah addict dadah pun boleh berubah insaf, lagikan golongan ini yang hanya perlu diberi sedikit suntikan semangat, bukan suntikan botox atau Vitamin C. Wallahu a’lam - Lelaki Tulen ! Ukay’s

Tiada ulasan: