السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 12 Zulkaedah 1435H. HILANG…
Semua orang rasanya pernah menghadapi situasi kehilangan ini. Sama ada hilang harta benda, jawatan atau hilang pada sudut nilai atau sifat manusia. Sama ada hilang kerana lupa atau kerana kecurian.
Contoh, hilang duit, hilang rantai emas, hilang skrip jawapan pelajar… hehehe, hilang jawatan MB, hilang ‘kerusi’ DUN / Parlimen atau hilang sifat malu, hilang kepercayaan, hilang keyakinan, hilang maruah dan sebagainya.
PENCERAHAN :
Percayalah… kita hanya mampu berusaha supaya tidak hilang, kita hanya mampu mentadbir, tetapi takdirlah yang menentukan segalanya. Walaupun simpan di dalam peti besi, pasang grill dua-tiga lapis, pasang Alarm System yang terbaik, upah syarikat security guard tercanggih, pasang CCTV merata bangunan, tabur kelongsong peluru senapang di sekeliling rumah untuk menakutkan pencuri atau bela anjing, bela angsa, ikan Puyu malah ikan Jaws sekalipun bila Allah telah tentukan hilang, ia tetap akan hilang.

Ust Kay hendak ajak pembaca CCUK berfikir, andai kita ada barang yang kita sayangi adakah kita hendak barang kita hilang? Siapa yang hendak barang yang dia ada, hilang? Sudah tentu tidak. Jadi… kenapa barang tersebut hilang? Sudah tentu ianya sudah ketentuan Allah SWT.
Cuma jika Allah yang mentakdirkan ianya hilang, maka Allah jugalah yang berkuasa untuk mengembalikannya semula. Berdoalah kepada Allah sekiranya tidak dikembalikan pun, mudah-mudahan diganti dengan yang lebih baik atau diberi jalan keluar untuk menyelesaikannya. PAStinya, kehilangan ini adalah ujian Allah SWT kepada hamba -hambanya. Allah SWT berfirman di dalam hadis Qudsi:
“Hairan sungguh dengan orang Mukmin. Semua urusannya beroleh kebaikan. Tidak ada semua melainkan orang Mukmin. Dapat nikmat pun beroleh pahala baginya, dan diuji dengan kesusahan pun mendapat pahala” (HR: Ahmad)
PAStinya juga, kehilangan ini tetap ada hikmahnya. Andai kita merintih sekalipun, yang hilang tetap hilang, dan ianya tidak dapat dikembalikan melainkan dengan izin Allah. Antara amalan yang boleh kita ikhtiarkan untuk mendapatkan balik barang yang hilang sebagaimana yang telah diajar oleh guru Ust. Kay ialah :
1) Hilang kerana lupa. Membaca doa ini lebih 10 kali sambil mencari barang tersebut ;
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّاتِيْ
"Wahai Pengumpul sekalian manusia pada hari yang tiada keraguan padanya (hari kiamat), Kau temukanlah aku dengan (barang-barangku) yang hilang"
2) Zikir dengan salah satu nama-nama Allah dalam ‘Asmaul Husna’ iaitu Ya Samad seberapa banyak yang mampu sambil usaha mencari.
3) Hilang kerana dicuri. Ambil 7 ketul batu sungai sebesar ibu jari tangan. Kemudian letak dalam periuk yang disi air dan bacakan Surah Yasin sebanyak 3 X . Letak atas api sambil berniat ; “Ya Allah, sepertimana panasnya batu ni, begitu juga panas 7 anggota orang yang telah mencuri………ku”. Biar atas api itu selagi tidak dipulangkan barang kita semula.
Memang mudah untuk mengucap kalimah sabar, tetapi ianya cukup berat untuk dilalui.Tetapi jadilah orang yang berjiwa besar, walau sebesar mana sekalipun masalah yang datang, masalah tersebut hanyalah kecil baginya. Tetapi sekiranya kita berjiwa kecil, walaupun hanya masalah kecil yang datang maka ianya akan menjadi besar.
JANGAN LUPA ‘CARI’ BUKU CCUK TERBITAN KARANGKRAF BILA TELAH BERADA DI PASARAN NANTI…DOA AGAR DISEGERAKAN !
KESIMPULAN :
Setiap manusia diberikan ujian sekadar yang mampu ditanggung. Makin berat ujian yang datang maka makin tinggilah darjatnya di sisi Allah SWT. Andai kehilangan ini dianggap musibah, maka akan deritalah jiwa orang yang melaluinya, tetapi andainya ia dianggap sebuah ujian, maka akan naiklah darjat orang yang melaluinya. Wallahu a’lam - Kalau nak cari barang yang kita nak, surf jer Mudah.Com. ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan