Isnin, 29 September 2014

‘IBRAH DARI PENJARA !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 3 Zulhijjah 1435H. ‘IBRAH DARI PENJARA !
”Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR : Muslim)
Allah memberi peringatan kepada hamba-Nya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. Biar rasa sakit sikit untuk menguji sama ada hamba-Nya mengingati-Nya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingati-Nya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita. Setiap ujian pasti ada hikmah untuk kita ambil ‘ibrah darinya.
PENCERAHAN :
Siapalah kita untuk membenci atau menolak setiap ujian yang diberikan. Contoh, ada sebilangan anak-anak muda yang terpenjara di Penjara Kota Kinabalu yang Ust. Kay dekati, bukan atas kesalahannya pun tetapi kerana berada pada masa dan tempat yang tidak sepatutnya. Atau bersama orang yang tidak sewajarnya. Ada pula yang pertama kali melakukan jenayah terus tertangkap dan ada juga yang masuk penjara kerana ‘tiada apa-apa’ untuk tidak apa-apakan oleh apa-apa ?
Oleh itu, diri ini perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. Untuk memanggil kita kembali pada jalan-Nya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari. Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang…
Ada satu cerita… Seorang Raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, Raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, Raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, Raja itu menembaknya. Raja itu mengeluarkan pisau lalu menyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong.
Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata Raja; “Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini.” Penas ihat itu menjawab dengan tenang; “Ada hikmahnya, Tuanku”. Raja mula berang. Dikatanya; “Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari.”
Kemudian, Raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, Si Raja meneruskan hobinya. Kali ini, Raja itu berseorangan. Lama baginda di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka.
Lalu, mereka menangkap Raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah, rempah dan air pun telah dimasukkan hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Ketua mereka. “Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?”. Tok Ketua menjawab; “Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya.”
Lalu, mereka memeriksa tubuh Raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Ketua. Kemudian Tok Ketua menjawab; “Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya.” Raja itu pun dilepaskan. Si Raja bergegas menuju ke penjara istana menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis.
Kemudian dia bertanya; “Wahai Tuanku, apakah yang telah terjadi?”. Tuanku menceritakan segala yang terjadi. “Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka”. Kemudian si penasihat menjawab; “Wahai Tuanku, ada hikmahnya juga Tuanku meletakkanku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersama Tuanku, pasti Tuanku akan terselamat dan aku pula akan menjadi korban mereka.”
KESIMPULAN :
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Terkadang ianya nampak remeh atau berat. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT. Maaf hantar CCUK terpagi, sbb bila masuk penjara semua gadget kena tinggal di luar. Wallahu a’lam - Raja Kapoor. Ukay’s

Tiada ulasan: