السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 2 Zulhijjah 1435H. PERCAYALAH !
Ust. Kay melangkah masuk ke pintu penjara Kota Kinabalu, Sabah semalam, sama seperti pengalaman melangkah masuk pintu Penjara Sungai Petani, Kedah. Perasaan yang sama, gerun dan mengecutkan. Pintu besi yang berlapis-lapis, setiap satu mempunyai mangga sebesar penumbuk orang lelaki dewasa. Dinding tembok konkrit setinggi bangunan 2 atau 3 tingkat dan dilingkari dengan kawat besi bergerigi tajam yang pastinya mampu merobek daging penghuni yang berhajat untuk ‘fly’ !
Menggambarkan seakan-akan penghuninya semua ganas, kasar, kejam, banyak dosa dan bakal penghuni neraka. Sedangkan belum tentu orang yang di luar sana semuanya suci, lebih baik, warak, banyak pahala dan pasti calon ke syurga. Mungkin, nasib masih menyebelahi mereka, belum lagi tertangkap. Sebab ada penghuni penjara yang Ust. Kay temui menyatakan dia tertangkap, hanya kerana melakukan jenayah yang kali pertama…
Sayangnya Allah padanya…! Kita ini kelihatan baik sebab Allah SWT masih menutup hijab keaiban dan dosa yang kita lakukan. Kalau Allah buka hijab itu, barangkali kita sebenarnya lebih jahat daripada mereka. Masyaallah…
PENCERAHAN :
Orang yang hebat akan mengubah kerugian menjadi keeuntungan, kegelapan menjadi cahaya, mengubah apa yang negatif berlaku dalam dirinya menjadi positif. Sejarah telah melakarkan bahawa ramai di kalangan manusia yang hebat tidak pernah terlepas daripada ujian yang menempa ke atas mereka;

1) Imam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan di hukum dera, tetapi kerana dengan itu pula ia kemudiaannya menjadi salah satu Imam mazhab yang besar dan terkenal.
2) Syeikh Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi dengan berada dalam penjara itulah ia telah banyak melahirkan karya yang hebat.
3) As-Sarakshi pernah di kurung di dasar perigi selama bertahun-tahun lamanya, tetapi disitulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. Firman Allah SWT yang bermaksud;

"… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS al-Baqarah: 216)
Bagi anda, yang belum pernah masuk penjara, antara hakikat lain penjara itu ialah;
1. Sebenarnya, penjara adalah tempat pelarian si penjahat daripada penjahat yang lain yang sedang berusaha untuk membunuhnya.
2. Sebenarnya, penjara adalah fakulti undang-undang bagi orang yang baru mula hendak berjinak-jinak untuk menjadi jahat. Atau mereka yang berniat ingin meneruskan profesion tersebut. Mereka belajar menjadi penjahat yang cemerlang yang memahami prosedur undang-undang agar ketika dihukum diringankan hukumannya atau dilepaskan.
3. Sebenarnya, penjara adalah pondok pesantren bagi penjahat yang memang telah mendapat hidayah Allah. Mereka lebih nyaman ada di dalam masjid penjara, merenungi setiap pengajian dari petugas dalaman mahupun dari luar. Banyak masa untuk berzikir dan berfikir.
4. Sebenarnya, penjara adalah rumah, bagi golongan gelandangan yang tidak memiliki rumah, keluarga dan sukar dalam mencari makan dan tempat tinggal demi kelangsungan hidup mereka. Mereka lebih selesa di dalam, kerana semua telah disediakan dan percuma.
5. Sebenarnya, penjara adalah tempat orang yang hebat-hebat tetapi mungkin tersalah langkah atau langkahnya ‘dipersalahkan’. Oleh itu, penghuninya ada yang merupakan kakitangan kerajaan, ketua pembangkang dan ahlinya, ulama’, artis, imam, guru, murid, orang bandar, orang kampung dan sebagainya…

KESIMPULAN :
Walaupun kita di himpit dengan sesuatu yang kita tidak suka, belum tentu semuanya adalah menyedihkan. Pasti ada sesuatu kebaikan yang tersimpan, secerah mentari memberi harapan setelah gelap gelita di malam yang panjang. Panas pasti akan hadir selepas hujan yang turun mencurah yang kadangkala membawa pelangi yang indah ! Wallahu a’lam - Ust. Kay biasa membunuh beribu-ribu nyawa nyamuk, tapi masih belum tertangkap dan dipenjarakan, percayalah ! Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan