السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 13 Zulkaedah 1435H. JUMPA…
Soalan 1 : Katakan saya jumpa RM10.00 di tempat pembungan sampah.. boleh tak ambil?
Soalan 2 : Saya jumpa makanan ringan di tempat duduk bus stop, boleh tak saya makan?
Soalan 2 : Saya jumpa makanan ringan di tempat duduk bus stop, boleh tak saya makan?
PENCERAHAN :
Bukanlah suatu perkara yang asing jika kita terjumpa dengan barang-barang yang tercicir. Pada kebiasaannya, apabila berhadapan dengan situasi begini, orang akan bertindak memungut barang tersebut sama ada akan menyerahkannya kepada polis, pihak-pihak yang tertentu ataupun membiarkannya sahaja di tempatnya. Ada juga yang memungutnya dengan hajat untuk memiliki, menjual dll…

Luqathah ialah harta ataupun barang yang dijumpai di suatu tempat yang tidak dimiliki, tidak diketahui pemiliknya, tiada tandatanda di dalam jagaan atau tidak berada di tempat yang lazimnya harta atau barang itu berada, sama ada ia hilang dari disebabkan tercicir ataupun terlupa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhainni yg berkata : “Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu ia bertanyakan mengenai barang yg tercicir. Maka Dijawab oleh Nabi SAW : Perhatikanlah bungkusan dan ikatannya, kemudian beritahukanlah selama setahun, barangkali akan datang orang yang empunya barang itu. Dan jika ia tidak juga datang maka adalah urusan engkau terhadap barang itu.”
(HR: Bukhari & Muslim)
(HR: Bukhari & Muslim)
Maksud dari hadis Nabi SAW ini ialah sebelum kita cepat2 nak ambil dan isytihar barang tercicir itu sebagai hak milik kita ada beberapa perkara yang mesti dipatuhi :
i) Barangan yg dijumpai itu wajib diwar-warkan selama setahun, perlu diberitahu misalnya di papan kenyataan masjid atau ditempat awam di mana barang itu dijumpai. Zaman sekarang ini gunakanlah kemudahan media sosial untuk tujuan hebahan tersebut. Lagi meluas…

ii) Perhatikan barangan yang keciciran itu. Misalnya jika yg dijumpai itu adalah dompet berisi wang. Hendaklah dicatitkan oleh kita warna dompet itu, wang yang ada di dalamnya, tempat di mana dompet itu dijumpai. Ini kerana setelah diwar-warkan dan ada orang yang menuntut barangan tersebut…semua perkara yang dicatitkan ini untuk tujuan pengesahan.
iii) Setelah setahun tiada yang menuntut maka bolehlah barangan tersebut dianggap sebagai hak milik kita.
iv) Mengembalikannya sekiranya ada pemilik yang menuntutnya walaupun setelah berlalu suatu jangka masa atau berlalu tempoh satu tahun pengumuman.
Bagaimana pun jika barangan yg dijumpai itu tiada nilai maka hadis Nabi SAW menerangkan :
Jika barang yang kita jumpa itu, barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk maka orang yang menjumpainya boleh mengambil manfaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya. Ini berdasar hadis Rasulullah SAW ;

لما روى جابر قال : رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل
"Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan, tali yang dijumpai oleh seorang lelaki."
(HR: Ahmad dan Abu Daud)
(HR: Ahmad dan Abu Daud)
Bagaimana pun jika barangan yg dijumpai itu misalnya adalah barangan yang cepat busuk atau rosak maka ulama’ memberi laluan untuk kita menurut budi bicara kita. Misalnya sesikat pisang yang tercicir oleh pelanggan di kedai kita maka bolehlah kita tunggu selama 2 atau 3 hari sebelum pemiliknya kembali menuntut sebelum kita memakannya. Tapi andai kata selepas kita makan pisang tadi tiba-tiba muncul pemiliknya maka wajib atas kita membayar kembali kepadanya harga pisang yang kita makan itu.
PASTIKAN ANDA ‘JUMPA’ DAN BELI BUKU CCUK TERBITAN KARANGKRAF BILA TELAH BERADA DI PASARAN NANTI… INSYA ALLAH!
KESIMPULAN :
Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam dan harta yang tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja. Harta yang paling berharga dan perlu ada pada setiap umat Islam ialah KEJUJURAN dan AMANAH. Wallahu a’lam - Tajuk CCUK semalam Hilang hari ini Jumpa, esok? Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan