السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 25 Zulkaedah 1435H. INCHEON 2014 !
Islam menggalakkan umatnya menjadi kuat dan sihat. Baginda Rasulullah SAW bersabda : “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam meletakkan kepentingan bersukan untuk melatih umat Islam dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.
PENCERAHAN :
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Malah orang Islam digalakkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Di dalam Al-Quran ada ayat yang memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah SWT : “Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (QS al-Baqarah : 247)

Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda :
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(HR: Muslim)
(HR: Muslim)
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauzi menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.
Dalam Islam sendiri, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi pergerakan psikomotor yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah solat lima waktu sehari semalam, ibadat haji, melawat sesama saudara muslim, pergi dan balik ke masjid, gas (jemaah Tabligh) dan terlibat dalam aktiviti dakwah merupakan aktiviti riadah atau sukan secara tidak langsung.
Antara adab dan panduan untuk orang Islam bersukan ialah:
1) Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan kewajiban agama dan yang lain.
2) Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3) Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru perpaduan dan kasih-sayang.
4) Tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah.
5) Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan ikhtilat, iaitu percampuran bebas lelaki dan perempuan.
6) Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan begitu juga sebaliknya sukan untuk orang perempuan.
7) Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga-lagakan binatang.
8) Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan dan tidak pula jarang.
9) Tidak ada unsur perjudian atau pertaruhan dalam permainan. Contoh, setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
10) Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki sam aada secara langsung atau pun tidak. (Dr Yusuf Qardawi)

KESIMPULAN :
Semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Maksudnya, sukan hendaklah dilaksanakan dengan mengikuti syarat-syaratnya supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Wallahu a’lam - Saya Team Syurga ! Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan