السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 11 Zulkaedah 1435H. ALA TOMEY…TOMEY !
Kucing, adalah sejenis mamalia yang telah menjadi sahabat manusia sejak ribuan tahun dahulu. Tingkah lakunya yang manja, telah mendapat tempat dihati ramai orang termasuk Ust. Kay. Walaupun sebenarnya tiada seekor kucing pun yang ada di rumah Ust. Kay… ekornya pun tiada !
PENCERAHAN :
Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari dakwaan memiliki 9 nyawa hingga dianggap sebagai jelmaan dewa. Seperti yang terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja kerana dianggap sebagai titisan dewa. Berbeza di Mesir dan di Eropah, kucing pernah dianggap sebagai sihir syaitan atau pembawa bencana / malang.
Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari dakwaan memiliki 9 nyawa hingga dianggap sebagai jelmaan dewa. Seperti yang terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja kerana dianggap sebagai titisan dewa. Berbeza di Mesir dan di Eropah, kucing pernah dianggap sebagai sihir syaitan atau pembawa bencana / malang.
Nabi Muhammad SAW juga memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Baginda sentiasa menzahirkan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu. Bahkan setiap kali Nabi SAW menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mendokong Mueeza dan diletakkan di paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu ‘mengeong’ ketika mendengar azan, seolah-olah suaranya seperti mengikuti lantunan suara azan tersebut. Subhanallah…
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka kerana seekor kucing yang dia kurung dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang kecil yang melata di lantai (atas muka bumi),” (HR: Bukhari)
Tidak hanya Nabi, isteri Nabi sendiri, Saidatina Aisyah r.anha pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh kucingnya. Seorang sahabat yang juga ahli hadis yang masyhur, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara beberapa ekor kucing dirumahnya.
Ada kajian menemukan bahawa, dengkuran sang kucing yang serendah 50Hz baik untuk kesihatan. Dengkuran manusia belum tentu…mungkin menjadikan pasangannya bertambah stress ! Selain itu perbuatan mengelus kucing juga mampu menurunkan stress dan sangat berkesan untuk mengelakkan strok.
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Hospital Haiwan Al-Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada kucing. Hasil penelitian para doktor dan ujikaji yang telah dijalankan, bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Malah lebih bersih daripada manusia.
Oleh itu, sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada ketika itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di mangkuk untuk diminum kucing itu.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu khairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumah),” (HR : At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dari sisa jilatan kucing.” (HR : Al-Baihaqi, Ad-Daruqutni)
“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” (HR : Bukhari, Ahmad,Ibnu Majah)
“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” (HR : Bukhari, Ahmad,Ibnu Majah)
Habib Munzir Al Musawa hafizahullah menceritakan : “Terjadi beberapa waktu yang silam saat itu saya masih di Tarim, Hadramaut. Tinggal beberapa lama di sebuah kota, wilayah Mukalla disitu ada seorang wanita tua wafat, suatu hari saya melihat jenazah diusung. Tapi ada satu hal yang ganjil. Ketika jenazahnya diusung, ramai orang yang mengusungnya dan ratusan ekor kucing ikut serta menghantar jenazah.
Dikhabarkan semasa hidupnya, kerjanya tiap pagi masuk ke pasar mengambil bekas kepala-kepala ikan yang terbuang dan diletak di sebuah bakul dan ia melemparnya kepada semua kucing yang ada di jalanan. Bertahun-tahun amalan tersebut dilakukan hingga ratusan kucing sudah menunggu di jalanan menunggu khidmat dari wanita tua itu. Ketika ia wafat, ratusan ekor kucing turut menghantar jenazahnya. Dinyatakan, berhari-hari puluhan ekor kucing tidak meninggalkan kuburnya.
Seorang Sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke-10 bercerita, suatu saat dia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid Kota Mesir sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tidak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah tersebut, didapatinya si kucing tadi sedang menyuakan sepotong daging yang diberikan Ibnu Bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya, beliau menjadi seorang sufi yang hebat sehingga ajal.
Alkisah, suatu ketika yang tidak diketahui masanya, seorang hakim lalu di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab dia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukkan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan dan minum hingga ia benar-benar sihat. Tetapi setelah itu, kucing tersebut telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.
KESIMPULAN :
Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita derhaka pula kepada Allah dengan meninggalkan suruhan-Nya dan melakukan apa yang dilarang-Nya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmat-Nya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyeksa dan memukul kita.” Wallahu a’lam - Tomey Si Kucing tomey… Ukay’s.
Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita derhaka pula kepada Allah dengan meninggalkan suruhan-Nya dan melakukan apa yang dilarang-Nya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmat-Nya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyeksa dan memukul kita.” Wallahu a’lam - Tomey Si Kucing tomey… Ukay’s.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan