السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 16 Zulkaedah 1435H. “APAKAH…?!”
Satu hari di Kedai Mesra Petronas, Saujana Utama Sg. Buloh ; “Bang mesin ATM tu ok ker?” Sapa Ust. Kay kepada seorang ‘pemuda’ berambut pendek dan berbaju kemeja kasual berjalur biru cerah, kemas. “Offline Bang… ” Jawabnya ringkas tapi penuh menimbulkan tanda tanya. Suaranya persis anak dara Ust. Kay yang berumur 16 tahun. Dalam hati Ust. Kay : “Apakah… ?!”
Fenomena orang perempuan yang berpenampilan lelaki, lebih dikenali sebagai pengkid, tomboy, lesbian atau musahaqah sudah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semalam CCUK menyentuh isu orang lelaki yang ingin jadi perempuan, ini pula sebaliknya. Dunia ini sudah terlalu tua rasanya…
PENCERAHAN :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Oktober 2008 lalu sudah mengeluarkan fatwa mengharamkan pengkid kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat, masalah terbabit masih tidak dapat dibendung malah golongan itu semakin berani di khalayak ramai seolah-olah mencabar fatwa berkenaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Oktober 2008 lalu sudah mengeluarkan fatwa mengharamkan pengkid kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat, masalah terbabit masih tidak dapat dibendung malah golongan itu semakin berani di khalayak ramai seolah-olah mencabar fatwa berkenaan.
Keputusan muzakarah terbabit merujuk kepada larangan (pengharaman) asal dari hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Allah SWT melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR : al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah, & Ahmad).
[JANGAN TERLEPAS ! DAPATKAN BUKU CCUK TERBITAN KARANGKRAF BILA TELAH BERADA DI PASARAN NANTI… INSYA ALLAH!]
Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit selain kurang didikan agama dan lemah iman seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seseorang yang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan. “Relax lah bro..!” Fikir mereka agaknya…
Sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid juga disebabkan kecenderungan sejak kanak-kanak yang lebih berminat kepada orang perempuan, pengalaman hitam dengan orang lelaki, kegagalan dalam percintaan dan persekitaran mereka dibesarkan dengan kesemua adik-beradik dan teman sebaya semuanya lelaki.
Fenomena ini dikhuatiri mendorong mereka untuk terlibat dengan aktiviti seks songsang seperti lesbian atau musahaqah. Iaitu melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks di antara perempuan sesama perempuan. Islam jelas mengharamkan perbuatan ini. Dari Abu Musa katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya telah berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka keduanya juga berzina.” (HR: Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman).
Dari Wasilah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda; ”Musahaqah di antara para wanita adalah zina di antara mereka” (HR: At-Thabrani dalam Al Kabir). Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berpendapat, jika telah bergesek dua wanita maka keduanya melakukan zina yang terlaknat berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Nabi SAW itu tadi.
Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat bahawa Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat yang juga terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam sebuah hadis Hudzaifah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (dari mereka) merasa cukup dengan para wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan para lelaki.”
Para Fuqaha sepakat bahawa musahaqah tidak di kenakan hukuman hudud. Ia dikategorikan sebagai kesalahan Ta’zir, kerana ia merupakan perbuatan maksiat yang tidak menepati takrif atau maksud zina secara tepat dan sempurna yang membolehkan pelakunya di kenakan hudud. Ia adalah zina secara umum, seperti zina mata, zina tangan, zina kaki, dan zina mulut dan boleh dikenakan hukuman ta’zir.
Bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan perbuatan musahaqah terletak di bawah Had atau Hudud berpandukan kepada hadis Abu Muslim yang bermaksud: “Dihabaskan (dikurung) perempuan itu sehingga mati.”
Namun ianya sedikit ringan berbanding perbuatan liwat dan homoseksual yang sememangnya, hudud atau had dikenakan ke atas si pelakunya. Sabda Nabi SAW : “Barangsiapa mengerjakan pekerjaan kaum Luth, Maka bunuh olehmu akan orang yang berbuatnya dan akan orang yang kena perbuatnya.”
Ada orang lelaki yang gagah perkasa tetapi tiada berahi pada orang perempuan. Mereka lebih menyukai orang lelaki jambu sebagai ‘anak ikan’ mereka. Amalan gay (homoseksual) dan lesbian (musahaqah) jika tidak dibendung akan meruntuhkan institusi perkahwinan kerana pelakunya tidak berminat dengan perkahwinan. Selain terdedah dengan pelbagai penyakit fizikal dan mental, serta akan mendapat balasan buruk di dunia dan azab yang pedih di akhirat.
Ust Kay harap para pembaca dapat sharekan CCUK hari ini kepada mereka yang terlibat dengan gejala pengkid atau tomboy. Sebagaimana semalam, ramai yang telah share CCUK tajuk pondan kepada orang lelaki yang telah ‘memondankan’ diri. Mudah-mudahan dengan kiriman CCUK ini hati mereka akan tercuit untuk berubah. Ust. Kay bimbang bila masyarakat sudah tidak bimbangkan lagi perkara-perkara seperti ini…
KESIMPULAN :
Sambung cerita di atas. Ust. Kay terpaku sejenak sambil mata terus mengekori ‘pemuda’ tadi keluar menuju ke keretanya. Di sebelahnya, seorang pemudi berpakaian baju kurung tersenyum manis menyambut senyuman ‘pemuda’ tadi. Kereta Myvi hitam yang dinaiki mereka berdua terus meluncur laju masuk ke jalan yang lurus. Jalanraya tu memang lurus…cuma jalan hidup yang mereka pilih belum tentu lurus. Wallahu a’lam - Jalan-jalan cari jalan ! Ukay’s
Sambung cerita di atas. Ust. Kay terpaku sejenak sambil mata terus mengekori ‘pemuda’ tadi keluar menuju ke keretanya. Di sebelahnya, seorang pemudi berpakaian baju kurung tersenyum manis menyambut senyuman ‘pemuda’ tadi. Kereta Myvi hitam yang dinaiki mereka berdua terus meluncur laju masuk ke jalan yang lurus. Jalanraya tu memang lurus…cuma jalan hidup yang mereka pilih belum tentu lurus. Wallahu a’lam - Jalan-jalan cari jalan ! Ukay’s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan