Khamis, 4 September 2014

TEGUR YANG DITEGUR…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 8 Zulkaedah 1435H. TEGUR YANG DITEGUR…
Kemudahan media sosial yang terus berkembang hari ini, menjadikan banyak pihak yang ghairah untuk memberi teguran pada sesuatu perkara yang dirasakannya perlu untuk menegur. Bagus sebenarnya… sebab saling ingat-mengingati !. Cuma dalam keghairahan seperti inilah kita sering terlupa dalam Islam hendak menegur pun ada adab-adab yang perlu dijaga.
PEMCERAHAN :
Antara adab yang digariskan oleh Islam untuk membuat teguran itu ialah;
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur. 2. Mencari waktu yang tepat.
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.
4. Tegur dengan suara yang lembut dengan penuh keikhlasan.
5. Tidak menegur dengan suara yang tinggi atau menguatkan suara.
6. Elakkan dari menegur kesilapan atau kesalahan seseorang di depan khalayak ramai.
7. Tegurlah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik agar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur.
8. Sebelum menyebut kesilapan seseorang, cubalah puji terlebih dahulu dengan perkara yang boleh membuat seseorang itu gembira.
9. Selepas membuat teguran pastikan anda meminta maaf atas teguran yang dibuat. Cubalah memujuk hatinya supaya jangan terasa atas teguran itu.
10. Tegur kerana Allah bukan kerana rasa diri kita yang betul. Bukan memaksa yang ditegur terus berubah kerana ini semua kerja Allah.
Sebab teguran jugaklah boleh menyebabkan tali persaudaraan sesama Islam boleh terputus. Sebab teguran jugak boleh menyebabkan dua individu itu bermusuh. Tapi tak semua orang begitu. Hanya segelintir sahaja yang bersikap buruk macam tu. Asalkan kita sedar siapa kita, apa tujuan kita hidup, tahu dari mana kejadian kita, maka takkan berlaku perkara-perkara sebegitu.
Jadilah umpama air.. biarpun menitik satu demi satu, jika konsisten dan berterusan, insyaAllah, batu pun boleh dipecahkan.
PASTIKAN TIDAK TERLEPAS UNTUK MEMILIKI ‘CCUK’ EDISI BUKU TERBITAN KARANGKRAF DAN SECARA RAKAMAN DVD KELUARAN FATEHTEAM STUDIO TIDAK LAMA LAGI.. INSYA ALLAH, BELI YANG ORI BARU DIBERKATI !
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya :
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (QS Taha : 44)
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Al-Qurtubi berkata bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan dalam ayat-ayat Allah.
Rasulullah SAW bersabda ;
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
KESIMPULAN :
Jika teguran dibuat dari hati yang ikhlas ia akan sampai ke hati-hati orang yang mendengarnya. Tetapi jika teguran itu dibuat keluar dari mulut sahaja maka ia akan singgah di telinga-telinga manusia sahaja. Wallahu a’lam - Jangan sampai keteguran (histeria) Ukay’s.

Tiada ulasan: