السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 10 Zulkaedah 1435H. KENAPA KAMBING??
Di satu padang rumput yang luas, tinggal tiga sahabat karib iaitu ayam sabung bergelar Pahlawan Keras Rasa (PKR), angsa putih bernama Donny Angsa Putih (DAP) dan seekor kambing berjanggut yang dipanggil Pengikut Amal Sunnah (PAS). Mereka sama-sama berkongsi Padang Ragut (PR) yang sama. Mereka mendapat amanah menjaga padang ragut tersebut setelah berganding bahu mengalahkan lembu-lembu kondominium yang digelar Beghak Nanang (BN).
Masalah mula timbul bila rakan ayam sabung yang menjadi ketua padang ragut di situ mula berjinak-jinak dengan ayam-ayam daging dari reban sebelah dan tidak mengikut arahan ayam sabung itu. Ketua Umum ayam sabung menjadi marah dan mengarahkannya keluar dari reban untuk digantikan dengan dengan ayam sabung betina yang juga bininya. Donny ikut jer.. Tiba-tiba…kambing pulak yang disalahkan. Kenapa kambing ?
Mencari ‘kambing hitam’ atau sentiasa menyalahkan pihak lain merupakan suatu eskapisme yang murah dan tidak produktif. Di dalamnya terdapat kecenderungan menghindar dari kenyataan sebenar dengan mencari situasi rekaan. Fenomena tersebut merupakan salah satu kelemahan sikap budaya masyarakat kita. Soalnya ialah kenapa kambing?
PENCERAHAN :
Syeikh Muhammad bin Soleh Al Utsaimin menyatakan, Tidak ada seorang nabi yang Allah utus kecuali menggembalakan kambing. Seluruh nabi yang Allah utus pertama kali menggembalakan kambing, agar mereka mengetahui dan berlatih mengurus dan mengatur dengan baik. Kerana penggembala kambing akan mendapatkan ketenangan, kelembutan dan kasih sayang.

"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembalakan kambing. Lalu para sahabat Baginda bertanya: Demikian juga engkau?" Baginda menjawab: "Ya, Aku dahulu menggembalakan kambing milik seorang penduduk Makkah dengan imbalan beberapa qiraath." (HR. Bukhari dan Muslim)
Para ulama menjelaskan beberapa hikmah dan faedah nabi dibina dan dilatih dengan menggembala kambing. Di antaranya ialah;
1) Melatih Nabi menjadi seorang yang tenang dan memiliki ketahanan dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup. Demikian juga melatih Baginda agar menjadi orang yang sabar, lemah lembut dan penyayang.
2) Menggembala kambing dapat memberikan beberapa sifat baik yang lain, di antaranya:
1. Sabar, sebab penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang gembalaannya sejak matahari terbit sampai tenggelam. Hal ini dapat dilihat dari lambatnya kambing makan, sehingga penggembala memerlukan kesabaran tinggi menghadapinya.
2. Sifat tawadhu (rendah hati) dan ikhlas. Abu Laits As-Samarqandi dalam Kitab Tanbihul Ghafilin memberikan contoh seseorang yang mendirikan solat ditengah-tengah gembalaan kambingnya pasti tidak mengharapkan pujian dari kambing-kambingnya itu.
3. Kasih sayang dan kelembutan terhadap yang lemah, sebab penggembala harus dapat membantu dan merawat kambing tersebut bila sakit atau cedera.
4. Berusaha secara berdikari dan kekuatan tubuh badan, kerana tempat gembalaan kambing yang luas dan jauh.
5. Keberanian dan kecekapan mengatur dan mengendalikan urusan. Kambing terkenal dengan kedegilannya dan sukar untuk dipaksa dan dikawal.

3) Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan, hikmah dari dibentuknya para nabi dengan tugas menggembala kambing sebelum kenabian adalah sebagai latihan yang cukup baik untuk menanggung amanat yang akan mereka pikul bagi mengurus umatnya suatu hari nanti.
KESIMPULAN :
Dalam kisah ‘Ahmad Albab’, tugas pengembala kambing memang susah, membawa kesemua kambing ke padang meragut rumput dan memerhatikan kambing-kambing tersebut dari pagi sehingga petang. Manakala penternak moden hari ini, membela dan memberi makan dalam kandang sahaja. Cara ini memang lebih mudah untuk menjaga kambing-kambing tersebut. Wallahu a’lam - Suka kambing golek. Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan