السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 14 Zulkaedah 1435H. SOALAN BOCOR UPSR !
1) SOALAN BOCOR di Alam Kubur mengikut teks Talqin bagi yang melaksanakannya :
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Sebenarnya, yang dalam liang tu sudah ada rezeki dan bahagiannya masing-masing, sepatutnya yang lebih perlu rasa gementar dan cuak ialah yang mendengar talqin tersebut sudah berulangkali namun tidak terasa apa sebab merasakan peringatan talqin itu hanya untuk si mati bukan untuk yang hidup. Imam yang membacanya beratus kalipun belum tentu terasa apa… apatah lagi yang mendengarnya.
2) SOALAN BOCOR di akhirat yang telah dibocorkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya ;
“Tidak akan berganjak kedua-dua kaki setiap hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan. Ditanya tentang ilmunya, apakah yang diamalkan. Ditanya tentang hartanya, bagaimana cara memperolehi dan membelanjakannya. Dan ditanya tentang kesihatan tubuh badannya, apa yang telah dilakukan dalam kehidupan.”
(HR : Tarmizi)

PENCERAHAN :
Ada kalanya, ketika musim peperiksaan UPSR ini, kedengaran bisik-bisik berkenaan soalan bocor. Pelbagai respon daripada para pelajar dan ibubapa. Ada yang begitu bersungguh mendapatkannya dan membuat persiapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ada juga pelajar yang mendapat soalan-soalan tersebut, tetapi tidak mempedulikannya, bahkan ada yang langsung tidak berminat untuk mengambil tahu soalan-soalan tersebut.

Sebenarnya, peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Peperiksaan adalah untuk menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan juga guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Akhirnya, berlaku banyak kes penipuan antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Guru dan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Guru memberikan jawapan yang pelajar hanya perlu menghafalnya semudah A, B, C. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri anak-anak kecil ini.
Peliknya ! Setelah keputusan diumumkan, mereka akan berasa sangat gembira di atas kejayaan yang dicapai setelah kononnya penat lelah ‘mengajar’ anak didik mereka selama ini. Murid-muridpun terpaksa rasa gembira separuh masak kerana mereka mengetahui kelayakan untuk merasa gembira sepenuhnya.
Jika tiada peperiksaan pula, murid tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa sahaja. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
KESIMPULAN :
Jika peperiksaan dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi faedah kepada pelajar, guru dan ibu-bapa. Halatuju yang jelas seperti ini akan membantu semua pihak yang terlibat lebih fokus kepada pencapaian yang ditetapkan. Cuma kepada semua pihak, berlaku jujurlah kepada diri sendiri… Wallahu a’lam - Di kubur dan di akhirat, soalan bocorpun belum tentu kita dapat jawab. UPSR : Untuk Pelajar (Pengajar, Penjaga) Sentiasa Redha. Ukay’s

Tiada ulasan:
Catat Ulasan