Selasa, 30 September 2014

O ALLAH, grant us Hajj & Umrah



We ❤️ الله مُحَمَّد
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan. - Imam Hassan Al-Basri
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Isnin, 29 September 2014

Oh ALLAH, Don't make this world our biggest concern



We ❤️ الله مُحَمَّد
Sabda Rasulullah mengenai senyum dan ketawa :
1. Senyum adalah medium terbaik untuk menyapa hati manusia dan menebar kesejukan di hati sesama insan. Rasulullah bersabda : “kamu tidak akan dapat menenteramkan jiwa manusia dengan wangmu, akan tetapi kamu dapat menenteramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak mulia.”
2. Senyum adalah sikap mulia bernilai ibadah. Rasulullah bersabda : “Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi no. 7935)
3. Senyum adalah cermin kebaikan ( amal soleh). Rasulullah bersabda : “sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah.” juga sabdanya : “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria ).”
4. Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah. Rasulullah bersabda : ” senyum manismu dihadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah.”
5. Senyum adalah medium untuk menyelesaikan masalah. Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata, ” Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w. (HR at-Tabrani no. 7695)
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد (at ☝الله)



We ❤️ الله مُحَمَّد
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan. - Imam Hassan Al-Basri
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

SELAMAT DATANG & SELAMAT JALAN !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 4 Zulhijjah 1435H. SELAMAT DATANG & SELAMAT JALAN !
Jazakumullahu khairan kathiran, semoga Allah SWT menambahkan kebaikan yang banyak kepada pihak JPN Sabah dan Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu kerana telah menjadi tuan rumah Program Hijrah Kasih 3 anjuran BPI KPM dan Jabatan Penjara Malaysia yang terbaik. Kemesraan dan layanan istimewa yang diberikan masih terasa sehingga sekarang ini…
PENCERAHAN :
Menepati adab dan akhlak menerima tetamu yang dianjurkan dalam Islam iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan yang mesra.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (HR: Bukhari dan Muslim)
Khususnya sepanjang tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa 3 hari iaitu;
1) Layanan istimewa selama 3 hari 2 malam mengikut kemampuan tuan rumah dengan menyediakan timpat tinggal yang sesuai dan makan-minum yang sempurna.
2) Layanan biasa pada hari ke 4 dan seterusnya, sama seperti yang diberikan kepada ahli keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah selepas dari tempoh yang diwajibkan.
Tuan rumah juga perlu menyegerakan hak tetamu antaranya ialah menghidangkan air minuman, makanan dan sebagainya. Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga tetamu kelaparan atau sehingga mereka balik.
Menghidangkan makanan merupakan adab yang dianjurkan dengan syarat;
1. Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu
2. Tuan rumah tidak perlu memberatkan diri di luar kemampuannya dalam menyediakan makanan kepada tetamu.
3. Makanlah bersama tetamu kerana tetamu malu makan bersendirian.
4. Disertai dengan niat yang ikhlas bukan rasa terpaksa.
Luar biasa baik belanja tetamu makan di restauran istimewa di luar, tetapi melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yang dianjurkan dalam al-Quran, sebagaimana dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian ia masuk menemui keluarganya serta membawanya keluar seekor anak lembu (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: ‘Silakan makan.’” (QS al-Dhariyat: 26 - 27)
Antara layanan baik yang boleh diberikan kepada tetamu ialah menyediakan tempat tidur yang selesa, memastikan anak-anak kita tidak membuat bising, tidak menganggu tetamu,
sentiasa tersenyum dengan muka yang manis. Mempersilakan bermalam di tempat yang paling selesa, antaranya;
1) Jika tetamu wanita, tempat yang tidak menyingkap aurat mereka
2) Tempat yang tidak tersebar bau yang kurang menyenangkan dan kotor (contoh, tidak meletakkan mereka di bilik yang bersebelahan dengan ‘peceren’ @ tempat takungan air dapur)
3) Layanan luar biasa baik tetamu diberikan ‘master bedroom’ tuan rumah.
Kemudian, elakkan melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu seperti melunjurkan kaki ke arahnya. Batas-batas pergaulan bersama tetamu juga hendaklah tetap dijaga dan sentiasa berpakaian bersih, kemas dan menutup aurat
Menghantar ke muka pintu apabila tiba waktu tetamu akan pulang, sebagai tanda memuliakan dan mengormatinya. Sebaiknya juga, tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar rumah kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah bergerak. Layanan luar biasa baik, menghantar tetamu sehingga ke lapangan terbang atau ke stesyen bas dan teksi yang diperlukannya.
KESIMPULAN :
Melayan tetamu dengan cara yang baik atau luar biasa baik insya Allah, akan murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT. Terima kasih Tuan Simon, Pn. Nasimah, Emila dan Murada, Ust. Ismail Anam, Ust Razali, Ust. Sabari, Ust. Esibi Hilux, Ust. Sulaimin Keningau, Ust. Syakir Innova dan Ust Hadzir Payau. Wallahu a’lam - Tetamu yang bertamu di Pasar Tamu. Ukay’s

‘IBRAH DARI PENJARA !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 3 Zulhijjah 1435H. ‘IBRAH DARI PENJARA !
”Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR : Muslim)
Allah memberi peringatan kepada hamba-Nya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. Biar rasa sakit sikit untuk menguji sama ada hamba-Nya mengingati-Nya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingati-Nya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita. Setiap ujian pasti ada hikmah untuk kita ambil ‘ibrah darinya.
PENCERAHAN :
Siapalah kita untuk membenci atau menolak setiap ujian yang diberikan. Contoh, ada sebilangan anak-anak muda yang terpenjara di Penjara Kota Kinabalu yang Ust. Kay dekati, bukan atas kesalahannya pun tetapi kerana berada pada masa dan tempat yang tidak sepatutnya. Atau bersama orang yang tidak sewajarnya. Ada pula yang pertama kali melakukan jenayah terus tertangkap dan ada juga yang masuk penjara kerana ‘tiada apa-apa’ untuk tidak apa-apakan oleh apa-apa ?
Oleh itu, diri ini perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. Untuk memanggil kita kembali pada jalan-Nya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari. Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang…
Ada satu cerita… Seorang Raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, Raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, Raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, Raja itu menembaknya. Raja itu mengeluarkan pisau lalu menyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong.
Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata Raja; “Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini.” Penas ihat itu menjawab dengan tenang; “Ada hikmahnya, Tuanku”. Raja mula berang. Dikatanya; “Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari.”
Kemudian, Raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, Si Raja meneruskan hobinya. Kali ini, Raja itu berseorangan. Lama baginda di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka.
Lalu, mereka menangkap Raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah, rempah dan air pun telah dimasukkan hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Ketua mereka. “Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?”. Tok Ketua menjawab; “Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya.”
Lalu, mereka memeriksa tubuh Raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Ketua. Kemudian Tok Ketua menjawab; “Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya.” Raja itu pun dilepaskan. Si Raja bergegas menuju ke penjara istana menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis.
Kemudian dia bertanya; “Wahai Tuanku, apakah yang telah terjadi?”. Tuanku menceritakan segala yang terjadi. “Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka”. Kemudian si penasihat menjawab; “Wahai Tuanku, ada hikmahnya juga Tuanku meletakkanku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersama Tuanku, pasti Tuanku akan terselamat dan aku pula akan menjadi korban mereka.”
KESIMPULAN :
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Terkadang ianya nampak remeh atau berat. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT. Maaf hantar CCUK terpagi, sbb bila masuk penjara semua gadget kena tinggal di luar. Wallahu a’lam - Raja Kapoor. Ukay’s

"MINDSET"

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.
Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.
Mereka MELAKUKAN cara. .
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.
Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif …..
The choice is yours..!

PERCAYALAH !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 2 Zulhijjah 1435H. PERCAYALAH !
Ust. Kay melangkah masuk ke pintu penjara Kota Kinabalu, Sabah semalam, sama seperti pengalaman melangkah masuk pintu Penjara Sungai Petani, Kedah. Perasaan yang sama, gerun dan mengecutkan. Pintu besi yang berlapis-lapis, setiap satu mempunyai mangga sebesar penumbuk orang lelaki dewasa. Dinding tembok konkrit setinggi bangunan 2 atau 3 tingkat dan dilingkari dengan kawat besi bergerigi tajam yang pastinya mampu merobek daging penghuni yang berhajat untuk ‘fly’ !
Menggambarkan seakan-akan penghuninya semua ganas, kasar, kejam, banyak dosa dan bakal penghuni neraka. Sedangkan belum tentu orang yang di luar sana semuanya suci, lebih baik, warak, banyak pahala dan pasti calon ke syurga. Mungkin, nasib masih menyebelahi mereka, belum lagi tertangkap. Sebab ada penghuni penjara yang Ust. Kay temui menyatakan dia tertangkap, hanya kerana melakukan jenayah yang kali pertama…
Sayangnya Allah padanya…! Kita ini kelihatan baik sebab Allah SWT masih menutup hijab keaiban dan dosa yang kita lakukan. Kalau Allah buka hijab itu, barangkali kita sebenarnya lebih jahat daripada mereka. Masyaallah…
PENCERAHAN :
Orang yang hebat akan mengubah kerugian menjadi keeuntungan, kegelapan menjadi cahaya, mengubah apa yang negatif berlaku dalam dirinya menjadi positif. Sejarah telah melakarkan bahawa ramai di kalangan manusia yang hebat tidak pernah terlepas daripada ujian yang menempa ke atas mereka;
1) Imam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan di hukum dera, tetapi kerana dengan itu pula ia kemudiaannya menjadi salah satu Imam mazhab yang besar dan terkenal.
2) Syeikh Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi dengan berada dalam penjara itulah ia telah banyak melahirkan karya yang hebat.
3) As-Sarakshi pernah di kurung di dasar perigi selama bertahun-tahun lamanya, tetapi disitulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. Firman Allah SWT yang bermaksud;
"… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS al-Baqarah: 216)
Bagi anda, yang belum pernah masuk penjara, antara hakikat lain penjara itu ialah;
1. Sebenarnya, penjara adalah tempat pelarian si penjahat daripada penjahat yang lain yang sedang berusaha untuk membunuhnya.
2. Sebenarnya, penjara adalah fakulti undang-undang bagi orang yang baru mula hendak berjinak-jinak untuk menjadi jahat. Atau mereka yang berniat ingin meneruskan profesion tersebut. Mereka belajar menjadi penjahat yang cemerlang yang memahami prosedur undang-undang agar ketika dihukum diringankan hukumannya atau dilepaskan.
3. Sebenarnya, penjara adalah pondok pesantren bagi penjahat yang memang telah mendapat hidayah Allah. Mereka lebih nyaman ada di dalam masjid penjara, merenungi setiap pengajian dari petugas dalaman mahupun dari luar. Banyak masa untuk berzikir dan berfikir.
4. Sebenarnya, penjara adalah rumah, bagi golongan gelandangan yang tidak memiliki rumah, keluarga dan sukar dalam mencari makan dan tempat tinggal demi kelangsungan hidup mereka. Mereka lebih selesa di dalam, kerana semua telah disediakan dan percuma.
5. Sebenarnya, penjara adalah tempat orang yang hebat-hebat tetapi mungkin tersalah langkah atau langkahnya ‘dipersalahkan’. Oleh itu, penghuninya ada yang merupakan kakitangan kerajaan, ketua pembangkang dan ahlinya, ulama’, artis, imam, guru, murid, orang bandar, orang kampung dan sebagainya…
KESIMPULAN :
Walaupun kita di himpit dengan sesuatu yang kita tidak suka, belum tentu semuanya adalah menyedihkan. Pasti ada sesuatu kebaikan yang tersimpan, secerah mentari memberi harapan setelah gelap gelita di malam yang panjang. Panas pasti akan hadir selepas hujan yang turun mencurah yang kadangkala membawa pelangi yang indah ! Wallahu a’lam - Ust. Kay biasa membunuh beribu-ribu nyawa nyamuk, tapi masih belum tertangkap dan dipenjarakan, percayalah ! Ukay’s

Jumaat, 26 September 2014



We ❤️ الله مُحَمَّد
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan. - Imam Hassan Al-Basri
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Khamis, 25 September 2014



We ❤️ الله مُحَمَّد
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan. - Imam Hassan Al-Basri

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

BARULAH TENANG…!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 30 Zulkaedah 1435H. BARULAH TENANG…!
Bila kita rasa tidak tenang atau jiwa kacau, carilah ketenangan kerana hanya dengan ketenangan sahaja kita akan dapat masuk syurga Allah dengan keredhaan dari-Nya. Iaitu pada hari tiada memberi manfaat harta-benda dan anak-pinak (kepenak gawe anak -Bahasa Jawa) kecuali…?
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
"Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang tenang (selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik)." (QS Ash-Shuara : 89)
PENCERAHAN :
Di antara tips untuk mendapat ketenangan tersebut ialah; (panjang sikit ye… Panjang ikut keperluan, pendek ikut kesempatan. Bacalah CCUK dengan tenang)
1. Membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat:
PERTAMA, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
KEDUA, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
KETIGA, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali. Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah SAW itu.
2. Menyayangi orang miskin. Rasulullah SAW memerintahkan kepada muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang;
MALAIKAT PERTAMA berdoa: “Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak.”
MALAIKAT KEDUA pun berdoa: “Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang bakhil itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan ;
a) Mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
b) Mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas. Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
4. Menjaga silaturahim. Hubungan yang baik di dalam keluarga, dengan teman-taman mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah.” Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah. Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi tenang, kuat dan tidak mudah goyah.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Jangan ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah. Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
8. Tidak meminta-minta pada orang lain. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang. Rasulullah SAW dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!” Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya. Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah SAW juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
KESIMPULAN :
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemah, ubahlah dengan ungkapan senang dan yang menenangkan. Wallahu a’lam - Tenang zzzzzzzzzzzz… Ukay’s

BELUM TENTU TENANG…!

تُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 29 Zulkaedah 1435H. BELUM TENTU TENANG…!
Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Pelbagai cara untuk manusia mencari ketenangan. Ada yang berjam-jam melihat ikan Arowana kesayangannya di dalam akuarium, ada yang pergi ke tepi pantai, jungle trekking jauh ke dalam hutan atau mendaki ke puncak gunung semata-mata hendak mencari ketenangan tersebut. Dapat title MB (Mak Bapak) pun belum tentu dapat ketenangan.
PENCERAHAN :
Contohnya, seorang anak kecil akan berasa tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Kerapkali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman’ dan `ketenangan hatinya’ yang tercedera.
Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: “Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!”.
Adakah dengan berkata sedemikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenang.
Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup. Seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancamnya. Seorang yang hebat sekalipun, tidak akan dapat menggunakan kepintarannya jika jiwanya kacau dan tidak tenang.
Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah di antara hamba-hambaNya.
Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenang dan tenteram. Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi. Allah SWT berfirman ;
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
"Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa marah angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada, pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (QS al-Fath : 4)
Antara sifat-sifat mazmummah yang mampu menghilangkan ketenangan dihati ialah :
1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak pernah tenang.
2. Pendendam - Merasa dendam itu boleh memuaskan diri sedangkan memaafkan itu lebih baik kerana akan menenangkan.
3. Hasad dengki - Tidak dapat menjadi PM (Peniaga Market) dapat jadi MB (Meniaga Burger) pun jadilah… jika tidak dapat juga cari jalan, agar isterinya tetap menjadi MB bukan orang lain…
4. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak.
5. Tidak sabar - Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan bagi yang sabar.
6. Ego - Atau sombong adalah ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Rasa dirinya lebih layak dari orang lain
7. Riak - Melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji.
8. Cinta dunia - Buruan tanpa kesudahan, hasil tanpa kepastian, berakhir dengan penyesalan.

KESIMPULAN :
Perkara yang meragut ketenangan hati kita sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kemiskinan, musibah, penyakit semata-mata tetapi ialah sifat mazmumah yang ada pada diri kita. Wallahu a’lam - Tenanglah sangat ! Ukay’s

SATU DAN SEPULUH!!!



We ❤️ الله مُحَمَّد
Ingatkan saya jika terlupa, Ingatkan saya jika terleka. Kerana saya ini manusia yang biasa, sering melakukan kesilapan. Tegurlah dalam keadaan yang baik dan jangan menghina.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Selasa, 23 September 2014

CAHAYA!!!



We ❤️ الله مُحَمَّد
Ingatkan saya jika terlupa, Ingatkan saya jika terleka. Kerana saya ini manusia yang biasa, sering melakukan kesilapan. Tegurlah dalam keadaan yang baik dan jangan menghina.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

BIARLAH RAHSIA…!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 28 Zulkaedah 1435H. BIARLAH RAHSIA…!
Setiap orang pasti ada rahsianya sendiri, sama ada rahsia itu berbentuk sesuatu yang sangat penting bagi dirinya atau sesuatu yang amat memalukan jika diketahui oleh orang lain. Ada juga rahsia dalam bentuk sifat-sifat tertentu pada diri seseorang seperti rahsia pada tahi lalat, rahsia pada warna kegemaran, bentuk tulisan dan sebagainya. Ini rahsia yang bukan rahsia sebenarnya… sebab tidak penting !
PENCERAHAN :
Rahsia yang penting mestilah disimpan baik-baik, walaupun sesudah itu berlaku pergeseran atau perselisihan faham antaranya dengan kita, namun rahsianya mestilah dijaga. Jika kita bocorkan juga, maka itu adalah sikap orang yang tercela zahirnya dan kotor batinnya. Apatah lagi membocorkan rahsia sehingga boleh mengkucar-kacirkan jamaah Islam.
Islam memandang berat amalan membocorkan rahsia ini. Amalan mendedahkan rahsia adalah kegiatan keji dan mungkar, kerana boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia dan sehingga boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara. Sebab itulah Akta Rahsia Rasmi (OSA) diwujudkan. Tetapi jangan pula akta ini digunakan untuk menutup penyelewengan pemimpin-pemimpin yang ada. Salah tetap salah !
Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan sabdanya ;ٌ “Apabila seseorang bercakap sesuatu ucapan, kemudian ia beredar dari majlis itu, maka ia telah menanggung suatu amanah.” (HR : Abu Dawud, al-Adab: Fi naql al-Hadith, bil. 4225)
Ada sesetengah rahsia wajib dirahsiakan, mungkin kerana masanya belum tiba untuk diketahui umum dan perkara yang langsung tidak perlu diketahui umum hingga bila-bila, seperti rahsia yang berkaitan hal peribadi yang mengaibkan atau rahsia hubungan dalam ‘kelambu’ suami isteri terutamanya. Apa yang berlaku antara mereka sepatutnya tersimpan dalam ‘bilik kebal’ mereka.
Sejarah banyak mencatatkan rahsia yang ditangani secara bermaruah dan perlu dijadikan contoh dan iktibar. Antaranya, kisah Umar Ibn al-Khattab ketika mempelawakan puterinya Hafsah untuk dikahwinkan dengan Abu Bakar al-Siddiq dan kemudiannya kepada Uthman selepas kematian suaminya.
Abu Bakar dan Uthman menolak pelawaan itu dengan penuh rahsia, kerana pada suatu ketika mereka pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut nama Hafsah. Rahsia ini tidak sanggup dibocori oleh Abu Bakar dan Uthman, biarpun mereka terpaksa berjauh hati seketika dengan Umar Ibn al-Khattab.
Seorang Muslim yang mematuhi aturan akhlak al-Quran, harus berasa malu untuk membuka rahsia seseorang apatah lagi rahsia jamaah yang dianggotainya. Kerana al-Quran sering mengingatkan mereka dengan amaran yang begitu keras. Antaranya firman Allah;
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang yang suka membuka rahsia-rahsia buruk dalam kalangan orang yang beriman, akan beroleh seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah mengetahui segala perkara, sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS Al-Nur : 19)
Apatah lagi laporan negatif yang membabitkan maruah, kehormatan, kepemimpinan dan thiqah seseorang pemimpin atau ulama’ boleh tercemar kerananya. Pembocoran rahsia ini boleh berlaku dalam bentuk apa sekalipun sama ada ucapan, SMS atau ‘printscreen’ transkrip perbualan seseorang sekalipun.
Lebih-lebih lagi dalam konteks berorganisasi atau berjamaah, memperbaiki kelemahan yang ada bukannya dengan cara mencari-cari kelemahan dan memberitahunya kepada umum sehingga masyarakat memandang serong pada jamaahnya sendiri, ini adalah suatu perkara yang sangat merugikan dan bertentangan dengan syariat Islam.
KESIMPULAN :
Baginda SAW pernah mengingatkan supaya tidak menyakiti hati orang mukmin dan jangan mencari-cari rahsia mereka, kerana orang yang membuka rahsia saudaranya, nanti Allah akan membuka rahsianya pula. Wallahu a’lam - Tiada rahsia antara kita… Ukay’s


We ❤️ الله مُحَمَّد
Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yg mendirikan sembahyang & demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Isnin, 22 September 2014

LAKUKAN DI AWAL WAKTU

Pernah tak dengar orang cakap
"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal",
atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.
Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata,
"semoga dpt rezeki yg berkat",
itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat. 
Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.
Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.
Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.

4 Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

We ❤️ الله مُحَمَّد
4 Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
1. Anak berusia 0-6 tahun.
Hendaklah kita banyak bergurau, membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan mereka bila melakukan kesalahan.
2. Anak berusia 7-14 tahun.
Hendaklah kita mendidik mereka mendengar arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. Didik mereka tentang solat, puasa dan ibadah.
3. Anak berusia 15-21 tahun.
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
4. Anak berusia 21 tahun ke atas.
Hendaklah ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

“Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.

We ❤️ الله مُحَمَّد
Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?
" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku."
Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”
Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. “Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

ULAMA’ vs ULAMA’ (2)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 27 Zulkaedah 1435H. ULAMA’ vs ULAMA’ (2)
Allah SWT telah berfirman :
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِين
“Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa berselisihan.” (QS Hud : 118).
Perbezaan pendapat merupakan satu perkara yang lumrah dalam kehidupan. Hakikatnya perbezaan pendapat ini merupakan satu tanda kebesaran Allah SWT yang mencipta makhluk-Nya dengan keunikan dan kepelbagaian sifat dan ragam. Perbezaan ini juga merupakan satu ketetapan Allah SWT atau disebut sebagai sunnatullah.
PENCERAHAN :
1. Kebanyakan perbezaan pendapat di kalangan ulama berlaku dalam masalah-masalah fekah. Khalifah Umar bin ‘Abd ‘Aziz pernah menyebut bahawa beliau melihat fenomena perbezaan pendapat dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW sebagai satu hal yang baik, kerana ia memberi rukhsah (keringanan) kepada umat. Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama menjadi sebab keluarnya umat Islam daripada kesempitan masalah dalam beberapa isu fekah.
2. Tiada istilah perbezaan atau perselisihan dalam bab akidah. Pegangan Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah merupakan satu pegangan yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah kalimah tauhid yang satu. Al-Qur’an dan Sunnah merupakan dua sumber pegangan akidah yang jelas tanpa perlu tafsiran yang pelbagai daripada kalangan ulama. Inilah yang menjadi asas keutuhan umat Islam.
3. Elakkan diri daripada penguasaan hawa nafsu ketika menangani perselisihan pendapat. Mereka perlu menyatakan pendapat berdasarkan hujah ilmu yang disandarkan kepada al-Qur’an dan Sunnah. Kedua-dua pihak perlu mempunyai hujah yang kukuh.
4. Sesi perbincangan ilmiah dalam bentuk dialog dan seminar sebenarnya merupakan antara cara terbaik ketika berdepan dengan isu perselisihan pendapat. Namun, perlu diingatkan bahawa setiap pihak yang berselisih, perlu sedar bahawa perbincangan yang diadakan adalah untuk mencari titik persamaan dan menjauhkan jurang perbezaan. Ia bukan untuk menentukan pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah.
5. Antara adab yang perlu dijaga ketika membincangkan isu khilaf ialah tidak melabel pihak yang tidak sependapat dengan label-label yang buruk. Malah ada dalam kalangan mereka yang berselisih, sanggup melabel pihak lain dengan pelbagai label seperti ‘munafik haraki’, golongan Erdogan dan sebagainya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka lebih baik daripada mereka, dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (QS al-Hujurat : 11)
6. Akhirnya, semua pihak perlu sedar bahawa umat Islam adalah umat yang satu. Disatukan dengan kalimah tauhid yang memperakui keesaan Allah SWT dan kebenaran Rasul-Nya. Maka umat Islam perlu bersikap positif dan profesional ketika berdepan dengan masalah khilaf atau perbezaan pendapat, tidak kira sama ada mereka yang terlibat ini daripada kalangan orang awam mahupun ulama’.
KESIMPULAN :
Apa juga bentuk perpecahan dan punca yang membawa kepadanya perlu dijauhkan kerana perpecahan itu hanya akan melemah dan menghancurkan Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jangan kamu berselisihan kerana itu kamu menjadi lemah, dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah (kerana) Allah bersama orang yang sabar.” (QS al-Anfal : 46) Wallahu a’lam - Bersatu bukan untuk berpecah, berpakat bukan untuk berbalah ! Ukay’s

ULAMA’ vs ULAMA’ (1)

ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 26 Zulkaedah 1435H. ULAMA’ vs ULAMA’ (1)
Pada siri CCUK yang lalu, Ust. Kay pernah membincangkan tajuk Adab Ikhtilaf dan Adab Menegur. (kalau rajin scroll balik dari awal…) Menegur orang yang bersalah adalah betul (walaupun yang bersalah itu Timbalan Presiden atau ulama’ sekalipun). Tetapi sentiasa mencari-cari salah orang, itu tidak betul. Bercakap benar itu betul tapi sentiasa rasa diri benar, itu tidak betul.
PENCERAHAN :
Bila orang kuat sesama orang kuat bergaduh, pastinya kerana ingin menunjukkan dirinya lebih kuat dari pihak lawan. Namun jika ulama’ sesama ulama’ bergaduh, (bukan sekadar berikhtilaf) adakah kerana ingin menunjukkan dirinya lebih ulama’ dari ulama’ sedia ada atau kerana Allah SWT.
Mengapa para alim ulama’ hari ini kerap berselisih pendapat ya? Sengketa dan perselisihan bukan sekadar pada sudut mazhab dan hukum-hukam sahaja, tetapi sudah membawa kepada perbezaan pandangan pada sudut gerak kerja dakwah mahupun sahsiah Islamiyah. Ini yang rugi…
Masalah perselisihan pendapat ulama dalam hukum-hukum cabang (furu’) adalah perkara tabii yang berlaku dari dahulu hingga sekarang. Akan terus berlaku sehingga ke hari kiamat, kerana itu kita usah risau sangat. Hatta di zaman Rasulullah SAW pun sahabat sesama sahabat berselisih pendapat pada perkara-perkara furu’iyyat (cabang-cabang), cuma mereka terus merujuk kepada Rasulullah SAW.
Jawapannya, kerana dua sebab utama. Sebab-sebab umum dan sebab-sebab khusus.
1) Sebab-sebab Umum :
1- Nas-nas syarak (al-Quran dan as-Sunnah), kebanyakannya bersifat umum dan boleh ditafsirkan berbagai-bagai. Membawa kepada kelainan pendapat.
2- Pengetahuan dalam hal ini, tafsir nas berbeza-beza. Ada yang lebih kepada yang kurang.
3- Hadis-hadis pula ada yang bertelagah, dari segi sahih tidaknya dan kadang-kadang ada yang seperti berlawanan maksudnya.
4- Kaedah ‘istinbat’ hukum (mengeluarkan hukum dari ayat) berbeza-beza antara ulama’ dengan ulama’ yang lain
5- Sumber tasriyat berbeza-beza selain daripada al-Quran dan as-Sunnah, ada yang banyak dan ada yang sedikit tambahannya.
6- Persekitaran berbeza dan masalah pula berbeza maka pendapat pun pasti berbeza.
2) Sebab-sebab Khusus :
1- Cenderung kepada aliran nas iaitu amat berpegang dengan nas dan tidak menerima takwilan dan tafsiran yang lain.
2- Cenderung kepada aliran akal, hingga melangkaui kefahaman biasa dan berpegang dengan tafsiran akal semata-mata.
3- Ada ulama melampau dalam pandangan dan amalan (terlalu keras).
4- Ada pula yang terlalu ambil mudah.
5- Amat terikat dengan mazhabnya tidak mahu berubah kepada pendapat mazhab lain yang sepatutnya boleh (rigid)
6- Amat terbuka, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan lain-lain.
Nasihat Ibnu Qainiah dalam kitabnya yang terkenal, al-Fataawa (juzuk 2: halaman 292) bermaksud: ‘Buka Kamu Kutip’. Apa yang dilarang Allah SWT dan Rasul-Nya adalah taksub dan perselisihan hingga berpecah belah. Adapun masalah perselisihan pendapat seperti ada imam yang dirasai pendapatnya lebih baik daripada pendapat imam yang lain atau seorang tok guru, pendapatnya lebih diterima daripada pendapat tok guru lain berdasarkan ijtihad masing-masing.
Sepertimana khilaf mereka pada hukum membaca qunut subuh. Membaca Bismillah nyaring atau perlahan atau tak baca langsung dan seumpamanya. Ini adalah masalah ijtihadiah sahaja. Masing-masing ada hujah, yang betul ijtihadnya dapat dua pahala, yang salah dapat satu pahala. Bolehlah diikut yang mana-mana satu pun…
KESIMPULAN :
Perkara yang betul tetapi dibuat dengan cara yang tidak betul, ia akan jadi tidak betul. (mudah-mudahan ulama’ muda faham) Tetapi perkara yang tidak betul dibuat dengan cara yang betul, ia tetap tidak betul walaupun kelihatan seperti betul. (mudah-mudahan ulama’ veteran pula faham). Wallahu a’lam - Ust. Kay suka ulam mak ! Ukay’s

INCHEON 2014 !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 25 Zulkaedah 1435H. INCHEON 2014 !
Islam menggalakkan umatnya menjadi kuat dan sihat. Baginda Rasulullah SAW bersabda : “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam meletakkan kepentingan bersukan untuk melatih umat Islam dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.
PENCERAHAN :
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Malah orang Islam digalakkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Di dalam Al-Quran ada ayat yang memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah SWT : “Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (QS al-Baqarah : 247)
Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda :
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(HR: Muslim)
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauzi menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.
Dalam Islam sendiri, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi pergerakan psikomotor yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah solat lima waktu sehari semalam, ibadat haji, melawat sesama saudara muslim, pergi dan balik ke masjid, gas (jemaah Tabligh) dan terlibat dalam aktiviti dakwah merupakan aktiviti riadah atau sukan secara tidak langsung.
Antara adab dan panduan untuk orang Islam bersukan ialah:
1) Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan kewajiban agama dan yang lain.
2) Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3) Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru perpaduan dan kasih-sayang.
4) Tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah.
5) Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan ikhtilat, iaitu percampuran bebas lelaki dan perempuan.
6) Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan begitu juga sebaliknya sukan untuk orang perempuan.
7) Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga-lagakan binatang.
8) Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan dan tidak pula jarang.
9) Tidak ada unsur perjudian atau pertaruhan dalam permainan. Contoh, setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
10) Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki sam aada secara langsung atau pun tidak. (Dr Yusuf Qardawi)
KESIMPULAN :
Semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Maksudnya, sukan hendaklah dilaksanakan dengan mengikuti syarat-syaratnya supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Wallahu a’lam - Saya Team Syurga ! Ukay’s

7 GOLONGAN YANG ALLAH NAUNGI DI HARI KIAMAT


We ❤️ الله مُحَمَّد
Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah dengan naungan ‘Arsy-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali hanya naungan-Nya semata.
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh besar dalam beribadah kepada Rabbnya.
3. Seseorang yang hatinya senantiasa terpaut pada masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, dimana keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah.
5. Dan seorang laki-laki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang berkedudukan lagi cantik rupawan, lalu ia mengatakan: “Sungguh aku takut kepada Allah.”
6. Seseorang yang bershodaqoh lalu merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
7. Dan orang yang berdzikir kepada Allah di waktu sunyi, lalu berlinanglah air matanya.”(Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, II/143 – Fat-h, dan Muslim, no. 1031).

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد