-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
01 Desember 2014
08 Safar 1436 (Isnin)
08 Safar 1436 (Isnin)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
HAKIKAT ISTIGHFAR
استغفر الله العظيم
استغفر الله العظيم
استغفر الله العظيم
Ucap Iman apabila melihat cikaro memotong kapcainya dengan berpakaian seksi.
استغفر الله العظيم
استغفر الله العظيم
Ucap Iman apabila melihat cikaro memotong kapcainya dengan berpakaian seksi.
PENCERAHAN
Memohon keampunan Allah (Istighfar) adalah senjata utama bagi Muslim dan Muslimah dalam mengharungi kehidupan dunia ini. Dengan istighfar, manusia boleh menggapai keuntungan abadi duniawi dan ukhrawi.

Dengan istighfar kelapangan hidup duniawi boleh diwujudkan dan keselamatan hidup akhirat boleh digapai. Oleh itu, Saiyidina Ali bin Abi Talib sentiasa memotivasikan kepada para muslimin untuk banyak beristighfar, dia juga memberitahu hakikat istighfar, sebagaimana ucapannya.
“ketahuilah, di bumi ini ada pelindung bencana. Salah satunya sudah diangkat dan tinggal satu lagi. Maka berpegang teguhlah kamu pada yang satu itu. Ketahuilah pelindung yang sudah diangkat itu adalah Rasulullah. Sedangkan pelindung yang lain adalah istighfar sebagaimana yang difirmankan oleh Allah,
وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedangkan kamu berada antara mereka. Kemudian tidak (pula) Allah akan mengazab mereka, sedangkan mereka meminta ampun (istighfar).” (surah al-Anfal : 33)
Istighfar merupakan satu istilah yang terkandung di dalamnya enam makna, iaitu :
1. Menyesali kesalahan atau pernuatan maksiat.
2. Bertekad untuk tidak mengulangi kesalahan atau maksiat itu lagi.
3. Mengembalikan hak orang lain yang pernah diambil, sehingga ketika bertemu dengan Allah, orang itu tidak akan mendapat pertanyaan sangat mendalam.
4. Bertekad melaksanakan kewajipan yang sebelumnya disia-siakan dan berjanji menunaikannya dengan lebih sempurna.
5. Menggantikan daging dan darah yang tumbuh daripada barang yang haram dengan titisan air mata dan penyesalan yang penuh, sehingga kulit bertemu tulang dan kemudian daging yang baru tumbuh kembali.
6. Melatih jasmani agar merasakan manisnya dan nikmatnya menjalankan ketaatan, seperti ketika membiarkan jasad menikmati manisnya maksiat.

Maka fahamilah hakikat istighfar, supaya kamu beroleh kasih dan keampuanan Allah.”
(Mizan al-Hikmah. Karya Muhammad ar-Rayyi asy-Syahri)
(Mizan al-Hikmah. Karya Muhammad ar-Rayyi asy-Syahri)
KESIMPULANNYA
Lazimi kepada diri kita semua dengan kalimah istighfar setiap masa sekurang-kurangnya 70 kali sehari, kerana wajibnya kita senantiasa melakukan dosa kepada Allah, ditambah dengan zaman penuh kemodenan ini yang penuh fitnah dan kezaliman.

"Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah al-Hadid, ayat 20)
Wallahuaklam……
Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Dipanjangkan oleh :
al-Haqir al-Faqir ilallahi Taala
-UMaR Zunnun - 01119934141
al-Haqir al-Faqir ilallahi Taala
-UMaR Zunnun - 01119934141
Tiada ulasan:
Catat Ulasan