السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 15 Safar 1436H. KITA KALAH LAGI…
(Tolong forwardkan CCUK kali ini kepada Tuan Dollah Salleh, kepada semua pemain dan peminat Bola Sepak Malaysia. Awal-awal lagi Ust. Kay nak bagitau, CCUK kali ini memang panjang sebab nak pujuk hati-hati yang luka. Cuma, ‘JANGAN KALAH’ dengan berhenti membacanya sebelum selesai… Bacapun malas, macam mana nak menang?)
Mencari-cari hikmah di sebalik kekalahan kerana redha atau sukar untuk menerima kegagalan? Kemudian selalunya kita akan pujuk hati kita dengan berkata ; “Sebenarnya kita menang dalam kalah.” Atau dengan kata-kata yang lebih klise ; “Kita tetap menang pada semangat walaupun kita kalah pada keputusan.”
Kalah tetap kalah, sudah kalah mengaku sajalah kita kalah! Ust. Kay teringat semangat seorang Motivator berbangsa Cina yang menulis sebuah buku bertajuk ‘Dare To Fail’ (Berani Gagal). Kalau tidak silap Ust. Kay, untuk menunjukkan keberanian beliau itu, beliau sering bertanding dalam pilihanraya umum sebagai Calon Bebas di Bukit Bintang walaupun tak pernah menang. Memang beliau terlalu ‘berani untuk kalah’ sebab tu asyik kalah saja…
PENCERAHAN :
Ramai orang merasa sangat kecewa apabila gagal atau tidak memiliki semangat lagi saat menerima sesuatu kekalahan. Bahkan terkadang kegagalan ini membawa emosi jiwa yang berlarut-larut dan akhirnya membawa kita dalam keadaan depresi dan merasa sangat tidak berguna. Kita lupa, kerana kegagalan itulah yang mungkin akan menjadikan kita sangat berjaya suatu hari nanti. 100 kejayaan yang Allah SWT telah beri tak pernah kita kenang berbanding hanya 1 atau 2 ujian kegagalan yang sangat kita kesali. Adilkah?

Inilah yang dinamakan dinamika kehidupan. Di mana terkadang kekalahan itu juga memiliki makna yang dalam :
1. Dengan kekalahan, kita diterpa untuk lebih berusaha.
2. Dengan kekalahan, kita dipaksa untuk membuka mata kita terhadap punca kemenangan orang lain.
3. Dengan kekalahan, kita belajar untuk menerima dan bersikap rendah hati.
4. Dengan kekalahan, kita diharapkan bangkit semula.
5. Dengan kekalahan, kita dapat memuhasabah diri nilai kekuatan dan kelemahan diri.

Hidup ini begitu indah, terlalu rugi sekiranya banyak waktu yang terbuang apabila hanya kekalahan dan kegagalan saja yang difikirkan. Banyak hal dalam hidup ini yang masih boleh kita capai. Mentari yang akan datang, pasti akan bersinar lebih indah bila kita tetap dengan semangat baru untuk bangkit dari setiap kekalahan ini.
Kegagalan adalah fitrah insani. Kenangi semula awal penghidupan kita sebagai seorang manusia. Budak kecil yang bermula dari tidak tahu apa-apa, tidak pandai berjalan, berlari. Langkah pertamanya adalah dengan mengesot, merangkak dan kemudian bertatih dan selalu terjatuh. Semasa ia kenal untuk berjalan ia mencuba bangun perlahan-lahan dan kadang-kadang terduduk sehinggalah ia tidak berputus asa untuk mencuba berkali-kali sehingga boleh berjalan betul dan berlari.
Lihat sirah Rasulullah SAW berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam. Tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah. Padahal di peringkat permulaan dakwah baginda hanya terdapat ramai orang yang miskin dan hamba abdi yang lemah. Tetap juga baginda tetap meneruskan tugasnya dengan penuh amanah walaupun tahu di hadapannya banyak sekali kesusahan yang bakal diterimanya. Kerana ia tahu Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Begitu juga dalam setiap peperangan, sememangnya akan berlaku menang dan kalah. Tetapi kita lihat kepada semangat jihad para pejuang Islam yang ikhlas mereka mengatakan ; “Sama ada syahid atau menang!” Kekalahan adalah sebagai satu motivasi untuk membangkitkan semangat. Dan hasilnya, ketika itu Islam gemilang sehingga menguasai 2/3 dunia.
Mungkin kita boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alvi Edison, telah mencuba sehingga 1,000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan dia berbangga kerana di dalam percubaan (dibaca kegagalan), beliau berkata : “Aku bukan gagal, tetapi aku telah menjumpai 999 sebab yang menjadikan ia tidak menyala!”
Sekali gagal, atau berkali-kali gagal bukanlah menunjukkan kita telah gagal selama-lamanya. Kerana kejayaan itu diukur dengan usaha kita bangun dari kegagalan. Orang yang gagal yang sebenarnya adalah orang yang tidak mahu berusaha, yang tidak mampu bangkit dari kekalahan. (ayat-ayat skema!)
Kata Pak Hamka : “Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua”. Allah berfirman :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (QS. Ali Imran: 200)
Ambillah ‘ibrah dari Perang Uhud. Maka kita tidak boleh lari daripada membicarakan hikmah besar di sebalik kekalahan umat Islam dalam peperangan tersebut. Sebelum itu, kita mungkin kesal, marah apabila kemenangan yang hampir-hampir dapat digenggam akhirnya terlepas. Ia akibat sikap gelojoh terhadap harta rampasan perang telah menyebabkan tercatat satu luka besar pada sejarah - ‘Kekalahan umat Islam’.
Namun seperti yang diketahui, semua yang berlaku itu ada hikmah-hikmah besar yang tersembunyi. Kekecewaan yang menyelubungi di kalangan umat Islam akibat kalah dalam perang tersebut dapat ‘dipujuk’ dengan turunnya ayat-ayat MOTIVASI hebat dari al-Quran yang tidak sahaja indah pada bahasa tetapi memberi keinsafan dan kesedaran apabila kita menghayatinya selain kita kembali kuat untuk tidak lagi berkeluh kesah akibat kekalahan yang lalu :
MOTIVASI 1. “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (QS. Ali-Imran: 139)
MOTIVASI 2. “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (QS. Ali-Imran: 140)
Hebatnya Allah dalam mengembalikan semula semangat para pejuang Islam. Walaupun umat Islam di Madinah ketika itu dicerca dan dihina oleh para musuh ekoran kekalahan mereka di Perang Uhud, amat luar biasa apabila semua itu tidak menjadi kudis sedikitpun kepada mereka. Subhanallah…!
KESIMPULAN :
Tidak akan ada istilah GAGAL atau KALAH dalam perbendaharaan kata kita jika kita asyik berjaya atau menang sahaja. Perkataan itu diwujudkan untuk menyatakan bahawa hakikat KEGAGALAN dan KEKALAHAN memang ada. Wallahu a’lam - Ayuh bangkitlah wahai HARIMAU MALAYA ! Belang mu masih ada… jangan biarkan musuh mu main-mainkan ‘gigi taring’ mu yang semakin tumpul itu. Tak dapat gigit, ‘kemam’ je lah biar dia geli sampai kalah. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Sedia menerima undangan ceramah keseluruh negara untuk ‘Jelajah Bedah Buku CCUK’ Tel: 0192319872

Tiada ulasan:
Catat Ulasan