السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 29 Muharram 1436H. MESYUARAT YANG BUKAN MESYUARAT…
Setiap perkara sebaik-baiknya dilakukan secara berjemaah/ijtimai’ dan ianya lebih baik dari berseorangan dan dikhuatiri anda akan mudah dikuasai nafsu dalam membuat keputusan. Merasakan setiap apa yang difikir dan dibuat semuanya betul…
PENCERAHAN :
Pada CCUK yang lalu, Ust. Kay pernah menyentuh tentang adab-adab bermesyuarat. Ini adalah kerana, setiap perkara ada perkadarannya dan mempunyai adab serta tertib-tertibnya. Untuk melaksanakan mesyuarat pun pastinya kita hendaklah patuh dan taat pada setiap perkara yang diputuskan dalam setiap mesyuarat. CCUK kali ini, adalah sambungan pentasyrihannya.
Pada CCUK yang lalu, Ust. Kay pernah menyentuh tentang adab-adab bermesyuarat. Ini adalah kerana, setiap perkara ada perkadarannya dan mempunyai adab serta tertib-tertibnya. Untuk melaksanakan mesyuarat pun pastinya kita hendaklah patuh dan taat pada setiap perkara yang diputuskan dalam setiap mesyuarat. CCUK kali ini, adalah sambungan pentasyrihannya.
Islam sangat menganjurkan dalam kehidupan ini mengadakan syura. Melalui syura, banyak masalah dapat diselesaikan. Di antara nas-nas Al Quran dan Hadis yang menganjurkan syura ini. Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Urusan mereka itu (orang Islam) adalah bermesyuarat sesama mereka” (QS As-Syura: 38)
Paling tidak oleh dua orang atau lebih. Ia berlaku dua hala. Setiap orang yang bermesyuarat itu mengeluarkan fikiran kemudian dipertimbangkan bersama mana pendapat yang benar atau kuat atau tepat atau lebih munasabah atau mendekati kebenaran maka ia hendaklah diterima bersama. Sama ada keputusan itu hendak jadi tindakan bersama atau untuk jadi tindakan seseorang atau satu kumpulan. Jadi mesyuarat itu harus berlaku dua hala atau lebih, kalau satu pihak, itu bukan mesyuarat… itu autokrat !
Namun, bukan semua perkara boleh dimesyuaratkan. Adakalanya perkara tersebut hanya perlu laksanakan sahaja. Tak boleh pinda, ubah apatah lagi membuangnya. Antaranya ialah :
1. Hukum-hakam yang qati’e seperti solat itu wajib, puasa wajib, meninggalkan arak wajib, menutup aurat wajib, Hudud itu wajib dan seumpamanya. Ini tidak boleh dibatalkan oleh mesyuarat. Ini sudah keputusan Allah.
2. Satu perkara yang telah diarahkan oleh ketua sama ada ketua jamaah yang jelas menurut Syariat Allah dan tidak memudaratkan jamaah.
3. Satu keputusan yang sudah diambil dalam keluarga, jamaah atau negara hasil dari syura, yang mana ia memang boleh dimesyuaratkan, maka ahli tidak boleh membuat mesyuarat lain untuk menolaknya. Ini berdasarkan firman Allah:
2. Satu perkara yang telah diarahkan oleh ketua sama ada ketua jamaah yang jelas menurut Syariat Allah dan tidak memudaratkan jamaah.
3. Satu keputusan yang sudah diambil dalam keluarga, jamaah atau negara hasil dari syura, yang mana ia memang boleh dimesyuaratkan, maka ahli tidak boleh membuat mesyuarat lain untuk menolaknya. Ini berdasarkan firman Allah:
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين
"… Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (QS Ali Imran : 159)
Keputusan tadi yang dibenarkan syariat, jangan diungkaikan lagi oleh satu mesyuarat lain. Teruslah laksanakan dan bertawakal sahaja kepada Allah. Masalah besar akan berlaku bila tak ikut sunnah dalam bermesyuarat.
Baru sebentar tadi Ust. Kay ada berdiskusi ilmu dengan Cikgu Zamri, Nazir Masjid Simpang Ampat, Permatang Buloh, Pulau Pinang selepas berkuliah Subuh di sana. Sambil dibelanja makan roti canai dua keping. Kata beliau; “Ada di antara kita, dahlah tidak hadir mesyuarat, mempertikai dan menolak pula keputusan mesyuarat yang telah dibuat. Kalau kita bermesyuarat dengan orang yang ‘Belum Islam’, jika terus begini akan memberi imej yang tak baik bukan pada orang itu sahaja malah pada Islam itu sendiri.”
Setiap orang hendaklah hatinya merasa takut kepada Allah kerana kalau-kalau segala yang dibincangkan tidak tepat atau tidak selaras dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Hendaklah setiap orang memasang niat agar kebenaran itu datang daripada orang lain bukan dari dirinya sendiri agar terlepas dari sifat-sifat riyak, bermegah-megah atau ujub.
Kemudiannya taat dengan apa sahaja keputusan mesyuarat yang tidak maksiat. Asbab taat kepada keputusan jamaah, Allah Taala akan permudahkan semua urusan, insya Allah! Bukan taat kepada keputusan seorang ketua, kerana seorang ketua belum tentu betul ! Bagi mereka yang syornya diterima, mereka hendaklah beristighfar kerana bimbang syornya apabila dilaksanakan akan menimbulkan asbab keburukan. Bagi mereka yang syornya tidak diterima, mereka hendaklah mengucapkan ‘Alhamdulillah’ kerana syornya ditolak dan tidak menimbulkan asbab keburukan (jika dilaksanakan).
Tiada mesyuarat sebelum mesyuarat (yakni mengkhianati mesyuarat) dan tiada mesyuarat selepas mesyuarat (yakni tidak taat keputusan mesyuarat). Kedua-duanya gugur dari perhatian Allah Taala. Wajib hadir mesyuarat jika tiada keuzuran, sekiranya kehadiran kita sangat diperlukan untuk memutuskan sesuatu perkara. Boleh hantar wakil atau ‘proxy’, tapi bila keputusan telah dibuat kena akur, kena terima…
Kemudiannya dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah Taala. Tertib dalam Islam berlawanan sama sekali dengan apa yang kita ketahui atau belajar selama ini melalui acuan Barat. Kebiasaannya kita akan melobi terlebih dahulu sebelum dan selepas mesyuarat dan mesyuarat cuma tinggal sebagai formaliti. Mesyuarat hanya untuk ‘endorse’ sahaja keputusan yang telah pun dibuat sebelum mesyuarat. Ini semua kerja yang bertentangan dengan Islam.
KESIMPULAN :
Asbab melaksanakan tertib mesyuarat berlandaskan Sunnah ini, Allah Taala memberikan rahmat ke sekalian alam dan asbab kemenangan. Wallahu a’lam - Rahmat Allah SWT terselindung di sebalik Sunnah Nabi SAW, yakinlah…Ukay’s (KEPALA BATAS, PP)
Asbab melaksanakan tertib mesyuarat berlandaskan Sunnah ini, Allah Taala memberikan rahmat ke sekalian alam dan asbab kemenangan. Wallahu a’lam - Rahmat Allah SWT terselindung di sebalik Sunnah Nabi SAW, yakinlah…Ukay’s (KEPALA BATAS, PP)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan