السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 2 Safar 1436H. HARTA HALAL YANG HARAM (2)
Alhamdulillah… Ust. Kay telah mendapat respon yang bukan sedikit berkaitan tajuk CCUK semalam. Ramai yang ingin penjelasan lanjut berkaitan harta pusaka termasuklah kaitannya dengan harta sepencarian. Dalam ruangan yang terbatas ini, Ust. Kay akan cuba sampaikan pencerahan dalam bentuk yang ‘simple’ sahaja. Selebihnya anda haruslah pergi ke Mahkamah Syariah atau Pejabat Agama berhampiran. Supaya lebih cerah lagi…
PENCERAHAN :
Wasiat orang ‘belum’ Islam akan mengikat ahli waris untuk membuat pembahagian harta peninggalan si mati. Manakala wasiat orang Islam tidak mengikat sepenuhnya waris untuk membuat pembahagian sebagaimana di dalam wasiat itu. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut :

Bapa: 1/6 daripada nilai harta si mati
Ibu: 1/6 daripada nilai harta si mati
Isteri: 1/8 dariapada nilai harta si mati
Suami: 1/4 daripada nilai harta si mati
Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.
A) Untuk komposisi waris simati yang SUDAH BERKELUARGA:
1. Bapa si mati: 1/6
2. Ibu si mati: 1/6
3. Isteri: 1/8 atau Suami: 1/4. (Mana-mana yang masih hidup)
4. Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
5. Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

B) Untuk komposisi waris simati yang BUJANG:
1. Ibu: 1/6
2. Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)
1. Ibu: 1/6
2. Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)
C) Untuk komposisi waris simati yang dah BERKELUARGA TAPI TIADA ANAK:
1. Suami: 1/2 atau isteri : 1/4 (Mana-mana yang masih hidup)
2. Ibu: 1/6
3. Bapa: Mendapat semua baki harta
1. Suami: 1/2 atau isteri : 1/4 (Mana-mana yang masih hidup)
2. Ibu: 1/6
3. Bapa: Mendapat semua baki harta
D) Untuk komposisi waris simati yang dah BERKELUARGA TAPI TIADA IBU BAPA:
1. Suami: 1/4 atau isteri: 1/8 (Mana-mana yang masih hidup)
2. Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
3. Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

E) Untuk komposisi waris simati yang masih BUJANG DAN TIADA IBU BAPA:
1. Adik-beradik Lelaki: 2/3 daripada harta.
2. Adik-beradik Perempuan: 1/3 daripada harta.
Sementara itu, tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat sahaja. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam, maka ia diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam. Dalam Al-Quran ada menyebut :
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan” (QS An-Nisa’ : 32 )

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan. Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai ; ‘Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.’
Menurut Seksyen 2 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pula, memberi takrifan; ‘Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, hukum syarak yang dimaksudkan disini ialah mengikut Mazhab Syafie atau Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali.’
Ia melibatkan sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung, yang dimaksudkan dengan sumbangan tidak langsung ini ialah sumbangan yang tidak dapat dilihat secara hakiki seperti ketaatan isteri menguruskan rumah tangga. Tidak semestinya dalam bentuk pembelian harta secara berkongsi seperti rumah atau kereta.
Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak kepada harta sepencarian walau pun dia tidak berkerja. Ini bermakna seseorang isteri yang menjadi ‘Full Time Housewife’ tetap berhak mendapat sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan mereka.
Para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai ‘Mata’ al-Bayt’ iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai ‘Mal al-Zawjayn’ yang bermaksud harta suami isteri.
Harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf dan maslahah setempat dan ia mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak. Untuk lebih jelas, Ust. Kay bahagikan kepada dua definisi, iaitu :
1) Definisi Umum : Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.
2) Definisi Syarak : Ia ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
KESIMPULAN :
Ust. Kay yakin kita berkahwin bukan kerana harta dan kita berkahwin bukan untuk bercerai. Namun sekiranya telah berlaku kematian dan perceraian, harta pusaka dan harta sepencarian eloklah diselesaikan sebaik mungkin mengikut hukum syarak. Wallahu a’lam - Kita berkahwin mengikut syarak, ambil hak harta pusaka dan tuntut harta sepencarian kena ikut hukum syarak jugalah…Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan