السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 16 Safar 1436H. HOSPITAL PECAH TANAH !
Semalam Ust. Kay ada appointment dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh berkaitan masalah usus perut. Mencari parkir kereta sahaja hampir satu jam. Di hospital pula penuh sesak dengan orang sakit. Teringat pula Ust. Kay dengan kata-kata seorang menteri dari Daerah Kuala Selangor (ketika itu) menjelang setiap kali Pilihan Raya Umum, akan dibuka ‘Hospital Baharu’. Pecah tanah pun dilakukan, ramai yang percaya dan mengundi menteri itu balik untuk kesekian kalinya.
PENCERAHAN :
Ust. Kay tak salahkan menteri tu 100%. Sebab realitinya orang kita memang suka ditipu. Malah rasa seronok dan gembira ditipu, bukannya marah. Contoh, tonton sinetron Indonesia atau filem-filem Hindustan sehingga menangis-nangis walhal tahu itu hanya lakonan semata-mata.
Ust. Kay tak salahkan menteri tu 100%. Sebab realitinya orang kita memang suka ditipu. Malah rasa seronok dan gembira ditipu, bukannya marah. Contoh, tonton sinetron Indonesia atau filem-filem Hindustan sehingga menangis-nangis walhal tahu itu hanya lakonan semata-mata.
Bila orang kata wajahnya cantik atau tampan pasti suka berbanding secara jujur dikatakan wajahnya banyak jerawat dan jeragat. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini kebanyakan orang terpaksa hidup dalam kepura-puraan. Kononnya kerana untuk jaga hati kawan, isteri, malah pemimpin mereka terpaksa berbohong dalam istilah yang menghalalkan tindakan tersebut dan dinamakan “Bohong Sunat.”
Kalau dalam keluarga, kadang-kadang si anak meminta dibelikan sesuatu dari ayah yang perkara itu tidaklah mustahak sangat. Namun si ayah tidak menolak permintaan itu, sebaliknya berkata si ayah, “Ayah akan belikan nanti ya !.” Jawab si ayah sekadar berniat menghentikan rengekan anaknya itu.
“Malam ni jemput ke rumah, saya buat kenduri arwah sedikit,” Kata seorang penduduk di sebuah taman perumahan. “Tengoklah kalau saya sempat balik, sebab ada kerja di luar hari ini,” Jawab jirannya. Sebenarnya cakap-cakap seperti di atas bagi orang Melayu ialah “Bohong Sunat” atau “Cakap Berlapik”. Confirm jirannya itu tidak akan datang pada malam tersebut ! Ia sama dengan kalimah “Insya Allah” bagi orang Melayu.
Berdasarkan konsep sunat itulah sebahagian besar masyarakat Melayu menggunakannya secara berleluasa. Persoalannya, benarkah wujud “Bohong Sunat” dalam Islam? Kalau bohong pada dasarnya haram bagaimana pula boleh jadi sunat? Kalau begitu tentu ada juga Bohong Harus, Bohong Makruh kalaupun tak Bohong Wajib ! Jelasnya istilah tersebut tidak tepat pada konsep yang sebenarnya.
Kesan pembohongan itu tetap akan diambil kira oleh Allah SWT. Maka jika natijahnya mendorong kepada keburukan maka seseorang yang berbohong itu tetap berdosa. Sebaliknya jika kesannya menjurus ke arah kebaikan, pasti dia akan beroleh pahala pula. Insya Allah…
Secara asasnya, Islam melarang perbuatan bohong, akan tetapi, terdapat beberapa situasi yang dibenarkan untuk kita berbohong. Hal-hal yang darurat, mendamaikan dua orang yang sedang bergaduh, menyelamatkan orang daripada dizalimi dan situasi-situasi yang mendesak sehingga tidak dapat dielakkan untuk berbohong. Baginda SAW bersabda :
لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ، وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا» قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ: الْحَرْبُ، وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا
“Orang yang mendamaikan diantara manusia (yang bertelagah) bukanlah pembohong, dia menyampaikan yang baik-baik dan berkata yang baik-baik”
Berkata Ibn Syihab ; ”Aku tidak mendengar Rasulullah SAW mengharuskan manusia berbohong dalam tutur katanya melainkan dalam tiga perkara : Dalam peperangan, mendamaikan manusia yang bergaduh, kata-kata (pujian) suami kepada isteri dan isteri kepada suami .” (HR : Muslim)
Oleh itu, memang terdapatnya bohong yang diharuskan oleh Islam dalam beberapa perkara seperti yang disebutkan di dalam hadis yang saya nukilkan diatas iaitu ;
1) Berbohong di dalam peperangan, taktik dan muslihat harus digunakan untuk menjatuhkan semangat pihak musuh, menjadikan pihak musuh lemah untuk mara melawan. Namun, hal ini tidaklah boleh digunakan didalam kancah politik, berbohong untuk menjatuhkan maruah pihak lawan, demi meraih undi dan sokongan rakyat. Ia sama sekali tidak termasuk dalam keharusan yang diizinkan oleh Rasulullah SAW
2) Mendamaikan dua pihak yang bertelagah, diharuskan untuk orang tengah yang mendamaikan dua pihak yang bergaduh berbohong agar mereka berdamai dan kembali sayang menyayangi. Juga termasuk didalam bahagian ini, untuk menyelamatkan seseorang daripada dizalimi. Contoh, menyelamatkan seseorang yang bersembunyi daripada dikejar oleh orang yang hendak membunuhnya.
3) Kata-kata yang menyeronokkan pasangan suami isteri, seperti si suami berkata pada isterinya, ”Sedapnya masakan awak..” atau si isteri berkata pada suaminya, ”Abang lah lelaki paling gagah didunia.”
KECUALI, baginda SAW sangat melarang kita berdusta atas namanya untuk tujuan apa sekalipun dengan Hadis Palsu. Walaupun niat orang tersebut baik, untuk menggalakkan manusia melaksanakan amalan soleh dan kebaikan, atau mencegah manusia dari melakukan maksiat, ia tetap juga sama sekali dilarang. Kata baginda SAW :
لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ
“Janganlah kamu berbohong keatas ku, sesungguhnya, sesiapa yang berbohong keatas ku, masuklah dia kedalam neraka” (HR : Bukhari)
KESIMPULAN :
Tak sabar nak melihat ‘Hospital Pecah Tanah’ tu benar-benar berdiri megah, jiran itu benar-benar pergi kenduri di lain kali dan si ayah belikan si anak apa yang dihajatinya bila sudah berkemampuan suatu hari nanti. Wallahu a’lam - Pernah ‘bohong sudah sunat’ untuk mendapat saff orang dewasa. Ukay’s (UST. HAJI KAMIL SIDEK. Sedia menerima undangan ceramah keseluruh negara bersama Buku CCUK. Tel: 0192319872)
Tak sabar nak melihat ‘Hospital Pecah Tanah’ tu benar-benar berdiri megah, jiran itu benar-benar pergi kenduri di lain kali dan si ayah belikan si anak apa yang dihajatinya bila sudah berkemampuan suatu hari nanti. Wallahu a’lam - Pernah ‘bohong sudah sunat’ untuk mendapat saff orang dewasa. Ukay’s (UST. HAJI KAMIL SIDEK. Sedia menerima undangan ceramah keseluruh negara bersama Buku CCUK. Tel: 0192319872)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan