السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 12 Safar 1436H. KIAMAT SEBELUM KIAMAT JUMAAT !
Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu:
1) Nabi Adam a.s dijadikan
2) Nabi Adam a.s dimasukkan ke Syurga
3) Nabi Adam a.s dikeluarkan dari Syurga
4) Nabi Adam a.s diwafatkan
5) Terdapat satu masa doa sangat makbul
6) Berlakunya hari Kiamat.
PENCERAHAN :
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR: Muslim)

(JANGAN TERLEPAS PELUANG UNTUK MEMILIKI BUKU YANG TERHANGAT DI PASARAN, CUIT-CUIT USTAZ KAY’S. KINI ADA DIJUAL DI SEMUA KEDAI-KEDAI BUKU BESAR BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA)
Penghulu segala bulan ialah Bulan Ramadan, penghulu segala hari ialah Hari Jumaat. Allah telah memilih hari Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam lebih dahulu urutannya daripada orang Yahudi yang memilih hari Sabtu dan orang Nasrani memilih hari Ahad sedangkan mereka lebih dahulu diutuskan ke dunia. Jadi umat Yahudi dan Nasrani telah terkemudian sebenarnya. Tapi sayangnya…
Merekalah yang lebih memuliakan hari mulia mereka berbanding kita. Bahkan sehingga kita pula yang terikut-ikut mereka. Tahun Baru ikut Tahun Baru mereka… hari cuti pun ikut Sabtu dan Ahad seperti mereka. Sedangkan itu adalah hari cuti untuk memudahkan mereka pergi ke tempat peribadatan mereka seperti Biara Yahudi pada hari Sabtu dan ke Gereja Kristian pada hari Ahad. Kita? Ada aduan dari mereka yang bekerja di syarikat-syarikat yang dimiliki oleh non muslim yang tidak membenarkan orang Islam melaksanakan Solat Fardu Jumaat…ِ
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Allah SWT telah menyesatkan tentang hari Jumaat umat-umat terdahulu sebelum kita, orang Yahudi telah memilih hari Sabtu sementara orang Nasrani memilih hari Ahad. Mereka mengikut kita pada hari Kiamat. Kita umat terakhir di dunia tetapi umat terawal dihisab sebelum makhluk lain.” (HR: Muslim dan Ibnu Majah)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنْ الْحَقِّ فَهَذَا يَوْمُهُمْ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ قَالَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا وَغَدًا لِلْيَهُودِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى
Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Kita adalah umat yg terakhir, tetapi umat yang terdahulu pada hari kiamat. Kita adalah umat yang paling awal masuk ke Syurga, sedangkan mereka telah menerima kitab sebelum kita, kita diberikan kitab selepas mereka, mereka telah berbalah. Allah telah memberi hidayah kepada kita tentang perkara yang mereka perselisihkan. Inilah hari di mana mereka berselisih tentangnya. Allah telah memberi hidayah kepada kita. Hari Jumaat adalah hari (kebesaran) kita, esok (Sabtu) hari kebesaran Yahudi dan lusa (Ahad) hari kebesaran Nasrani (Kristian).” (HR: Muslim)
KESIMPULAN :
Kita sebenarnya telah kiamat sebelum Kiamat yang sebenar. Kita telah mengikut mereka ‘sejengkal demi sejengkal’. Dari cara berhibur, cara berfesyen, cara makan, cara tidur, cara berhari raya…Krismas merekapun kita sibuk nak sambut, cara berkahwin, malah sehingga urusan kematian di tanah perkuburan pun kita hampir-hampir mengikut cara mereka… Hitaaaaaam belaka. Wallahu a’lam - Untuk lebih jelas, baca Buku CCUK yang telah terbit ada tajuk Tasyabbuh ! Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan