السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Selasa 2 Disember 2014).
(Selasa 2 Disember 2014).
6 GOLONGAN MANUSIA YANG LALAI DALAM AL-QUR’AN.
LALAI dalam bahasa Arab nya adalah GHAAFIL yang jamak nya GHAAFILIIN atau GHAAFILUUN iaitu orang yang melupakan ayat-ayat Allah berupa perintah dan larangan, serta janji dan ancaman-Nya, yajg nanti di akhirat akan di pertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT.
Orang-orang yang lalai adalah orang yang lupa bahawasanya kehidupan dunia hanya bersifat sementara. Dan melupakan akhirat yang kekal abadi. Mereka hidup dalam gelumang kemewahan dengan melupakan Allah SWT. Memperturutkan hawa nafsu dunia secara membuta tuli.
Adapun faktor penyebab utama kelalaian manusia yang diterangkan dalam al-Qur’an, adalah:
1. Tidak Mensyukuri Nikmat Allah SWT Yang Diberikan.
Begitu banyak nikmat Allah SWT yang diberikan kepada hambanya yang tidak akan mampu dinilai dengan bentuk materi sebanyak apapun. Tapi kebanyakan mereka lalai dengan nikmat tersebut. Dan al-Qur’an menggambarkan kelalaian manusia dalam mensyukuri nikmat Allah SWT seperti BINATANG TERNAKAN. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 179:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Ertinya:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang LALAI”.

2. Suka Mengikuti Hawa Nafsu.
Manusia yang lalai adalah manusia yang suka Memperturutkan dan melampiaskan hawa nafsu dalam kehidupan yang terkadang dilakukan dengan tidak berfikir panjang akibat yang akan berlaku. Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Kahfi, ayat 28:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Ertinya:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya LALAI daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

3. Menilai Dunia Hanya Pada Luaran Sahaja Dengan Melupakan Kehidupan Akhirat.
Ramai manusia yang tertipu dengan kehidupan dunia dengan melalaikan kehidupan yang sebenar nanti di akhirat. Dan mereka hanya mengetahui kehidupan dunia sebagai matlamat untuk mendapatkan kesenangan dan segala apa yang di inginkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ruum, ayat 7:
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Ertinya:
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat serta lalai hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”.
“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat serta lalai hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”.
4. Mereka Yang Menempuh Jalan Kesesatan Dengan Mendustakan Kebenaran Ayat-Ayat Allah SWT.
Orang yang lalai adalah mereka yang sombong dengan mendustakan ayat-ayat Allah SWT serta menempuh jalan yang sesat dan tidak mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan Islam yang di redhoi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 146:
سَأَصْرِفُ عَنْ
آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa LALAI daripadanya”.

5. Mengikut Gaya hidup Orang-orang Kafir.
Satu trend hidup umat Islam sekarang iaitu dengan mengikut gaya hidup orang-orang kafir yang jelas-jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya dengan menjadikan dunia ini sebagai matlamat dalam hidup mereka dari pakaiannya, pergaulannya dan tata cara hidupnya. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nahl, ayat 107:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Ertinya:
“(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat)”.

6. Manusia Yang Tidak Mengingati Allah SWT.
Bentuk kelalaian manusia dalam kehidupan adalah dengan melupakan Allah SWT, dengan tidak mengingati-Nya dalam semua aspek kehidupan dan semua waktu dalam menjalani kehidupan. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-A’raf, ayat 205:
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Ertinya:
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi golongan orang-orang yang LALAI”.

Wahai saudaraku sekalian. Janganlah dunia dan segala isinya menggelapkan mata kita untuk mengingati Allah SWT. Dengan menyibukkan diri kepada dunia dengan melupakan diri untuk mengingat Allah SWT yang telah memberikan berbagai macam nikmat dunia kepada kita.
Ya Allah jadikan dunia dan segala isinya untuk dapat mendekatkan diri kami pada jalan-Mu. Jauhkan kami dari kesibukan dunia yang akan melupakan-Mu. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam perlindungan-Mu serta keredhoan-Mu. Aamiinn !!!!
Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan sesama SAUDARA.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Sila kongsikan ILMU dengan sesama SAUDARA.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Selasa 9 Safar 1436 H).
(Shah Alam, Selasa 9 Safar 1436 H).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan