السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 4 Safar 1436H. CHECK & COUNT
Berkata Saidina Umar al-Khattab r.a :
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.” (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.” (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).
PENCERAHAN :
Muhasabah diri antara ciri-ciri Insan Rabbani yang digariskan oleh Al-Imam Hujjatul Islam Imam Ghazali rhm. Selain daripada Musyaratah, Muraqabah, Muatabah, Mu’aqabah dan Mujadalah. Syeikh Ahmad Zarruq berkata :

"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas." (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).
Tanpa muhasabah, maka seseorang itu akan sentiasa merasakan diri sentiasa benar dan tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu, bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kelemahan diri sebelum diri kita tak dapat lagi memperbaikinya iaitu bila di Padang Mahsyar.
Cuba kita bayangkan, Allah SWT memberitahu kita bahawa kita hanya ada beberapa kesempatan waktu sahaja yang tinggal. Telah diberitahu ‘by hook or by crook’ nyawa kita akan dicabut. Rasanya ketika itu, jika kita berpeluang untuk berucap, ucapan kita hanya perkara yang baik-baik, Jika kita berpeluang untuk mendengar, kita akan mendengar perkara yg baik-baik, Jika masih berpeluang untuk menulis, kita akan tulis sesuatu yg berfaedah sahaja dan jika kita berpeluang untuk membaca, kita akan baca tazkirah-tazkirah seperti CCUK yang selama ini malas untuk kita membacanya… itu “Andai Ku Tahu !”
Setiap ilmu ada amalannya. Setiap perkara ada sebabnya. Setiap persoalan ada jawapannya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kesulitan ada kemudahannya. Setiap kesenangan ada rahmatnya. Setiap kehidupan ada ujian dan setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya. Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit.
Hati itu indah jika disulami dengan keimanan tetapi hati itu akan kotor jika tersimpan dengan kedengkian. Hati itu cantik jika teradun dengan kesopanan tetapi hati itu akan busuk jika terpendam dengan kebencian. Hati itu tenang jika di hiasi dengan kesyukuran dan hati itu akan bahagia jika di tanam dengan ketaqwaan. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging…
Imam Hassan Al-Basri berkata :
1. Aku yakin bahawa rezekiku tidak tertukar, kerana itu hatiku tenang.
2. Aku yakin amalku tidak mungkin digantikan oleh yang lain, kerana itu aku bersemangat untuk beribadah.
3. Aku yakin bahawa Allah sentiasa mengawasiku, kerana itu aku malu bermaksiat.
4. Aku yakin bahawa mati selalu mengingatiku, kerana itu aku selalu siap menghadapinya.

Orang bijak ada berkata : “Bila seseorang sudah berubah kearah kebaikan, Jangan di ungkit kisah silamnya… Kita tidak pernah tahu betapa susahnya dia cuba melupakan kisah silamnya itu.” Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.
(DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY’S DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA)
KESIMPULAN :
Ingatlah selalu hal yang membezakan seorang yang mulia dengan seorang yang bodoh ialah : Orang bijak selalu menyalahkan dirinya sendiri, tetapi orang bodoh akan menyalahkan diri orang lain. Orang yang hanya mencari aib orang lain, akan lupa keaiban diri sendiri. Wallahu a’lam - Nama sahaja ‘Kamil a.k.a Mr. Perfect’ tapi tak sesempurna manapun… Ukay’s (UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan