Isnin, 1 Disember 2014

NASIHAT DAN PERINGATAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 3 Safar 1436H. NASIHAT DAN PERINGATAN
Budaya nasihat-menasihati sepatutnya menjadi budaya kaum mukmin. Setelah beriman, beramal soleh, kaum mukmin diperintahkan saling memberi nasihat, saling berwasiat, sehingga mereka pun menjadi orang yang beruntung di dunia dan di akhirat.
PENCERAHAN :
Nasihat adalah untuk mengajak melakukan kebajikan dan melarang atau mencegah kemungkaran (amar ma’ruf nahi munkar). Firman Allah SWT : ”Dan, hendaklah ada dari antara kamu segolongan umat yang berseru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar. Dan, merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS Ali Imran: 104)
Nasihat itu menghidupkan hati, membangun kesedaran, mencegah kekhilafan. Sebab itu, Baginda Rasulullah SAW memerintahkan budaya saling menasihati ini disuburkan dalam masyarakat Islam. Sabda SAW :
“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat.” (HR : Bukhari).
Salah satu tiang tegaknya agama adalah nasihat. Tanpa saling menasihati antara umat Islam, maka agama tidak akan tegak dengan sempurna. Sabda Nabi SAW :
“Agama adalah nasihat bagi Allah, bagi Rasul-Nya, untuk para pemimpin umat Islam dan untuk para orang awamnya.” (HR. Bukhari).
Atas sebab ini lah Ust. Kay menulis Buku Cuit-cuit Ustaz Kay’s (CCUK). Sekurang-kurangnya dapat menasihati diri yang dhaif dan fakir ilmu ini. Dapat dijadikan panduan untuk kita semua untuk dijadikan bahan Tazkirah untuk diri, anak-anak, keluarga dan sahabat-sahabat kita. Antara 100 tajuk dalam buku CCUK Edisi Pertama yang sudahpun terbit ini adalah :-
1. Tawakal - Pengertian, sifat-sifat tawakal.
2. Ilmul Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin - Pengertian, contoh.
3. Laduni & Kasyaf - Pengertian, alat dan sumber.
4. Tahassus & Tajassus - Pengertian, bahagian
5. Husnu Zan vs Su’uz Zan - Pengertian, ciri-ciri.
6. Ta’addud (Poligami) - Polimik dan konflik.
7. Sabar Dan Jenis-jenisnya - Sabar yang wajib, sunat, harus, makruh dan sabar yang haram.
8. Redha vs Mengeluh - Cara dan adab.
9. Panduan Al-Quran Memilih Pemimpin - Ciri-ciri dan syarat.
10. ‘Arraf & Kahin - Pengertian, transformasi kedua-duanya.
11. Al-Mafqud (Orang Yang Hilang) - Maksud, pendapat-pendapat ulama’.
12. Hari Yang Telah Hilang - Al-Yaumul Mafqud, Masyhud, Maurud, Mau’ud dan Al-Yaumal Mamdud.
…Dan berbagai- bagai lagi tajuk dalam buku CCUK yang menarik dan perlu kita semua tahu.
Ada juga tajuk-tajuk yang benar-benar santai seperti J.E.R.E.B.U, Menegur dan Ditegur, Busana Muslimvs Tabarruj, Lelaki Ini Yang…, Adakah Juga Sekadar Fesyen, Happy Ending, Indahnya Cinta, Benci Benci Benci, Agen 007, Penat vs Rehat, Sambil Makan Minumpun Boleh Dapat Pahala, Allah First People Second, Jodoh, One For All & All For One, Ketawa Menangis Ketawa Menangis, Bla Bla Bla Bla Bla, B***, Jom Jalan-jalan Cari Pahala, What You Give You Get Back, Ibrah Dari Brazil (1 & 2), Siapa Kentut Ni? dan macam-macam lagi yang menarik. Memang rugi jika tidak membacanya.
Sebagai manusia biasa kita cepat leka dan lalai. Maka peringatan demi peringatan amat perlu buat kita…kerana peringatan-peringatan ini sangat bermanfaat kepada kita…
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang yang beriman." (QS Az-Zariyat: 55)
Manalah tahu orang yg kita berikan peringatan itu takut kepada Allah, pasti dia menerima peringatan itu. Firman Allah SWT :
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ (9) سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ (10) وَيَتَجَنَّبُہَا ٱلۡأَشۡقَى(10
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (9) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. (10) Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. (11) (QS Al-A’la: 9-11)
Kadang-kadang bila kita diminta untuk beri tazkirah kita akan cepat-cepat menolak dengan alasan tidak layak, tidak mampu, tidak tahu dan sebagainya. Sebenarnya anda tiada bahan… Insya Allah dengan buku CCUK ini ada disimpanan anda, sama ada di rumah, di dalam kereta, di pejabat, di masjid atau di surau dan di mana dan bila-bila masa sahaja anda mampu untuk berkongsikan tazkirah ini. Imam Hassan Al-Basri pernah berkata :
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
KESIMPULAN :
Alhamdulillah… setelah sekian lama menunggu kini Buku Cuit-cuit Ustaz Kay’s (CCUK) sudah berada di pasaran mulai bulan November ini dan diterbitkan oleh penerbit tersohor iaitu Karya Bestari, Kumpulan Karangkraf. Anda boleh dapatkannya mulai minggu ini di kedai-kedai buku seluruh negara berhampiran anda. Wallahu a’lam - Kalau tiada, anda tanyakanlah setiap hari kepada pekedai buku tersebut. Bila ada 10 orang yang bertanya selama 10 hari berturut-turut pasti pekedai akan berusaha mendapatkannya kerana ‘High Demand’… Ukay’s (Untuk bedah buku atau jemputan ceramah ke seluruh negara boleh hubungi UST. HJ. KAMIL BIN SIDEK 0192319872)

Tiada ulasan: