Isnin, 15 Disember 2014

SERONOKNYA JADI PENGANTIN..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Sabtu, 20 Safar 1436H. SERONOKNYA JADI PENGANTIN..
Seronoknya jadi pengantin, bila hari yang ditunggu-tunggu kini menjelang tiba.
Seronoknya jadi pengantin, bila akhirnya hari bahagia yang diimpi menjadi nyata.
Seronoknya jadi pengantin, bila saat kita dinikahkan bersama si dia.
Seronoknya jadi pengantin, bila hari ini kita menjadi tumpuan setiap mata.
Seronoknya jadi pengantin, bila jamuan, canopy, pelamin semuanya disedia adalah untuk kita.
PENCERAHAN :
Seronoknya jadi pengantin, bila kita didoakan oleh orang alim, orang soleh dalam munajatnya.
Seronoknya jadi pengantin, bila setiap tetamu yang hadir menadahkan tangan mengaminkan doa :
الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.
وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكِ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمَتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي)
"Ya Allah, pada hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا، اَللَّهُمَّ أَلْـقِ بَيْنَـهُمَا المَحَبَّـةَ وَالوِدَادَ، وَاهْدِهِمَا سَبِيلَ التَّـقْوَى وَالرَّشَادِ، وَطَوِّلْ أَعْمَارَهُمَا فِي رَغَدِ العَيْـشِ وَالسُّرُورِ، وَدَوَامِ الهَنَآءِ وَانْشِرَاحِ الصُّدُورِ، وَاجْمَعْ بَيْـنَهُمَا عَلَى كَمَالِ الوِفَاقِ وَالإِئْتِلاَفِ، وَاجْعَلْهُمَا مِنْ أَهْلِ القَنَاعَةِ وَالعَفَافِ، وَارْزُقْهُمَا النَّـسْلَ الصَّالِحَ مِنَ البَنَاتِ وَالأَوْلاَدِ، حَتَّى يَرَوُ الأَسْبَاطَ وَالأَحْفَادَ.
Semaikanlah kepada kedua pengantin perasaan kasih sayang yang berpanjangan. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan berlapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.
Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki- Mu. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya dari sifat-sifat mazmumah dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah dengan sifat-sifat mahmudah.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad SAW & Khadijah.
Ya Allah, satukanlah keduanya dalam taufiq, hidayah, inayah dan barakah-Mu. Semoga dengan penyatuan mereka berdua dan kedua keluarga mereka, menjadi Nur ibadah yang didambakan pahala dari-Mu.”
اَللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَائِمِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَاعِدِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ رَاقِدِيْنَ، وَلاَ تُشَمِّتْ بِنَا أَعْدَاءً وَلاَ حَاسِدِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـئَلُكَ الصِّحَّةَ وَالعِفَّةَ وَالأَمَانَةَ وَحُسْنَ الخُلُقِ وَالرِّضَا بِالقَدَرِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.
Tak seronoknya jadi pengantin, bila baju yang di tempah dah tak muat, sendat dan padat.
Tak seronoknya jadi pengantin, bila majlis walimah menjadi tak berkat bila telah bercampur dengan hiburan maksiat.
Tak seronoknya jadi pengantin, bila ketika itu percampuran lelaki dan perempuan menjadi ikhtilat.
Tak seronoknya jadi pengantin, bila hutang keliling pinggang masa buat persiapan dulu berbelanja langsung tak beringat.
KESIMPULAN :
Seronok dan tak seronoknya jadi pengantin bergantung bagaimana kita jadikan majlis kita itu mengikut syariat Allah SWT atau pun tidak. Tepuk poket tanya iman. Wallahu a”lam - Kahwin ini bukannya seronok, malah beronok-ronok kalau kita dapat redha Ilahi. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Penceramah Jemputan AL-HIDAYAH TV3 dan BISMILLAH TV9 : 0192319872)

Tiada ulasan: