السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Selasa, 9 Safar 1436H. ALLAH RIGHT vs HUMAN RIGHT.
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya."
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan ajaran Islam."
"Hukum Hudud ini macam Lagu Raya sahaja, bila musim Pilihan Raya sahaja dikumandangkan."
"Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba’ kerana menghalang kemajuan."
“Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai tudung).”
“Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”
“Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.”
“Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.”
“Kalau hendak sangat menurut hukum- hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.”

PENCERAHAN :
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata- kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip- prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain, menghina Allah SWT dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba’ diharuskan (tidak haram), dikatakan Al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah sunnah Rasulullah SAW (Petikan dari Kitab Mustika Hadith terbitan BAHEIS (sekarang JAKIM) - Jabatan Perdana Menteri)

1. Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam Al-Quran :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
“Dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata.” (QS Al-Ahzab : 36)
2. Hudud suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan umat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan dari Tuhan Pencipta Manusia (manufacturer). Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu.” (QS Al-Maidah : 49)
3. Hudud adalah ketetapan syara’ yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki ‘authority’ untuk meminda ketetapan Allah waimma baginda Rasulullah SAW sekalipun. Firman-Nya :
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Demikianlah batasan hukum Allah SWT maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim” (QS Al-Baqarah : 229)

Hukum Hudud adalah Hak Allah (Allah Right) yang wajib diperjuangkan. Jangan hanya sibuk memperjuangkan Hak Asasi Manusia ( Human Right) sehingga mengenepikan Hak-hak Allah. Justeru, mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang.
KESIMPULAN :
Para alim ulama’ telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam yang wajib dipelajari antaranya seperti Bab Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Jangan asyik mengaji Bab Taharah sahaja. Dari sebelum datang haid sampai dah putus haid, bab itu saja yang dipelajari… Wallahu a’lam - Peliknya yang belajar pulak geng-geng Pak Lebai ‘Songkok Tinggi’ yang tak mahu mengaji bab lain walaupun mereka ini tak pernah datang haid ! Ukay’s (UST. HJ KAMIL BIN SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan