السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Isnin, 1 Safar 1436H. HARTA HALAL YANG HARAM (1)
Seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan empat ahli waris iaitu ibu, isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Harta ditinggalkan ialah sebuah rumah. Mengikut hukum pusaka atau faraid, ibu akan mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 dan baki harta akan diberi kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua dan anak perempuan satu.
Jika ahli waris melengah-lengahkan, tidak bertindak dengan segera dan si ibu pula meninggal dunia sebelum urusan harta pusaka arwah selesai, ia akan menyebabkan berlaku pertambahan bilangan waris. Jika tadi jumlah waris cuma empat orang, maka selepas kematian si ibu, bilangan waris akan bertambah. Pada peringkat awal, bahagian ibu adalah 1/6 ke atas rumah pusaka itu tetapi sebab tidak diselesaikan sebelum dia meninggal, bahagian itu akan termasuk dalam pusaka peninggalan si ibu pula.
Jika ibu mempunyai 9 orang anak, termasuk si mati, maknanya ada 8 ahli waris yang ditinggalkan ibu tadi. 8 anak arwah ini akan menjadi ahli waris kepada harta rumah pusaka yang asal ditinggalkan oleh si mati di atas hak ibu sebanyak 1/6 bahagian. Ia tentu lebih menyulitkan untuk mendapat kata persetujuan daripada 8 waris tadi untuk tidak menuntut atau memberi bahagian mereka.
Jika anak si mati terus mewarisi harta peninggalan si bapa tanpa mempedulikan bahagian arwah neneknya yang kini menjadi hak kepada antara 8 orang bapa atau ibu saudaranya pula maka berterusanlah pula anak cucunya mewarisi HARTA HALAL YANG HARAM sampai entah berapa keturunan.
PENCERAHAN :
Pengetahuan masyarakat mengenai harta pusaka dan pengurusan harta pusaka selepas kematian pemiliknya belum meluas. Perbincangan mengenai harta pusaka akan timbul selepas seseorang meninggal dunia, sama ada membabitkan harta tidak alih seperti rumah dan tanah, atau harta alih seperti wang simpanan dan saham. Ada kalangan kita tidak membahagikan harta yang ditinggalkan dengan anggapan biarlah harta itu digunakan balu arwah untuk kepentingan anak… Kebaikan yang merosakkan sebenarnya.

Ada juga yang menangguhkan pembahagian harta hingga berpuluh-puluh tahun atas alasan tidak mahu keluarga berebut harta dan ada yang menangguhkan dengan alasan tidak mahu dikata orang dia berusaha membahagi harta kerana tamakkan harta si mati. Semua ini tidak tepat dan ia sebenarnya mengundang masalah sehingga menyebabkan urusan pembahagian itu menjadi bertambah rumit.
Berbalik kepada contoh di atas, jika urusan dibuat dengan segera, ia tidak membabitkan orang lain, tetapi jika dilambatkan dan berlaku kematian waris asal, maka ahli waris akan menjadi berlapis serta jumlahnya bertambah ramai. Keadaan itu sudah pasti akan menyukarkan usaha rundingan. Mungkin isteri si mati yang asal akan menafikan hak tujuh orang tadi dengan mengatakan ketika hayat ibu pernah mengatakan beliau tidak mahu bahagiannya ke atas rumah berkenaan. Apa macam?
Menyegerakan urusan pembahagian pusaka sebenarnya adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Islam menganjurkan supaya pembahagian harta pusaka dilakukan secepat mungkin setaraf tuntutan menyegerakan pembayaran hutang arwah dan pelaksanaan wasiat jika ada. Jika diperhalusi dalam Al-Quran, berkaitan pembahagian harta secara faraid, diselitkan suruhan membayar hutang arwah dan melaksanakan wasiat sebelum pembahagian secara faraid dibuat. Namun kita juga masih terkeliru dengan istilah berkaitan harta pusaka iaitu antara wasiat dan faraid.
Ada beranggapan orang Islam perlu mengikut wasiat dalam pembahagian harta pusaka dan ada juga beranggapan orang Islam wajib mengikut hukum faraid untuk membahagi harta pusaka. Malah, ada juga beranggapan jika si mati tidak meninggalkan wasiat, harta tidak boleh dibahagi dan perlu pergi ke Amanah Raya untuk menyelesaikan urusan pembahagiannya. Ia semua anggapan dan pendapat yang kurang tepat berkaitan urusan pembahagian harta pusaka. Bahkan ada juga di kalangan kita apabila disebut hukum faraid, terus terbayang cara pembahagian iaitu lelaki mendapat dua bahagian dan perempuan pula mendapat satu bahagian. Ini tanggapan salah. Hukum faraid adalah satu kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan Allah.
Ia disebut secara terperinci dalam ayat 11, 12 dan 176 surah An-Nisa’. Ia meliputi pembahagian harta kepada suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik beradik dan saudara yang lain. Sebagai contoh, ayat 11, Allah menetapkan ibu dan bapa si mati memperoleh 1/6 bahagian daripada harta yang ditinggalkan arwah anaknya. Sementara dalam ayat 12, Allah menetapkan suami mendapat ¼ bahagian daripada harta peninggalan isteri, manakala wasiat adalah hasrat atau kehendak si mati yang dibuat ketika hidup, sama ada dibuat secara bertulis atau secara lisan untuk dilaksanakan waris selepas kematiannya.
Apabila seseorang itu meninggal dunia, harta peninggalannya tergantung kepada lima perkara mengikut turutan.
1) Digunakan untuk menyelesaikan urusan jenazahnya seperti mandi, kafan dan kebumi.
2) Membayar hutang si mati samada hutang kepada manusia mahupun hutang kepada Allah SWT termasuk menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjamnya dari orang lain.
3) Menunaikan wasiat si mati, jika beliau ada berwasiat dengan syarat tidak lebih daripada 1/3.
4) Menyelesaikan masalah harta sepencarian.
5) Membahagikan harta pusaka kepada waris-waris si mati.

KESIMPULAN :
Pastikan kita mewarisi harta yang memang milik kita dan bukan mewarisi kesilapan orang sebelum-belum-belum kita. Wallahu a’lam - Ust. Kay akan wariskan Buku CCUK pada pembaca yang membelinya… hehehe ! Jazakallahu khairan kathiran kepada Ust. Mohd Annur SK Kuala Perai, Penang yang telah mencadangkan tajuk ini untuk CCUK hari ini. Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan