ه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 28 Muharram 1436H. CEMPEGHA…
La Ust Kay nak habaq maiiii… awat oghang kita mudah sungguh peghcaya dengan oghang luaq no. Teghutama yang datang daghi Baghat… Awatlah loqlaq sungguuuuh ! Bila depa ceghita yang buka Pulau Pinang adalah Francis Light, napalah oghang kita ligan dok angguk-angguk peghcaya… Lagu ni ka oghang Islam bila dengaq khabaq daghi oghang fasiq apatah lagi oghang kapiaq…. Baloq liat sungguh ngaji hangpa semua niiii….
PENCERAHAN :
Ust. Kay nak habaq mai kat hangpa semua, pasai apa kita mudah peghcaya pada puak-puak ghaplah jingga yang menjajah negagha kita nih. Allah SWT dah peghingat jaga-jaga kalau datang beghita dari puak-puak nih…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Wahai oghang-oghang yang beghimaaan! Jika datang kepada hangpa seoghang fasiq membawa sesuatu beghita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenaghannya, supaya hangpa tidak menimpakan sesuatu kaum dengan peghkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan hangpa (mengenainya) sehingga menjadikan hangpa menyesai apa yang hangpa telah lakukan." (QS Al-Hujraat : 6)
Keghana yang sebenaq-benaqnya… Masa Francis Light sampai di Penang pada tahun 1786, sudah ada masyaghakat Islam tinggai di sana. Sejaghah awai masyaghakat Islam di Pulau Pinang dibuktikan dengan kewujudan Masjid Jamek Batu Uban yang telah teghbina pada tahun 1734 lagi. Tu diaaa…. khabaq maiiii!
Oghang Melayu ketika itu diketuai oleh Haji Mohammed Salleh atau dikenali juga sebagai Nakhoda Intan. Ceghiya ini disokong dengan lakaghan peta Pulau Pinang oleh Kapten Walter Alves pada tahun 1763 sendighi. Dalam peta ini ditandakan dengan jelah, kawasan pekan yang menjadi tempat tinggai masyaghakat Melayu di sekitaq Batu Uban. Catatan Francis Light sendighi yang kononnya ketika nak buka Penang, depa pi tembaq meghiam yang diisi dengan duit syiling ke dalam hutan. Sehingga ‘oghang kita’ ketika itu beghcempeghaaaa… mencaghi syiling-syiling itu sehingga teghang hutan teghsebut… Maksudnya oghang kita dah ada… bukan oghang hutan naaa… !
Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seoghang pensyaghah dari Jabatan Pengughusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah kaji lamaaaa….sejaghah pembukaan Pulau Pinang sejak akhiaq tahun 1990-an lagi, berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugoq sudah diduduki oleh oghang kitaaa….
Di Gelugoq pula kawasan seluas kira-kira 40 hektaq telah diteghoka oleh Dato’ Jenatun ibni Raja Labu seghta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749 lagi. Dia khabaq mai, tanah itu adalah pembeghian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kughniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran beghtulisan tangan yang dibawa daghi Pagaq Ghuyong.
Daghi dulu lagi sebenaqnya, ghamai jugaaa… ulama’ - ulama’ yang asai daghi Pulau Penang nih. Depa semua banyak berjasa dalam mengembangkan lagi dakwah Islam di Tanah Melayu ketika itu khususnya di Pulau Pinang. Antaghanya seperti Haji Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Sheikh Omar Basheer Al-Khalilee dan Syed Sheikh Al-Hadi.
KESIMPULAN :
Ingat naaa…. JANJITEMU DENGAN UST. KAY DAN DAPATKAN BUKU CCUK DI PENANG & KEDAH: 1) 21hb November 2014 Jumaat
(Kuliah Maghrib di Masjid Pajak Song, Kepala Batah) 2) 22hb November 2014 Sabtu (Kuliah Subuh di Masjid Simpang Ampat Permatang Buluh, Kuliah Maghrib pula di Masjid Taman Mutiara Sungai Kob, Kulim Kedah) 23hb November Ahad (Kuliah Subuh di Masjid Jamiul Hasani, Pokok Sena, Kuliah Dhuha Motivasi di Sek Ust Azzam, Ceghamah selepas Isya’ di Masjid As-Solihin, Kg. Kepala Gajah) Wallahu a’lam - Doakan safaran sa’idan wa salamatan naa… Ukay’s (UST. HJ. KAMIL SIDEK 0192319872)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan