السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 19 Safar 1436H. MASJID KU MASJID MU JUA…
Masjid seharusnya dijadikan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan yang mampu menggalakkan umat Islam supaya bersatu dalam segala aspek. Sesiapapun tidak sepatutnya menjadikan masjid tempat memenuhi sesuatu agenda peribadi atau agenda mana-mana pihak yang tidak baik.
(DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY’S DI KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH NEGARA)
PENCERAHAN :
Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, baginda membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.

Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Masjid diimarahkan sepenuhnya untuk perkembangan dan kemajuan umat Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. At-Taubah : 18)

Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan memberikan peranan dan memfungsikan masjid seoptima mungkin. Antaranya baginda SAW telah menjadikan masjid sebagai tempat seperti berikut:
1) Pusat ibadah
2) Pusat pendidikan dan pengajaran,
3) Pusat penyelesaian permasalahan umat dalam aspek hukum (keadilan)
4) Pusat penjanaan ekonomi umat Islam
5) Pusat informasi Islam
6) Pusat latihan ketenteraan
2) Pusat pendidikan dan pengajaran,
3) Pusat penyelesaian permasalahan umat dalam aspek hukum (keadilan)
4) Pusat penjanaan ekonomi umat Islam
5) Pusat informasi Islam
6) Pusat latihan ketenteraan
Ringkasnya, pada zaman Rasulullah SAW, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam. Manakala individu-individu yang mengimarahkan masjid dipuji oleh Allah SWT sebagai golongan yang menyucikan diri mereka dari maksiat zahir dan batin. Firman Allah SWT yang bermaksud :َ
"Kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (QS. At-Taubah : 108)
Hari ini masjid menjadi rebutan pelbagai pihak untuk menguasainya. Bila mana ia telah mula diinstitusikan dan yang memegang jawatan berelaun tetap bulanan. Memang ada kebaikannya tetapi tetap ada juga keburukannya. Bukan lagi soal amanah dan kerana Allah tetapi kerana jawatan dan ganjaran. Yang terpilih menguasai sepenuhnya, yang tak terpilih rasa tersisih sepenuhnya. Namun, masih ada juga yang ahli kariah masjid yang berebut untuk menolak sebarang jawatan dan bukan sebaliknya. Berat amanah tu… Jika tidak ditunaikan sebaik mungkin, tak berbaloi dengan RM yang diperolehi dari jawatan itu.
Hanya mereka yang menjiwai erti kesatuan atau perpaduan yang sentiasa terbuka minda, berlapang dada serta saling menghormati antara satu sama lain. Umat yang memahami harga sesebuah perpaduan yang tiada ternilai harganya pasti tidak akan membuat desakan yang boleh menerbitkan bibit-bibit permusuhan yang boleh meranapkan kesatuan ummah. Masjid mampu menyatukan…
KESIMPULAN :
Tak kira mahal macam mana atau branded atau tidak pun kasut, sandal atau selipar yang dipakai, masuk sahaja ke masjid tetap kena tinggalkan di luar. Tak kira kita datang dari arah mana, bila masuk ke dalam masjid kita akan sama-sama mengadap ke arah yang sama, kiblat. Tak kira apa warna baju yang kiya pakai, biru pekat, hijau, biru muda ataupun warna merah sekalipun kita akan berbaris dalam saff yang sama. Menjadi makmum pada imam yang sama. Hanya melalui roh dan semangat inilah, umat Islam mampu terus hidup dalam suasana yang aman, tenteram dan bersatu padu.

Wallahu a’lam - Kita disuruh mengimarahkan masjid bukan ‘marahkan’ masjid bila tidak dapat apa-apa jawatan yang diidamkan. Allahu Allah… Ukay’s ( UST. HJ. KAMIL SIDEK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan